Oh. Mak Rizq tak buat entry lagi berkaitan #misi12kg ni kan.
Ini adalah misi untuk menaikkan berat Rizq Iskandar.
Why 12kg? Sbb ideal weight utk anak lelaki 2 tahun adalah dalam 12kg.
Contoh gini :
kredit : Babycenter |
Ni utk anak omputih la. Tp boleh jugak apply.
Ni tu ari lah.
Masa tu Rizq selsema sket. Pastu kan Rizq ni jarang kena batuk selsema ni. Jadi, makRizq rasa tak selesa aih tgk dia camtu. Walo dia takde la macam idung tersumbat ke apa. Lena je tido dia. Just macam running nose tu kan. Rimas.
So, bawak pi klinik.
Awal masa tu. Dalam kul 8pagi. Klinik tu pun baru buka sbb ni bukan klinik 24 jam.
So, dapat awal lah jumpa doc.
Pastu tgk je dak Rizq ni doc suh timbang.
Dah timbang.. dia kata kurang berat ni kalau ikut umur ni.
Pastu kiterang cakap la, kami check up dkt PCMC. Baru je lepas check up last Friday (pegi klinik ni hari Isnin berikut nya). Paed kata okay ja as long tinggi meningkat. Pastu maybe juga faktor genetik. Pastu doc tu siap geleng-geleng. Ngan mata terpejam segala.
Macam serius sangat dah masalah anak aku ni.
Padahal dia baru je jumpa 1st time.
Doc tu kata anak aktif, jarang sakit bukan penanda aras anak akan sihat sampai besar.
Dan anak dah pandai baca ABC, pandai buka tv, pandai main phone tu bukan juga tanda dia bijak.
Tak perlu pun semua tu.
Anak kena membesar. Dia tak boleh kecik. Takde faktor genetik dalam hal ni. Walau mak bapak kecik anak kena besar.
Sbb tumbesaran dan badan besar ni penting untuk pertumbuhan otak (which kami faham ianya bermaksud, badan besar, otak pun besar). Bukan penting anak pandai ABC dari sekarang ni. Tu tak penting. Anak aktif waktu umur sekarang ni pun tak penting. Yang penting dia kena besar sbb nanti dah sekolah baru nampak menda tu. Macam seolah dia kata tu, anak jadi tak pandai kalau badan kecik ni (sbb doc ni badan besar. Dan kami mak pak Rizq badan kecik). Apa pun mesti kena besar. Besar. Dan besar.
Itu doc tu lah cakap.
Siap dia kata paed PCMC tu ilmu dia lain. Dia tak amik ilmu perubatan dari Finland apa semua. Pastu dia kata paed takkan refer tempat lain pun kalau anak kita ada prob.
Yang ni kami diam je lah. Sbb kami da experienced pun. Masa Rizq lambat jalan tu, paed Rizq serta merta refer kat therapist. Apa pulak tak refer. If ada prob mesti lah dia refer. Kat PCMC tu takkan la takde dietitian kot. Sbb dia kata nak jumpa dietitian ni susah. Sbb tu dia tak ambik kesah anak kamu berat atau tak.
Hek eleh.
Pastu dia sekolah kan kiterang. Kamu faham tak, yang anak ni kena makan habis sekeping roti canai. Kalau boleh 2 keping pun takpe. Kamu faham tak? Faham tak? Ye. Memang byk kali dia tanya. Aku pun jawab la, ye, dia kena makan sbb kena guna byk tenaga. Tak, bukan macam tu. Kamu tak faham katanya. Last last okay lah. Aku pun dah macam malas nak layan. Aku cakap. Ye lah, saya tak faham. lah. Baru dia puas hati. Entah apa ke dia cakap pasal kena makan sekeping roti canai tu.
Lama okeh dia jumpa tu. Dekat sejam kiterang dalam bilik dia.
Aku cakap, anak aku makan okay ja. Dia kata mesti okay dari okay.
Makan kena lebih. Aku cakap lah, dia makan byk pun. Nasik 2x kat rumah pengasuh.
No, dia kata. Gitu gini gitu gini.
Ada buku dia pasal pemakanan ni.
Bila aku tanya buku apa, dia dok kata ada buku..ada buku. Naseb dia tak jual buku. Aku google rupanya, buku tu penerbitan KKM ja pun.
Walo apa pun, ya, aku cuba ubah lah. Dah dia kata anak badan kecik ni nati bodoh bila dah masuk sekolah. Siap dia kata ada kawan dia orang kaya, bawak Lexus segala, tapi kat sekolah dapat RMT sbb badan kecik (yg ni kiterang cam..aa... ye ke.. tak pernah tahu pulak RMT tu utk budak kurus).
Aku pun dulu kecik ja. Patut la belajar tak tinggi. Bodoh rupanya. Jadi, mari lah kita gemok kan anak kita tu (aku tahu dan faham, doc tak maksudkan gitu. Tapi, cara penyampaian dia salah sebenarnya. Kami orang biasa ni, akan anggap gitu lah. Anak kau kecik, nanti dah besar jadi bodoh. Anak yang gemok, nanti dah besar, pandai lah. Tak aktif takpe. Tak bijak dari sekarang takpe. Asal badan tu besar. Jarang sakit, jarang demam pun takde guna walo badan kecik).
Rizq takde masalah selera makan. Dia akan makan apa saja. Banyak yang dia nak dari taknak lah. Tapi, kami (actually makRizq lah kan) masih strict. No menda2 manis, pengawet etc etc. Bila aku tanya doc contoh kalau saya bagi roti krim tu cemna. Dia jawab "saya tak suruh kamu bagi manis2 tu". Jadi contoh makanan? Kamu kena baca buku katanya. Hek eleh doktor ni. Poyo je lebih.
Sebenar memang ada buku pasal ni dari KKM (doktor tu je poyo taknak bagitau) -
Link : Kanak-kanak kurang berat badan.
Link : Kanak-kanak kurang berat badan.
Cumanya dalam buku ni asyik lah suruh tambah marjerin n milo.
Marjerin tu tukar lah dgn butter. Milo tu kita tukar dgn cocoa powder. Atau trus je lah bagi choc milk (walo tak berapa bagus tapi setidaknya dia takde maltodextrin)
Kena makan 6x sehari.
Dan dalam tu buat heavy meal 2x ja.
MakRizq bagi 3x heavy meal. Sbb kadang dia tak makan byk.
So, makRizq da buat seminggu.
Alhamdulillah naik 1kg.
Memang rupanya depa ni kena makan kerap.
Ye lah. Before memang waktu malam dia taknak makan sbb dia da kenyang makan nasik 2x kat rumah nenek. So, mak tukar jadual.
Gini jadual mak :
1. Pagi - makan kunyah2 dalam kereta on d way nak ke rumah nenek. Kadang kita bagi sekeping roti + butter. Kadang dia makan cornflakes gitu ja. Kadang ada nutripuff. Tgk la. Just finger food.
2. Sarapan pagi - ini makRizq bekalkan. Biasanya bihun goreng, pasta goreng, nasik goreng. Apa2 je lah. Kadang beli roti canai. Minum susu. Sekarang mak bekalkan full cream milk. Yang fernleaf. Kadang dia taknak. Terpaksa la mak bagi susu coklat. Tapi bukan susu UHT. Mak Rizq amik susu coklat pasteur.
3. Lunch - Nasik. Dengan lauk2. Ni pun masak pepagi.
4. Minum petang - biskut. Susu. Pastu kadang beli kuih2. Makan dalam kereta.
5. Dinner - makan nasik dgn kiterang. Kadang dia makan sket ja. Tapi, mesti makan. 2,3 suap pun mesti makan. Wajib.
6. Minum malam - kadang ada, kadang dah tido. So, minum malam je lah. Susu lemak manis santan kelapa muda. Haha (susu mak dia la - manade wean off lagi. Tu pun doc tak tahu tu. Kalo tahu matik kena kecam).
Cuma, satu je lah yg sependapat dgn doc tu. Toddler dah tak perlukan susu sbg makanan utama. Just 2 cawan sehari pun okay. Fresh milk. Tak perlu pun pediasure bagai tu. Apa yg ada dalam susu tu, lebih baik kita dapatkan dari real food. Dalam tu pun ada dha apa bagai tu, amik je dari ikan, sayur dan semua real food.
Sebenar, lepas raya ni pun memang mak nak review balik pemakanan Rizq since dia da 2 tahun. Dah bleh makan memacam dah. Mak nak gunakan slow cooker tu secara maksima. Mak dah jumpa satu web ni yg share memacam resepi guna slow cooker - link -
So, gitu lah. Ni antara food minggu pertama.
Ni stok. Ada cocoa powder, gula orcs, ada rolled oat. |
Breakfast pasta carbonara (Rizq tak suka). Lunch nasik ayam) |
Kuah bolognese. Masak sesiap dalam SC dari malam. |
Bolognese utk sarapan and kurma telur untuk lunch. |
Yes. Amik positif ja apa yg doc tu cakap.
Abaikan kata2 dia yg kata anak tak perlu aktif, anak tak perlu bijak, anak jarang tak sihat pun tak guna kalau kecik. As for me, as a 1st time mom, kita nak semua tu seiring. Orang lain makRizq tak tau. Tapi, mak rasa tu semua penting. Anak jarang sakit, itu satu rezeki Allah bagi. Same goes to yang lelain. Dah kenapa kita target nak besar kan anak dan put aside yang lelain.
Apa pun.
Thank doc.
And. Kalau nak pergi lagi klinik tu fikir byk kali jugak lah. Malas dah kot. Sbb dia downgrade doktor lain demi nak nampak dia bagus. Heh!
Abaikan kata2 dia yg kata anak tak perlu aktif, anak tak perlu bijak, anak jarang tak sihat pun tak guna kalau kecik. As for me, as a 1st time mom, kita nak semua tu seiring. Orang lain makRizq tak tau. Tapi, mak rasa tu semua penting. Anak jarang sakit, itu satu rezeki Allah bagi. Same goes to yang lelain. Dah kenapa kita target nak besar kan anak dan put aside yang lelain.
Apa pun.
Thank doc.
And. Kalau nak pergi lagi klinik tu fikir byk kali jugak lah. Malas dah kot. Sbb dia downgrade doktor lain demi nak nampak dia bagus. Heh!
1 juta komen:
tergelak2 sy baca bila DR tu cakap macam tu.....
pemahaman saya pun macam kekda.....
jangan nanti pg pulak ke klinik lain...
lain pulak ceritanya.....
semoga Rizq membesar dengan sihat dan kuat.....=)))
Terima kasih atas komen anda :)