21.10.2014.
Cuaca baik juga hari ni. Alhamdulillah.
Hari ni kita pergi Univ pulak yer. University of Western Australia or singkatannya UWA.
Nak pergi sini, naik bas kat Wellington St Bus Station. Ada bus no 102 atau 107. Atau naik dari Esplanade Busport pun buleh. Kalau naik Blue Cat mmg ada stop kat Espalanade ni. Dari situ pun senang nak gi UWA ni.
Tambang $2.90 utk 2 jam. Ni hari dah bijak sket. Haha.
So, nanti dah nak sampai driver bus akan jerit - UWA. Kami pun turun. Atau pun mmg ada je student akan turun. Follow je lah. Lalu bawah terowong sket - then wow! Cantik giler universiti depa. Terus rasa nak sambung study kat sini. Please.. terus rasa nak apply HLP dan dan itu jugak. Haha
Cumanya entah mana main entrance. Besau sesangat. Cantik sesangat. Sampai myDH kata kalau org study sini mesti lah tenang je fikiran.
Lepas tu cross road. Jumpa lah swan river. Ya Allah.. mmg best betul kalau study sini. Hilang stress tgk tempat lawa2 camni.
Tu blueboat house yg nak nak sangat aku nak ambik gambar.
Tapi, bila sampai macam gayat pulak nak pergi sampai kat pintu tu..
Jadi, ambik kat depan2 je.
Tak puas rasa.. geram.. tapi dah apa kes nak duduk lelama kan.
Terus tunggu bas nak balik ke city. Senang je tunggu bas. Cross je dari blueboat house ni. Naik bas tunjuk je tiket yg beli tadi since masih valid.
Kami berhenti kat Esplanade Busport then pi naik Blue Cat utk ke Barrack St. Nak pergi beli tours pulak utk hari esuknya. Kan sepatut esuknya kami dah balik petang tp AA reschedule ke pagi. So, ada masa 1 day lagi lah. Ada masa, duit pun ada lagi, so, we decide amik tour. Ingat nak amik pergi Pinnacles, tp yg tu takde hari Rabu. Yg ada pergi Wave Rock. Entah. Patut aku takyah amik pun takpe sbb bukan nak pergi sgt Wave Rock tu. Tapi entah. Terus je amik. Lantak lah. Kiterang amik dengan Aussie Perth Tours.
Lps beli tours tu terus gi makan kat D'Ancasa Restaurant. Dekat je ngan hotel Criterion. Malaysian food. Kiterang amik nasi goreng sambal belacan and tambah samosa. Harga $10.90 kalau tak silap sepinggan nasi goreng nih. Alah, takyah convert lah.. oke je lah. Kata bercuti kan. Tapi, kami share. Haha. Sbb aku mmg takkan abis lah punya. Baik share.
Lps tu naik bas ke Kings Park. Ha... kalau datang Perth, wajib tau pergi Kings Park ni sbb apalah erti ke Perth kalau tak pergi Kings Park. Gitu lah. Pergi Kings Park naik bas Transperth no. 37. Tggu je kat St George Tce tu. To be exact, tmpt yg kami turun masa memula sampai dari airport tu. Ha.. bas itu lah. Free je ke Kings Park. Aku baca ada orang naik bas, kena naik tangga. Tp aku naik bas ni elok je terus sampai ke laman kings park. Tak perlu naik tangga dah. So, naik bas no. 37 okeh.
Cantik MasyaAllah view dari atas weh.
Ada jambatan jugak tetengah taman tu. |
Katanya kalau malam pun cantik jugak. Tp kami tak dapat tgk waktu malam sbb tu hari nak pergi tu kan hujan petus. Takpe lah. Taman ni antara taman yg terbesar di dunia. Penat wes nak cover satu taman. Kami cover sebelah taman ja. Haha.
Kat sini ramai la orang melepak. Mat saleh siap baring bagai. Tp kita nak lepak baring awas sket la sbb depa bawak anjing kat sini. Tapi, being orang putih kan..depa ni cukup displin. Aku nampak depan mata aku sendiri yg anjing depa berak, pastu depa siap kaut okeh. Kaut guna kertas macam tisu tu (mungkin mmg tisu khas dia kot). Pastu korek2 tanah guna cawan plastik, mungkin buang balik najis anjing tu. Ha.. kau.. rakyat kita mampu buat camtu? Sentuh anjing mampu lah. Eh..!
Lps tu terus balik sbb nak kemas2 bag since esuk pagi kami kena check out awal pagi. Sebelum tu myDH dah deal ngan sorang brother ni utk hantar kami ke airport esuk malam nya.
Oh. Sempat lepak Stirling Garden sebelum balik.
Burung ni mmg banyak kat sana. Eh. Gagak pun byk jugak. |
Spring season. Mmg byk bunga. |
Suka sgt amik gmbar bunga. |
Lepak bawah pokok ada bunga luruh2. |
Naik blue cat and balik lah ke Mhall.
Last night at Mhall. Sedih. Sok nak balik.
Petang tu kami check out sesiap. Ambik deposit. And sempat lah bersembang dengan staff MHall yg sangat nice. Dah la nama kami sama. Hihi. Dia orang Melaka, dah ikut husband dia migrate ke Perth. Dah 10thn kat Perth. Husband dia bukak kedai makan. Tp kat Victoria Park. Tak dpt la kami pergi. Tak sempat dah pun.
Takpe. Next time maybe. Dah tukar2 no phone dengan dia. Dah jadi kawan pun. Sapa nak p Perth, buleh contact ai okeh. Haha. Tetiba jadi agen.
Cerita lain pasal Perth, klik je kat link ini - PERTH2014
Cerita lain pasal Perth, klik je kat link ini - PERTH2014
3 juta komen
InshaAllah 1 day nak p...hehehe..
cantik taman2 kt sane...pemandangan pun SubhanaAllahh..
Kekda pic last tu plsss framekan! Cantikkk.. dgn bunga bertaburan gitu.. ohoii cantik! Plus cantik kekda pakai tudung style itu heeeee~
Terima kasih atas komen anda :)