Pages

1 August 2009

~sesungut..eh!senggugut la~

Org slalu kata kalo pas kawen,sapa yg slalu kena senggugut tu nati dia ilang.
Iye ker??? tp b4 kawen dlu aku harap2 la yg kata2 org ni betul.
Tp...rupa2nya..kata2 itu tak berapa nak betul.
Senggugut aku masih sama.
Takde kurang takde terlebih.

Apa kes ari ni nak citer pasal senggugut.
Entah..reni baru aku mcm terpikir apa penyebab senggugut nih.
So..deras je aku mintak bantuan en goggle
Memula mesti la kat wikipedia kan.
Jadi incik wikipedia takrifkan di sini sebagai

Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS,[1] the official definition limits the scope to having symptoms of "sufficient severity to interfere with some aspects of life".[2] Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.

Jadi apa lak puncanya senggugut nih

Punca sebenar senggugut PMS tidak difahami sepenuhnya. Sungguhpun PMS dikaitkan dengan fasa bulan (luteal phase), ukuran paras hormon seks adalah dalam lingkungan aras normal. PMS cenderung lebih kerap dikalangan kembar, mencadangkan kemungkinannya terdapat komponen genetik.[2] Pemikiran semasa mensyaki bahawa interaksi pemancar neuron-saraf-pusat dengan hormon seks terjejas.[2] Ia dipercayai berkait dengan kegiatan serotonin (sejenis pemancar neuron (neurotransmitter)) dalam otak.[8] [5][9]

Owh..begitu byk word bombastic di situ..word yg perlu kita minta bantuan incik google juga kalo nak memahaminya.

Ada gak kawan2 aku tk pernah rasa macamana sakitnya senggugut nih. Rezeki derang lah. Tp encik senggugut...err..tak buleh..ini penyakit pompuan jd kita namakan puan..ok..tp pada aku puan senggugut nih dtg menyerang sejak aku sekolah menengah lah..aku pun tak pasti la samada bebaru diterjah oleh period tu aku dh start senggugut ke aku lupa. Tp mmg pasti start dr sekolah menengah sbb aku igt ada satu hari aku hampir nak pitam dlm kelas. Peluh sejuk merecik2 kuar..aku da napak bintang2 tu..lps tu ada org antar aku balik asrama. Tp..ptg tu aku leh lawan lari plak. Haha.

Ha..camtu la rupanya kalo aku didatangi oleh puan senggugut nih. Aku tatau la aku nyer puan ni tahap teruk ke tak sbb bila tnya kat org lain ada yg kata amik masa smpai 2 ari utk ilang. Aku lak masa 1st day period je biasanya. Sekejap je...tp sakitnya...huiii...takleh digambarkan.

Aku tak la senggugut truk every each mth.. ada gak la mcm kejang2 perut sket..tp kalo dia teruk tu aku mula la mcm nak termuntah pun ada, berpeluh, sejuk suma kaki tgn, pucat suma ada la. Aku penah kena teruk gini masa aku kat uitm 2 kali which kawan aku terpaksa papah aku bwk balik bilik. Masa da keja..tgh kursus kat INTAN plak tu. Mmg tak leh tahan la..dgn muka pucat lesi tu aku pi tido kat surau. Hooo...horror tul kalo puan senggugut ni menyerang..hanya org yg pernah mengalami je tahu cemna perasaan tu. Hilang malu semua weh utk meminta kebenaran nak berehat kalo dia menyerang..yg penting kena tido.

Aku nyer ubat utk ilangkan puan senggugut ni adalah tido. Dulu kan ada panadol menstrual tu. Tp aku jarang la amik ubat pink tu. Ada org kata tak elok makan..tp mmg aku jarang makan menda tu. Skang da tak napak da ubat tu.Mmg tak elok la gamaknya kan. So, aku slalu telan panadol biasa tu je kalo tak thn sgt. Lps tu aku lelap sejam 2, bangun..Insyallah ok. Tp nak lelap tu kena la pikir cara yg paling selesa sbb kekejangan perut tu akan buat kita takleh baring cam biasa. So..kalo nak meniarap ke tertunggeng ka..ikut la kesedapan. (haha..laki aku penah terkejut tgk aku ttiba tido menonggeng..kahhhh)

Ada org kata gak kalo kita kena senggugut ni ssh nak dpt anak. Emm...tak jugak aku rasa. Kak Yang, kak ipar aku yg dok Johor tu (motip aku nak kata kak ipar aku dok Johor?? huhu) elok je beranak. 3 anak dia. Smpai la ni...anak dia yg sulung da umo 20 thn pun still dia diserang oleh puan senggugut nih.

Dan aku dpt dari artikel nih

Mitos 5 :

Kawan-kawan saya memberitahu bahawa senggugut boleh menyebabkan ketidaksuburan.

Fakta :

Senggugut tidak punyebabkan ketidaksuburan tetapi punca senggugut boleh menyebabkan ketidaksuburan. Terdapat banyak punca senggugut. Senggugut yang bepunca dari sejenis penyakit yang dipanggil endometriosis boleh menyebabkan ketidaksuburan. Kebanyakan wanita mengalami senggugut pada hari pertama haid dan ini dianggap normal.

So..aku tak rasa la senggugut tu jadi punca ketidak suburan. Cuma aku kena kenalpasti punca senggugut aku ni.

Dan setelah hampir 17 thn puan senggugut ni jd peminat setia aku hampir setiap bulan, aku dpt la buat kajian secara rambang (eceh...poyo ajek bunyinya) yg peminat setia aku ni mendatangi aku sbb 'angin' dan minum ais batu (bkn air sejuk p.ais tau..itu takpe..tp kalo air letak ais tu atau ABC ke).. kat org lain aku tatau..tp kat aku, aku rs itu la sbbnya. Lain org lain atonomi badannya kan (haha..atonomi ker??? ala..term yg ada tomi tomi bunyi dia kat blakang tu..tak reti tp nak gak guna..sapa tau sila betulkan puan stoberi okeh) Sbb bila perut aku kosong atau tak mentekedarah makan nasik sehari sblm aku nak period kompem aku menderita lah keesokkannya. Atau kalo aku minum ais mmg kena la. Mcm ada satu hari tu..kat kg..anak buah aku sakan buat ice blended (buatan sendiri..di blendnya ais guna blender mak dia) aku pun tmpng sekaki..esuknya menderita aku senggugut. Ha...camtu la. So..aku kena la penuhkan perut aku ni kalo agak2 nak didatangi "shbt karib" aku tu supaya tidak ada ruang2 utk angin masuk.

Aku dpt la petua2 gak supaya kurang senggugut ni. Ada yg kata kurangkan minum ais (err...agak susah). Ada gak aku bc jgn minum sambil berdiri (ini jarang2 la..tp kadang "ter' juga..tp mmg Nabi pun tak galakkan kita minum berdiri kan)

Dan aku ada dpt lagi dari sini

Petua 1 : Senggugut memang menyakitkan. Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2 : Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

Petua 3 : Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4 : Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. Insyaallah, mujarab

Petua 5 : Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .

Petua 6 : Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.

Dan satu lagi..mmg mujarab gak aku rasa..ubahlah gaya kehidupan ke arah yg lebih sihat spti bersenam atau pun berjoging. Seminggu 3 kali ke berjoging..ato malas sgt seminggu sekali dlm masa stgh jam ke kan..pun ok. Aku penah gak joging ni seminggu sekali satu ketika waktu dulu..mmg ok gak..tak sakit sgt kalo senggugut pun. Skang aku mmg nak mulakan balik joging ni..rasa lps opis trus direct ke tmn KLCC atau TTwangsa. Kena ubah la sket life style nih.. Lagipun retu ada kazen aku ckp kalo nak cpt "lekat" slalu la joging n minum air kelapa (err..kat sini aku sdkt kompius sbb ada yg kata air kelapa ngan air tebu buat kita ssh nak "lekat". Tp air tebu mmg sejak kawen aku da tak minum. Air kelapa mmg aku 'kureng').

Haha. Jd blog kesihatan lak entry aku kali ni. Tkpe lah..utk reference aku gak. Takde la nati ssh payah aku nak google lagi petua kan.

Pnstoberi: Yang penting amalkan gaya hidup yg lebih sihat, baru kita dihindari pelbagai penyakit.

2 juta komen

makcik...
aku pon sejak menjak da kawin ni baru la knal reti segugut...huhu
tah pape jer kan...hormon tunggang tebalik dibuatnyer...

lor..patut lps kawen la tkde senggugut kan..hormon owh hormon..

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign