Pages

22 June 2018

Saya Nak Jadi Minimalis!

Wah giteww.. Tetiba keluar statement nak jadi minimalist.
Tapi, apa sebenarnya minimalis ni?
Boleh google lah apa sebenarnya.
Tapi, kalau kita nak minimalis lifestyle - dia ada bermacam cara.
Aiols takde lah nak minimalis kan semua gaya hidup aiols. Kalau yg tu sampai nak sort kengkawan lah apa lah. Eh.. takde lah sampai gitu sekali.

Aiols nak fokuskan pada rumah. Dan juga office (workstation).

40 tahun hidup - aiols dah rasa rungsing sbb betapa banyak  nya barang di sekeliling aiols ni. Kat rumah tu, 100x kemas dan buang pun, banyak lagi barang. 
Dan kalau pasal menyimpan barang ni, dia ada term khas utk orang2 gini - hoarder.
Ya - itu sebenarnya "penyakit". Macam OCD tu lah.
Aiols macam kena mengaku aiols ada sedikit simptom hoarder tu.
Simpan segala mak nenek resit lah, resit atm lah. Itu ini. Konon ada sentimental value.
Hujung2 sebenarnya - semua tu menyemak je.

Aiols pernah baca artikel pasal hoarder ni. Dia citer kakak dia ada hoarder. Simpan segala buku dari tadika apa bagai. Sekali kakak dia tetiba meninggal. Yang tinggal ni lah kena mengemas segala macam barang dia. Aiols pun cam terfikir jugak menda ni. Nanti meninggal, mengarut2 je menda orang jumpa. Buat susahkan orang nak kemas je. Kang mudah kalau kita jadi minimalist. Sikit je menda nak kena kemas. Simple.

Nak tgk korang hoarder ke tak - try buat kuiz ni - aiols da buat - ya.. ada lah hoarder jugak. Haha. Link {https://psychcentral.com/quizzes/hoarding-quiz/}

So, meh kita tgk cemna nak mula jadi minimalis ni (ada kursus okeh nak jadi minimalis nih. Tapi, aiols takde la nak sampai ke tahap itu. Kang abis semua menda aiols buang kang).
Ada pakar minimalis ni kata - buat 90/90 rule. Makna, 90 hari pertama tu tgk kalau kita tak pakai/guna barang tu - 90 hari berikutnya kita boleh consider utk dispose. Tapi... mana bleh gitu kan. Tupperware aiols tu - takkan nak let go kot. Haha.

kredit : https://bemorewithless.com/begin/
Paling susah nak buat utk orang yang ada "hoarder" then nak jadi minimalist ni adalah declutter. Yup. Bukan mudah. Kemas kemas then rasa ada berguna lagi menda2 tu. Padahal takde pun. Simpan lagi. Next time kemas, menda tu keluar lagi - simpan lagi dan keep repeat sampai lah bebila. Nak declutter ni pun ada bermacam method. Contoh kat web ni - method utk declutter
Kira menda ni serious lah. Ada method segala. Kau ingat bleh sesenang gitu je kemas. Salah satu method yang aiols rasa boleh digunakan adalah ini. Method kotak. Letak 4 kotak. Kalau taknak serabut kotak boleh gak letak plastik hitam.

Basics: Set up four boxes in a room and label them: Put away, Give away, Throw away, and Undecided. Pick up clutter in the room and place it into one of the four boxes, and then process each box according to the name. This version allows for some flexibility by using the Undecided box if you’re not sure what to do with a particular item yet. Another variation of this method without the Undecided box can be found from Joshua Becker on Becoming Minimalist.

Selainnya boleh follow Joshua n Ryan ni. Web depa - The Minimalist

Ini sesuatu yang serious.
40 tahun hidup dengan pelbagai jenis barang (yang tak digunakan).
Inilah masanya untuk kita berubah.
Kita namakan dia #misiminimalismakRizq dan juga #misiminimalis2019
Sebab apa tahun 2019?
Sebab ada 6 bulan lagi di tahun 2018 ni utk kita prepare utk jadi minimalis.
Kira masuk tahun 2019 tu dah cam taraaa... tgk rumah aiols, dah minimalis dah.
Kita tgk, berjaya atau tidak.
Tunggguuuu....

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign