Pages

11 February 2019

#KaptenRizqDiPerak : Jalan-Jalan Ipoh

Rizq balik kampung sempena CNY.
Dari KL lepas mak ayah kerja. Hari Khamis 31hb.
Kami jarang sangat lah balik lepas kerja ni. Tapi, memikirkan ada urusan nak dibuat pada 1hb (Jumaat) tu, makanya, kami balik terus.
Dan nak dijadikan kami terperangkap dalam jammed akibat kemalangan antara trailer dan bas (keratan akhbar Berita Harian).
3 jam stuck. Suppose dalam pukul 10 malam camtu boleh dah sampai kampung, tapi kami sampai jam 2pagi!
Naseb Rizq okay ja sepanjang jalan. Naseb juga kami berenti RnR utk berenti makan.
Masa jammed tu dia elok ja tgk youtube. Pastu tido lena :)

Balik kali ni lama jugak lah. Dalam 5 malam.
Mak Rizq ada urusan kat Pejabat Tanah. 
Pastu kami amik kesempatan jalan2 kat Ipoh.
Mak kata lama dah dia tak jalan2 kat Ipoh ni. Mak dulu sekolah asrama kat Ipoh. Tapi tu dulu la... kisah lebih 25 tahun yang lalu. Hehehe.
Rupanya memacam yang best ada di Ipoh sekarang ni.

Hari Ahad - 3hb Februari.
Dari rumah opah Rizq ke Ipoh dalam sejam.
Memula kiterang pegi sini.

Ala, macam kat Langkawi tu lah.
Tapi, Rizq tak penah pegi yg kat Langkawi tu.
Masa mak pegi dulu, Rizq dalam perut lagi. Heeee :D

Okay lah sini. Tidak lah besar macam kat Langkawi mak kata.
Tiket masuk RM15/adult.
4 tahun ke bawah free.
Ada byk juga trick art yang menarik.
Okay, meh Rizq share kan.



Lelain gambar mak ada share kt FB.
Trick house ni dekat dengan Kong Heng / Plan B.
Jalan kaki saja.
Celah2 tu ada deretan kedai yang cantik utk di ambil gambar.




Dekat kawasan Plan B tu pun cantik2 jugak.
Mak nak try makan ais kepal. Tak tahu nak letak perasa apa. Suruh orang tu letak semua perasa. 
Tapi rupanya tak sedap lah kalau letak byk2 perasa.
Kalau nak sedap, mintak je ais kepal gula melaka.
Ais kepal nya banyak. Mak share ngan ayah pun tak abis.
Rizq taknak. Rizq minum air masak ja.



Mak kata, tempat ni dekat kedai buku Mubarak Store.
Kedai buku legend ni dulu. Orang Ipoh sure tahu kedai ni.
So, kalau auntie, uncle nak pegi area sini, nak senang parking je area2 sebelah town hall (DBI) atau sebelah masjid tu. Tak jauh pun nak jalan2 kaki kalau parking situ. Kalau carik parking area2 celah kedai tu, limited sket parking dia.

Lps tu, pegi pula ke kedai laksa.
Katanya one of the best laksa in town.
Laksa Telur Goreng Bersarang - Taman Botani.
Nak pegi sini, memang kena guna google maps. Sbb mak pun tak pernah jejak.


Recommended!
Rizq pun makan byk.
Ayah punya laksa telur bersarang.
Mak punya takde sbb mak tak suka laksa taruk telur goreng.
Tapi kedai ni tak banyak meja. Kalau weekend or cuti panjang tu, kena menunggu lah meja kosong.

Then, ikut google maps kiterang pegi carik cendul kat Pengkalan.
Tapi, tapau bawa balik je. Perut dah penuh. Sebelum tu solat zuhur kat masjid pengkalan tu.
Dan google lagi utk pergi perkampungan kacang putih.
Masa ni Rizq tak larat da... tido dah dalam keta.
Mak borong maruku pulak.
Area ni mmg byk kedai2 jual maruku.
Mak beli kat kedai DNS.


Menarik juga Ipoh ni kan.
Tu pun mak kata byk tempat tak pegi lagi tu.
Tempat makan masa mak sekolah dulu - TKK pun tak pegi. Pastu tempat nak tgk wall art tu pun tak jumpa. Mana ntah.
Dia best kalau kita jalan kaki.
Tapi. Panas oih.

Oh. Selain ke Ipoh, kiterang ke Kuala Kangsar jugak.
Macam biasa - breakfast di warong pokok getah ni.


Sempat rasa laksa Deris jugak petang Jumaat tu.
So so ja yang ini. CKT dia okeh. Ada letak udang galah.

Gitu lah cerita cuti 5 hari di kampung kali ni.
:)

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign