1hb Jun 2018.
Sudah 2 tahun umurnya.
Alhamdulillah.
Syukur pada Allah.
Macam biasa, jatuh pada bulan Ramadan lagi.
(dan akan berterusan hingga 3,4 tahun lagi rasanya. Hehe).
Kita buat small celebration je bersama family belah uwan n aki Rizq.
Buat buka puasa, then buat cake cutting ceremony sket.
Buat pada 2hb. Sbb hari Sabtu.
Oh.
Sebelum tu kami ada sesi photoshoot.
Biasa lah.
Kali ni bertema raya terus.
Ye lah. Selalunya gambar berbaju raya asyik lah tak semenggah.
Kali ni kita amik gambar elok-elok.
Gambar lain-lain ada di FB :)
Dan.
Dengan ini, maka sempurna lah sudah penyusuan Rizq Iskandar.
Terima kasih Allah dengan rezeki ini. Terima kasih kerana memberi kemampuan kepada emak Rizq untuk menyusukan Rizq dengan susu sendiri.
Perjalanan yang tidak mudah, tapi tidak juga terlalu sukar.
Pendek kata, memang dipermudahkan Allah.
Sepanjang 2 tahun tu, tak pernah dihantar kursus luar kawasan yang memerlukan bermalam. Tiada outstation, kerja pun tidak terlalu teruk dan dapat mengepam mengikut jadual.
Keperluan anak pun dapat dipenuhi. Setiap hari dapat bekalkan susu sebagaimana keperluan Rizq. Momen terindah sangat.
Tak sangka dapat menyempurnakan.
Untuk Rizq Iskandar,
Ibu dan Ayah sentiasa doakan yang terbaik untuk Rizq Iskandar.
Jadi anak yang soleh, menjadi anak yang bijak dan sentiasa menjaga agama.
1 juta komen:
wah..tahniah Ida..Nnti share yea tips bykkan susu bdn bila time me pulak nak menyusukan baby sendiri.. cewah..#moodverangan
Terima kasih atas komen anda :)