Pages

2 October 2018

Tak Fikir Orang Susah

Sikit2 suruh pikir orang susah.
Sikit2 suruh pikir golongan kerja sendiri.
Penat tau dak ngan orang jenis camni.
Acah acah prihatin sangat.

Memang nampak kejam kan statement kakak?
Macam takde hati dan perasaan.
Seolah tak pernah nak fikir perasaan orang susah.
Seolah tak pernah nak mendalami kehidupan orang susah.
Seolah tak pernah nak letakkan simpati dan empati.

Sudah lah.
Kau suruh orang fikir, tapi apa tindakan kau sendiri?
Takat fikir ja.
Nyampah.

Akak bukan apa la.
Contoh macam ada segelintir kita tak setuju dgn cadangan kerajaan nak kuatkuasakan pemakaian car seat. 
Katanya nanti kesian kat orang susah.
Hek ele.
Bukan orang suruh beli yang beribu pun.
Yang menepati safety std tu bawah 500 melambak kot.
Ni tak. Bila kau dah tak mampu, tapi nak juga pakai yg tahap premium, itu yang menyebabkan kau rasa kau tak mampu.
Walhal ada je yang mampu milik.
Katakan lah satu hari nanti menda tu wajib. Kau menyimpah lah sikit2. Kami ni pun, nak pergi memana ada tabungan. Share sorang sket. Bukannya esuk nak travel, hari ni terus ada duit.
Tapi, datang pulak lagi puak prihatin ni akan kata pada kakak.

"tak semua orang kaya utk menyimpan"

Kakak dah kena tu ari. Isu PTPTN. Dah bising2 sangat, kakak kata, mansuh je PTPTN ni. Datang la puak2 ni kata "tak semua orang kaya untuk menyimpan"
Kakak macam nak tepuk dahi tau dak.

Pernah tak baca satu cerita ni.
Ayah dia kerja tukang kebun sekolah. Pendapatan ketika itu tak banyak mana. Adik beradik ramai. Tapi, si ayah ni dapat menyekolahkan dan menghantar semua anak dia ke U.
Ada yang bertanya, cemana si ayah boleh buat camtu.
Ayah tu jawab "sedekah"
Walau tak banyak, tapi setiap kali gaji, si ayah akan bersedekah. Tak kira lah di masjid masa hari Jumaat ke apa.
Dan rezekinya berkat. Dari kebekerkatan rezeki tu lah kita boleh menyimpan. Rezeki kita dimurahkan dan sentiasa ada lebih.

Begitu juga dengan satu cerita ni.
Dia kerja gred rendah je memula. Tapi, last2 buka bisnes hingga berjaya ke cemana ke, camtu la lebih kurang. Orang tanya apa rahsia.
Sama macam cerita di atas - sedekah.
Dia kata dapat gaji dia akan beli nasik lemak ke kuih ke letak dalam pantry.
Sapa2 yg dpt, dapat la makan. Mungkin ada orang yg memang tgh sesak masa tu. Dengan sedekah makanan dia tu, orang lain pula mendoakan dia. Dan dia tak pernah putus rezeki.
Sebab tu kakak pernah tulis
"Tak perlu tunggu kaya untuk menyimpan dan tak akan jadi miskin kalau kita rajin bersedekah"

Simple ja.
Dulu, masa minyak naik apa semua tu.
Mesti ada puak puak akan kata "kesian kat orang kampung, apa depa nak makan bla bla bla.."
Hehe. Prihatinnya dia.

Sesilap orang kampung tu lebih kaya dari dia. Kat kampung tu memacam buleh dikerjakan. Nak dengan taknak ja.
Kakak asal kampung. Kampung yang memang kampung.
Kami ada la sedikit kebun hasil peninggalan arwah ayah.
Kau tahu betapa sukarnya mak nak carik orang utk diupah untuk uruskan kebun tu.
Last last upah orang luar jugak.
Conclusion nya - orang kampung pun taknak buat kerja kampung.

Dulu juga (berapa banyak dulu ni. Hehe), ada cerita kat Bersama mu tu. Ingat tak yg family tu makan siput untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Dan biasa lah. Ada yang mengecam, ada yang simpati.
Simpati tu memang simpati. Tapi ko duduk kampung kot. Tanah seluas2 alam. Pergi je lah bercucuk tanam, bela ayam. Okay kata lah tanah orang, tapi, kat area rumah pun buleh je nak tanam takat sawi apa tu. 

Orang yang bebising ni sebenarnya dia takut dia yang susah ke cemna.
Kalau minyak naik, dia pulak takut tak dapat pergi berjalan sana sini.
Habis tak dapat shopping macam biasa.

Ya. Kakak tahu. Di tengah-tengah kota ni pun masih ada golongan miskin. Yang kais pagi makan pagi. Tu hari masa kakak buat free market tu pun, kakak tgk dgn mata kepala kakak sendiri yang mana sinaran mata orang yg menerima diapers tu bersinar. Si ayah pun menelek2 diapers tu macam tak percaya dapat free. Dan ada yg sudi ambik baju lama kakak. Bila tanya ayah dia keja bengkel, mak kerja suri rumah.

Kakak tahu kesusahan mereka. Kita yang bergaji tetap, laki bini kerja pun kadang bersungut dengan harga mahal barang. Yang sehingga kini tak penuh pun troli kalau RM50 (beli bantal mungkin penuh). Yang ni kita bantu lah setakat kita mampu. Tapi, takyah la sesket "ko kena fikir orang susah cemna kalau kuatkuasa kan menda ni" sesket "kesian orang susah kalau kena beli car seat ni"

Hello.. harga helmet paling murah berapa sebijik. RM10 ada? Okay takde. Paling busuk pun RM50 kan. Okay, kalau dibanding dengan car seat, memang jauh lebih murah lah kan. Tapi, kakak nak tanya, kenapa helmet tu orang tak pakai? Adakah sebab harga orang tak pakai? Boleh terangkan pada kakak. Terutama puak puak yang prihatin amat ni.

Bab keselamatan, mohon jangan dikompromi.
Dulu takpe. Kenderaan amat minima di jalanan.
Sekarang ni, dengan lambakan kendaraan di jalanan.
Dengan bersusun kereta di highway, pantang ada cuti.
Tolong lah jangan jadikan alasan perkakasan keselamatan ni mahal dan tak perlu dikuatkuasakan.

Sementara fikir tentang orang susah, fikirkan juga cerita cerita ini. Baca dan hadamkan.


Dan banyak lagi. Just google "anak tercampak keluar kereta"

(kakak suka tulis panjang2 dan takde gambar ni. Sbb orang tak minat nak baca. Biar kakak meluahkan isi hati je. Haha)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign