Pages

29 October 2014

#puanstoberikePerth : Freemantle - Subiaco - Harbour Town

Ahad - 19 Okt 2014.

Hujan petus.... huwaaa... segala planning tergendala. Tapi, anggaplah ini hujan rahmat dari Allah SWT. Tapi hujan kat sini halus halus je. Takde la buat kita basah kuyup.

Pagi tu breakfast di Msia Hall je. Makan maggi cup yg bawak dari KL. Sambil tu myDH sembang ngan sorang indian guy dari Msia. Dia sambung belajar kat Perth. Sambil tu kerja part time. Katanya dulu dia kerja kat Maxis. Tp stress, trus datang Perth. Seronok katanya, gaji banyak. Pastu katanya rumah dia kat Msia pun ada 9 buah yg dia sewakan. Hurm. Apahal pulak rumah dah berlambak pun nak migrate ke Perth. Kecewa ke apa ni?

Jadi, lepas breakfast apa semua, keluar dan bertabah je lah berjalan dalam hujan dari MHall ke tren station yg terletak lebih kurang 10 minit jugak lah berjalan. Hadoi ha. Main hujan je kerja nya kan.

Planning asal adalah nak ke Rockingham. Nak tgk penguin di Penguin Island. Segala jalan, segala nombor bas dah tahu, tapi, apa kan daya. Hujan. Mesti tak best nak pergi tempat pulau2 nih.

Maka, tukar plan. Ke Freemantle je lah. Ingatkan ambik tiket utk Zon 2 tu lagi untung. Yg harga $4.40 tu. Tapi, tersilap perhitungan rupanya. Sbb aku igt $4.40 tu harga utk pergi dan balik. Tetapi, rupanya itu adalah harga utk 2 jam sahaja. Bila dah beli baru dtg petugas station tu bagitahu suppose ambik Family Rider. $11.40 utk 2 orang utk kemana mana sahaja tanpa ada limit time. Huwa.. rugiii..ingatkan macam tempat kita. Tiket takde time limit. Kira cam bayar $4.40 pergi balik. Untung lah kan dari $11.40. Rupanya bukan cam tu. Tsskk..
Tips : Kalau nak berjalan guna public transport masa weekend, uols amik je lah Family Rider (ini utk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak kalau tak silap). Takyah nak hitung2 sangat. Walau nak pergi ke satu tempat macam nak ke Freemantle nih. Murah dah berbaloi. $11.40 per family, even kita berdua dgn kawan pun dah buleh jadi family. Buleh guna utk bas, tren dan juga ferry transperth (ferry di swan river).

Masa tunggu tren ada chinese guy menyapa kami. Rupanya dia Chinese dari Msia. Belajar di UWA. Buat PHD. Dia nak ke Subiaco, beli barang kat market situ. So, kami pun ikut dia. Berhenti kejap di Subiaco since tiket kami valid utk 2 jam kan. Tp tak say thanks kat chinese guy tu.. dia jalan2 terus hilang. Huhu.
Kawasan luar Subiaco Market.
Kat Subiaco ni ada market macam ala ala pasar Chowkit lah. Cuma takde ikan je. Ada pelbagai jenis buah yg tentu nya lah fresh. Ada sayur yg gemok2. Best betul lah. Tapi, aku tak berani nak ambik gambar sbb kat sini katanya diaorang tak suka kita ambik gambar. Kami pusing2 kejap pastu teruskan ke Freemantle.
TipsSubiaco Station Street Market ni buka hari Jumaat, Sabtu, Ahad sahaja. Kalau nak pergi Freemantle, buleh singgah kejap kat pasar Subiaco ni. Boleh breakfast jugak kat sini sbb ada kafe Msia. Love & Care Cafe. 

Sbb aku tak berapa nak study pasal Freemantle, keluar je tren station kat Freemantle tu, aku cam jadi blur blur ayam. Mana nak pergi. Pastu terus je ikut orang ramai2 jalan kaki ke market. Market kat Freemantle pun ada sayur2, buah semua lah. Selain tu ada jugak barang2 cenderamata macam kat CM tu. Suppose dari tren station tu ada jugak CAT Bus yg free yg buleh naik ke market. Tapi, sbb aku blur tu yg membuang masa. Keluar dari market tu hujan petus lagi. Ya Allah, sabau je lah.




Freemantle ni cantik sangat. Banyak bangunan lelama. Macam kat Penang tu. Tapi sbb hujan tak dapat nak ambik gambar bebanyak. Sedih btol.
Dari market tu, navigate kat phone carik E-Shed. Sbb kat E-Shed ni lah ada jual souvenir murah2.
Rupanya E-Shed tu sebelah tren station tu ja. Yang ni aku dah study, tp tu lah sbb blur ayam. Ditambah hujan, tu yg jadi tak perasan.  Nak pergi E-Shed kena lintas laluan keretapi.



Pergi E-Shed beli souvenir kat Megabes sebagaimana yg orang duk war warkan murah tu. Tetiba uncle owner kedai menyapa kami dalam Bahasa Melayu. Eh, tak terperanjat pun sbb semua blog dah cerita. Hihi. Mmg murah la kedai dia ni.
Dan depan kedai dia kedai Aussin. Ni Indonesia punya. Megabes tu orang kata Singaporean punya.
Lama gak kami kat situ. Orang punya la ramai kt kedai tu. Fuh.

Dah beli2 kami gi makan. Mana lagi kalau tak fish n chip. Jalan kaki sket dari E Shed tu. Ada 2 kedai yg glamer kat situ. Kaili's and Cicerellos. Kami makan kat Cicerellos. Tahu dah portion dia byk. Tahu dah mesti tak habis, tapi tetap la rasa nak amik 2 set. Satu fish n chip. Satu lagi tempura squid. Haish. Apa la nak jadi. Chips (fries) dia tu la yg banyak. Dah la tebal.



Bila order, dia akan bagi alat ni. Pastu bila order kita dah siap dia bunyi beep beep. Jadi, kita pi la amik kat kaunter pick your order tu.

Ingat nak makan kat luar. Tapi hujan petus kau.. nak makan cemana. Omputih itself pun makan kat dalam tak tahan sejuk.

Seperti dijangka - mmg lah tak habis. Chips tu lah. Yg squid - habis je. Kat sini takde sos. Ada tapi kena beli. Tp sos tomato. Yg ni dia bagi sekali tartar sauce n lemon. Eh. Sedap je makan ngan tartar sauce + lemon tu. Takyah sos pun takpe. Tapi, sbb big portion - makanya myDH pun tak abis Fish n Chip dia. Tu lah. Tamakkkk makk makk. Sebenarnya mmg sedap lah fish n chip dia. Tempura squid pun sedap.

Tapi kan, masa kami macam dah nak bangun, ada orang yg kami suspect gelandangan, tunggu kat meja kami. Dia pun tahu sure kami tak habis. Jadi, dia terus duduk bila kami bangun. Aku tak pandang pun belakang, tapi aku tahu, sure dia makan makanan kami tak habis tu. Hurm. Rezeki dia lah kan. Elok lah camtu pun. Biar lah dia makan dari membazir tu.
So, uols, sila lah share sbb mmg takkan habis. Amik je fish n chip. Yg squid tempura tu sotong goreng tepung je pun. Takyah la amik. Huhu.

Keluar dari kedai makan tu - hujan lagi. Adeh. Berlari ke bus stop. Tunggu CAT bus. Tapi, kali ni kami saja nak pusing2 Freemantle naik bas tu.
Aku tak berapa study sgt laluan bas kat Freemantle. Kalau nak tgk, buleh tgk kat sini.
Pastu stop kat station keretapi, pergi semula ke E-Shed sbb nak top up sket lagi souvenir.

Tips :
Kalau ke Freemantle naik tren - keluar je stesen, pergi ke kanan - ada bus stop CAT - naik la bas tu, free je (better ambik yg Blue Cat) - buleh pusing2 Freemantle - buleh pergi market dia naik CAT tu jugak - lepas tu berhenti di bus stop Victoria Quay utk makan Fish n Chip - then naik semula CAT bas utk ke bus stop yg dekat dengan tren station tu - jalan kaki ke E-Shed pulak. E-Shed tu belah kanan stesen je. Buleh nampak pun dari stesen tu - dah beli buleh terus balik naik tren.
E-Shed buka hari Jumaat, Sabtu n Ahad sahaja.

Balik tu terpaksa beli tiket semula sbb tiket yg beli masa pergi tu dah tak valid. Dah lebih 2 jam. Kan.. ha tu lah rugi. Singgah jap kat Subiaco market tu, beli epal n strawberry. Beratur kemain panjang masa nak bayar. Ramai sungguh shopping sini. Mungkin sbb murah dan segar kot. Buah kat sini ikut kilo.
Tips : Kalau nak singgah kat Subiaco market - keluar tren - naik tangga utk keluar dari stesen - pergi arah kiri - jalan kaki sket nampak lah market tu.


Ambik gambar takut depa ni marah.
Epal dia rangup dan sedap sungguh la.
Sayur kale pun ada. Best kalau dapat buat juice.
Banyak sculpture camni kat Perth City
Balik tu turun kat Perth Station. Pastu tah masuk kat jalan mana. Turun2 terus nampak bus stop Yellow CAT. Ha. Terus naik utk ke Harbour Town.

Harbour Town ni macam JPO lah. Ada kedai Adidas, Fila, Converse. Aku masa ni mood sedikit swing sbb tak berapa nak selesa. Jadi, langsung takde rasa nak membeli. Converse mmg best best. Boleh je beli walau convert pun still harga ratus2 la kan. Pusing2 situ kejap, naik semula Yellow Cat , turun kat bus stop William St - jalan kaki sket pergi ke bus stop blue CAT (hentian Horseshoe Bridge) utk balik ke MHall.

Malam tu makan buah je. Settle.

**Cerita lain pasal Perth, klik PERTH2014

3 juta komen

sayang sebab hujan kan??
kalau tak sure banyak lagi gambar nih.. ;-)

cuci mata tgk gmbr negara lain.
tgk gmbr kekda ni rasa mcm dah g oversea pula. (maaf sy perasan sendiri da ni, hehe)

Ida datanggg hihihi.. kenapaa ehh dieaorang xbg tgkp pic? Market je... huhu... die.xtau ke kita nk masuk blog hihikhik

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign