Pages

21 September 2015

Membeli Ikan Di Tanjung Karang

Amboi.. jauh nau pergi beli ikan.
Haha.
Mesti orang cakap gitu kan, kalau kita cakap kita pergi Tanjung Karang ke Kuala Selangor ke beli ikan .
Ala, sekarang ada Latar. Dekat je pun. Sesambil tu buleh tgk keindahan alam. Dapat la tenang kan fikiran jap. Dari rumah aku ke highway Latar mmg dah dekat. So, takde hal.

Sebenarnya dah lama plan, sekali sekala nak pergi beli ikan dekat Tjg Karang / K. Selangor ni. Tapi tak terbuat. Pastu selalu cam takde masa apa seme. Tapi tu ari tgk Nad MamaZN up gmbr kt IG beli ikan kat K.Selangor terus semangat nak beli ikan kat sana muncul balik. Tapi Nad kata tempat dia beli tu masa weekend je ada. Dia cam pasar tani gitu lah. So, ingat nanti pas raya haji lah  baru dapat pergi.

Masa cuti Hari Malaysia tu pergi lah pasar since mak nak datang beraya sini nanti. Nak beli stok ikan, sotong ke udang ke apa lah kira nya. Pergi pasar Chow Kit.
Sekali tgk.. kebanyakan kedai tutup kau....
Tak pernah la Chow Kit ni tutup kalau pun Public Holiday.
Memang tak banyak kedai menjual. Tak banyak pilihan. Tak syok langsung.
Kami suspect sebab himpunan merah, depa tak meniaga.
So, kami lari ke Tesco plak.
Tgk kat PWTC segerombolan merah dah ada. Dengan berselfie bagai.

Kat Tesco pun ikan tak banyak (memang dah tau, tapi saja pergi sbb nak beli Glo. Heheee)
Dah tu. Mana nak pergi.
Gitau myDH, jom gi K.Selangor nak?
Dia pun cam okay2 ja. Jadi marilah pergi.
Hiks.
Langsung pergi pakai baju gi pasar je.
Track, t-shirt. Lantak kan situ.

Kami pernah singgah pasar Penambang. Tapi, kali ni kami ke Bagan Pasir.
Beli ikan kat jeti2 situ.
Bagan Pasir ni depan sket dari Pasar Penambang and before pekan Tanjung Karang. Kena masuk dalam2 sket. Kalau dah sampai nampak menara tali air ni (ye ke nama dia ini. Hehe), maknanya dah terlepas lah dari tempat orang beli ikan tu.

Tapi kalau dah terlepas ke depan, akan nampak pemandangan yang cantik ni (diambil menggunakan iphone6 - tapi kenapa tak lawa macam iklan kat billboard tu.. aku yg tak pandai adjust ke apa ni.. hahahaha).

Memang ramai orang beli ikan kat sini esp hari minggu. Org dari KL pun ramai datang.
Syok nya.


Ikan and segala udang sotong tu idak la murah bebeno.
Tapi kita nak yg segar tu kan. So, mmg di sini lah. Ikan2 baru naik.
Ada 3 kedai situ. Kedai paling hujung (paling belakang) macam murah, tapi banyak dah habis.
Ni kat kedai hujung. Tinggal sotong katak kecik ni. Sedap ke kalau goreng tepung?

Ikan pari ni dia bagi sebekas ni RM15.
Angkat la semua katanya.
Angkat angkat juga.. tapi masalah cemna nak siang ikan pari ni?
Idak le teman reti wehhhh....
Tapi kalau dapat ni mmg best ni. Buat bakar. Mesti sedap sbb dia kecik2. Lembut je agaknya.


2nd kedai macam banyak, tapi agak pricey but still berbaloi lah dari beli kat KL.
Kedai first (parking je pastu jalan sket akan jumpa kedai ni dulu) sama lebih kurang macam kedai second.

So, aku jalan dulu tetiga kedai ni.
Kedai hujung ni cam best sbb ada jeti terus boleh tgk laut. Ambik gambar memang cantik (sekali lagi, apsal la gambau tak macam kat billboard??? Huh!).
Tapi aku beli kat kedai 2nd.

Memang aku kepingin sotong goreng tepung sebenarnya.
Nak carik kat kedai2 tomyam kat KL ni macam takde yg menarik.
Depa suka kan buat cam ala2 kembung penuh tepung tu. Dah macam cokodok kan. Aku tak minat style tu. Aku minat style kedai Senandung Malam Bagan Lalang. If korang biasa makan sana, tahu la cemana rupa dan rasa sotong goreng tepung dia. 


So, kerana geram aku amik 3 jenis sotong.
2 sotong jenis besar dan satu jenis biasa utk masak sambal tu.
Towkey cina tu siap cakap - goreng sekejap saja..kalau lama jadi macam tayar.
Pastu amik ikan siakap sekor sbb nanti abg aku datang hantar mak, buleh masak siakap stim. Ambik ketam, amik udang. Udang besar. Tapi dia tak bagi pilih. Dia yg cedok kan dari bekas tu.
Pastu ikan mabung. And ikan cencaru.
Total semua RM113.00. 
Dia akan masukkan semua dalam beg plastik ada ais.
Sokay lah kan. Tapi nanti nak beli cold box lah. Tu ari menjejes air dia dan terus keta busuk 2,3 ari. Cisssss.

Balik tu singgah makan soto. Sedap yummeh kuah pecal tu. Lupa dah apa nama kedai ni. Ada tag location kat IG. Malas nak pi tengok balik. Huhu.


Okay lah sini. MyDH pun okay.
Dia kata sebulan sekali atau 2x buleh datang sini beli stok.
Next time nak pergi weekend plak tempat yg Nad pergi tu. Macam best jugak.


SEBELUM
SELEPAS

5 juta komen

ya Allah, kekda ke yang wasap saya aritu?! saya sangat hilang ingatan walaupun mmg saya dah save no akak dgn nama kekda. saya ingatkan yg wasap aritu kekda geng seratas tu. adoihaiiii ampun kekda, haha!

tmpt akak p ni lagi best nampak nya dr yg kami pegi. view pun cun. lg bleh beli bila dah tgh hari .. tmpt yg saya pegi tu pagi je ada.. ni fresh dr bot nelayan la ni kan? bestnya..! nak try g sini plak nnt..

selamat datang ke kampung halaman ku reen ;-) nxt time turun kuala selangor, roger la... kot2 i ada kat kampung, bleh singgah umah my mum. on d way ke kuala selangor ja tu...

lapau terus nengok sotong celup tepung tu...

ade LATAR memang dkt la nk kesane tapi gigih la kak oi..kami yg dkt shah alam ni nk p psr pagi ke meru pun pk byk kali...hehehe

blk umah mentua kt bagan datoh mmg lalu ikut situ, xterpk pulak nk sgh mmbeli belah dkt jeti..boelh la try nnti ni..

bila nak pg ni .. nak pg jgk, sampai kesudah tak pg² .. kekda pun dah sampai... sesekali pg mau rambai beli seafood kat sini ... hihihihi .. pantai remis dah salu pg, pasir penambang dgn bagan pasir x pernah sampai lagi.. sebab jauh sikit...

NAD :
Haha.. tapi dok jawab macam betul je bercakap ngan akak kan.
Pi lah sini..best.. :)

ST :
Oh. Kampung halaman u yer hihi.. okay nenati bebila ai pergi lagi ai koling2 u okeyh.. =)


ANN :
Gigih ja sbb kami suka ja jalan2 naik kereta.. Hiksss


MASYA :
Banyak kali dah kot sampai nya Yana... akak suka je tgk hidupan laut nih.. hihi

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign