Ni kali ke 3 Rizq ke PD.
Masa umo 6 bln (Dis 2016), umo setahun lebih (Okt 2017) dan last weekend, masa umo 2 tahun lebih (Feb 2019).
Utk mak ayah Rizq, memang setiap 2 tahun sekali mesti pegi PD. Macam kan takde tempat lain. Hehe. Ate, udah itu yg terdekat utk short weekend getaway, ye dok.
Kali ni pi sempena birthday ayah Rizq ke 40.
Owh. Lupa nak wish kat sini.
24 Februari 2019.
Memula tu ingat nak pegi awal dan piknik tepi pantai. Da siap masak2 dah.
Tapi, nan hado. Jalan Tun Razak jem giler. Skrg ni kalau weekend, memang la tak bleh nak lambat2. Jem dia tu kalah org balik kerja tau. Dari IJN tu pun dah start berenti dah. Kiterang masuk jalan nak pergi office then masuk SMART. Tu pun jln Sg Besi tu pun tersengguk2 tak bleh laju. Tu cara cara orang tak cuti, tak gaji lagi. Kalau cuti, dah gaji, lagi la entah jem cemna.
Hadap la jem gini kt jalan Tun Razak tu selagi mana MRT tak siap. Tunggu la smpai 2023 sok. Hurm.
So, exit highway PLUS nak ke PD tu, dalam jam 1.00pm. Keluar dari rumah jam 11.00.
Phew.
Kali ni kami menginap di Tasik Villa International Resort.
Jauh sket dari pantai n laut.
Saja nak merasa tempat gini pulak. Asyik kalau ke PD, laut..laut..laut.
Tapi, eh, best la resort ni.
Ayah Rizq byk kali ckp nanti bleh dtg lagi.
Kami booked Deluxe Room with Jacuzzi.
Rizq la paling seronok duk dlm jacuzzi tu.
Resort ni ada memacam jenis bilik.
Kalau taknak bilik ada villa. Yg tu 2 tingkat. Ada pool sendiri dalam rumah.
Kalau taknak yg tu, ada water chalet. Atas tasik. Mak Rizq tak amik yg tu sbb cam penakut sket. Kang memalam kuar swamp thing pulak dari tasik. Kih kih kih. Over imagine and byk tgk katon nih :D
Bilik sgt besar.
Lebih besar dari Lexis mahupun grand lexis.
Tak besar kata kau, bilik air ada dua.
Satu tu memang bilik air ada shower. Satu lagi, takde tempat mandi. Kira cam kau sakit perut, tapi ada orang duk mandi, boleh la pi buang air kat toilet satu lagi tu (aku pernah tau, masa tu outstation ke course ke ntah. Dgn superior pulak tu. Pepagi. Aku dah mandi dah. Tup2, sakit perut. Masa tu superior aku pulak kemain lama dalam bilik air. Takkan nak ketuk pintu suruh dia keluar, kan? Haha. Entah kenapa aku tak fikir utk turun dan guna bilik air kat lobi).
Layan gambar sekitar bilik.
Tgk la tuan kecik tu buat QC dulu. Check semua2 pintu elok ke tak (T___T).
Cam biasa booking thro Agoda.
Kalau tak harga dia dalam 400++
Sbb dpt diskaun dkt Agoda - byr dalam RM385 camtu.
Jadi, korang kalau ada emel dari Agoda tu, cecepat grab. Agoda ni best, dia boleh dpt diskaun byk2. Setgh kan kalau kita dah ada 1 diskaun, yg lain tk bleh guna. Agoda ni tak. Boleh ja guna dedua. Unless, masa tu memang dia ada harga promo ke apa. Ha, tu tak bleh guna dedua. Kita boleh guna Agoda Cash je. Agoda Cash ni pun, kau redeem je lah bila dah dpt. Aku tu ari simpan punya simpan ter expired pulak. Cais!
Sebab dah lewat, kita piknik kat bilik aje lah.
Okay la. Resort baru. Semua best lagi. Baik uols pegi sebelum ia menjadi "resort dah lama"
Tapi nya, mungkin ini pilihan pelancong2 China.
Kami sampai tu ari, sama dgn bas pelancong. 2 bijik pulak tu.
Tau aje lah mereka ini punya kelam kabut dan cong ceng cong ceng tu.
Nak nak pulak waktu makan pagi.
Lps tu depa la ramai mandi kolam.
Tak selera nak mandi kata dek ayah Rizq bila nampak depa yg ramai dlm kolam tu.
Ni cina dari China weh. What do u expect. Kat tempat depa pun, depa selamba ja. Apa tah lagi tempat orang ni.
Dia ada show air pancut berirama. 2x. Sekali jam 9pm. Dan sekali lagi jam 9am. Yang malam best sbb cantik.
Kiterang turun breakfast awal. Naseb ada tempat makan kt luar. Depa ja penuh dalam cafe tu. Tapi, lantak lah. Tu pun salah satu sumber pendapatan negara. Pelancong China antara penyumbang terbesar dalam industri pelancongan negara. So, hadam je lah. Huhu.
Breakfast pun okay lah. Cam biasa je. Ada nasik lemak, ada nasik goreng, ada mi goreng. Ada roti canai, ada omelette, ada mihun sup. Buah2, kuih2, bubur. Standard lah kata orang tu.
Lainnya. Okay.
Cuma, sign board nak pegi sini tak berapa byk lagi.
Tempat dia takde la susah nak pegi. Tepi jalan je. Tapi ye lah, kita 1st time nak carik kan. Terlepas jugak lah ke depan. Masuk satu kawasan perumahan. Google maps kata bleh je lalu kut situ. Tapi, situ rumah yg siap gated, mana buleh masuk. Memandai je google maps ni.
Dia senang je sebenarnya. Exit highway nak ke PD tu kat Lukut. Terus je. Nanti nampak Petronas Lukut (sebelum Shell), trus bagi signal ke kiri. Dia memang susur ikut Petronas tu ja. Nampak pun dari tepi jalan bangunan dia.
Makan malam ada la kot kt luar2 tu.
Kami tak pergi makan kat luar pun sbb da kenyang makan bekalan yg dibawa.
Lagi pun Rizq da tido lepas maghrib tu.
Esoknya check out. Terus ke Teluk Kemang.
Lunch jap kat cendol n coconut shake yg viral tu.
Giler ramai orang.
Giler ramai orang.
Pastu bising. Aku mmg annoyed sket kalau kedai2 makan yg ada live band and menyanyi segala ni. Alangkan kt rumah orang kawen pun aku tak berapa suka orang melalak berkaraoke masa orang tgh makan, lagi kat kedai2 ni. Macam kat rumah orang kawen tu, bkn tak buleh ada muzik. Tapi biasanya mesti kuat giler sound. Sampai nak bercakap pun susah. Nak kena menjerit pulak. Duk ter ha..ha dgn orang. Kalau kt tempat makan ni.. bkn la tak bleh, pasang lagu biasa sudah la. Dah la panas, orang ramai, tambah lagi orang menyanyi2. Lagi rasa "rimas". Dah la. Dulu tahun 2016 kiterang dtg situ aman2 je tak ramai orang. Sekarang ni sampai orang menunggu2 meja pulak. Maleh dah la.
Terima kasih atas komen anda :)