Minggu ni sebenarnya agak hectic.
Like semua menda garisan mampuih (deadlines) nya adalah dalam minggu ni.
Semak. Semak. (semak tu sebutan semak bagi semak samun. Bukan semak utk semak buku okay).
Last week, hari Jumaat lagi dah semak, serabut perut, kurang oksigen.
Tak buleh nak tolerate. Rasa geram. Waktu lunch hour lari balik rumah. Tenangkan otak jap.
Masuk ofis balik. Rilek2 dan kul 5pm balik. Hujan ya amat lebat plak ptg Jumaat tu.
Hujung minggu terus lupakan apa berlaku.
Masuk balik minggu bekerja kembali hectic.
Rasa macam nak aum aum kan orang ja.
Pulak tu dgn perubahan hormon PMS lagik.
Phew.
Malas nak sebut stress cos ai sekarang ni kena control stress.
Kena. Have to. Menda tu amat penting dan ada kaitan dengan apa yang sedang dan nak buat ni.
Antara yang buatkan hectic minggu ni.
-Meeting. 2 meeting penting yang mmg ai kena handle. Wuhuu... rasa nak menangis sebab macam kelam kabut. Kenapa suka macam ni ah. Suka sangat cam ah, lusa meting, atau nxt week meeting (next week tu macam lama kan. Tapi, kalau dapat tahu hari Jumaat, metingnya pagi Selasa mggu depannya tu, tak rengsa dibuatnya. Kena plak aku memang la tak suka kerja yang takat 'asbol' ni. Mmg bukan aku. But luckily thanks to my adik-adik yang banyak membantu. Hari Jumaat tu mmg assistant aku on leave, so pembantu dia yang dia take over. And I have to sebut gak nama dia sbb dia buat aku lega. Thanks Syira. Namun, semua adik2 unit aku memang byk membantu. Meh la sebut semua - Mazlan, Ayu, Dila dan juga ex assistant dulu - Nanie.. semua pun banyak membantu ni).
-Dalam pada kalut2 tu, aku ternampak sesuatu yang deadlines nya minggu ni. Yang dah lama aku tunggu tunggu pun. But thanks Allah, entah cemana sedang aku serabut perut tu, di temukannya aku dengan maklumat yang satu ni. Terus happy walau deadlines nya dekat amat dah. Boleh ni. Boleh. Sempat lagi (and now, aku sedang bertungkus lumus untuk sediakan apa yang dikehendaki. Luckily I'm in HR lines, senang nak minta segala maklumat dan dokumen apa semua. Alhamdulillah. Terima kasih Allah)
-Ada function malam Khamis ni. Which kena lah bertugas juga. Tak bertugas pun tak boleh sbb banyak kali dah tolak tak dapat bertugas. Yang ni pun kena join jugak. Tugas di luar bidang hakiki. Ada markah dan aku rasa menda camni kena join gak. Kalau tidak, lagi rasa "bintat" kepala asyik fikir berkisar kerja. Sesekali kena join kekawan selain kawan satu dept jugak.
-Have to call clinic minggu ni. Kena buat appointment. Ini ada kaitan dengan yang atas sekali tu. Aku risau, takut meeting tu jatuh pada tarikh appointment. But again. Allah Maha Penyayang. Sungguh. Memang sepatutnya date meeting tu lah aku ke klinik. Tapi, Dia dah aturkan yang terbaik. Aku dapat siapkan kerja, dan InsyaAllah dapat hantar dokumen sebelum deadlines, dan function tu pun InsyaAllah buleh hadir dan bertugas.
-Nak buat donut. Hahahaha. Buleh tak masuk dalam list hectic. Hahah. Takde lah. Yang ni saja je ngengada. Nak buat donut lah. Sbb ai baru dapat "new toy" dan teruja dan terus nak buat donut. Nanti ai ciwikan apakah new toy itu. Hihi.
Okay. Itu saja. Saja nak meluahkan di sini. Hihi.
3 juta komen
hehehe... i antara yg ingat semak tu semak bukut :-P
smg Allah beri kelapangan buat reen... nnti review ur 'toy' tu ye...
semoga Allah permudahkan urusan buat reen dan semoga tercapailah hajat nak buat donat tuu:)
Aishah
ST :
Ye, selamat dah menempuhi minggu yg hectic. Hihi.
AISHAH AMIN :
Terima kasih Aishah :)
Terima kasih atas komen anda :)