Ewah. Ewah.
Kau pergi berjalan ke nak pergi bersukan ni?
Semua lah.
Pegi meeting, pegi sukan dan pegi jalan. Hehe.
Mesyuarat MBJ hari Khamis, hari Jumaat malam baru ayah Rizq masuk tournament karom. Haha. Tournament halanya. Gold medal oiii.. haha. HQ memang padu. Tetiap tahun HQ pasti ju-wa-ra. Kihkihkih.
Sabtu pagi perasmian sukan. Ahad malam dinner.
Jadi, kami free utk hari Jumaat siang, Sabtu petang n malam, Ahad siang.
Ayuh lah kita berjalan sket.
Oh. Kiterang tak shopping sgt pun. Lagi pun duk di hotel HIG. Agak2 nak beli coklat, turun je bawah. Senang banyak. Haha.
Jumaat pagi - ke Dataran Lang.
Ada juga orang. Tapi tak ramai.
Tapi panas melantun.
But, being Rizq Iskandar kau ingat dia kesah walo dia dah peluh macam mandi. Kul 10 pagi dah panas macam apa je.
Tangkap gambar sesket pastu balik.
Hey. Tak Langkawi lah kalau tak datang tgk helang ni.
Buleh bergaduh tau kalau tak amik gambar kat sini.
Muahahaha.
Next.
Langkawi Wildlife Park.
Before, pegi Langkawi tak ke heran pun nak pegi tempat ni. Dia cam, nak buat apa. Tgk binatang je pun. So, skrg dah ada anak, ayuh la kita pergi. Apatah lagi anak yg sejenis pencinta haiwan. Rizq ni kan sejak kecik memang tak takut binatang. Lagi suka ada. Eh. Dia memang suka sgt bagi makan kat binatang. So, kita carik tempat yg macam petting zoo.
Masuk sini RM24 utk warga yg guna Mykid.
Utk kekanak atas 3 tahun baru bayar. Tapi nati buleh dapat makanan utk diberikan pada haiwan. Tiket ongtua tak dapat. Jadi, kami tak dpt lah makanan tu. Nak beli - RM6. Malas, sbb org tu kata nanti kat tempat rabbit ada org jual.
Dalam tu kebanyakkannya - burung lah. Dan sedikit haiwan lain.
Dan rabbit.
Yallah, jinaknya rabbit ni semua.
Tak macam rabbit yg pasif kat Kundasang tu.
Sini, mengerumun kita macam hapa ja.
Dak Rizq bila reramai banyak camtu dia cam geli sket. Tapi, bila sekor, ha, tu takpe. Suka sangat nak bagi binatang.
Yang burung tu, dia nak bagi makan macam campak2 gitu. Mana mau nya. Burung tu kena letak makanan atas tapak tgn, nanti dia mai turun makan kt kita. Dia punya lah kelam kabut nak suruh burung tu makan apa dia bagi (-_-")
Boleh la. Dalam sejam kiterang pusing dalam tu.
Tempat lain - tak pegi. Baru je pegi tahun 2015 dulu kan. Masa tu Rizq dalam perut, skrg dah kat luar perut dan berlari tak henti. Haha.
Makan pulak kat mana?
Masa hari sebelum masuk Langkawi tu, kiterang dinner seafood lah.
Bosan dah asyik kedai mona je, try kedai lain.
Ha, baru kau tahu tak best. Sotong liat macam selipar goreng celup tepung.
Lepas tu laksa.
Turun je feri terus carik laksa ikan sekoq.
Selama ni pergi Langkawi tak pernah try pun. Sbb macam tak best ja.
Tapi, kali ni moh la try. Apa yg best sgt.
Hasilnya - memang tak sedap. Yang win adalah pemandangan.
Tapi, kami duk situ kejap je. Elok abis makan, angin kuat menderu, lantas hujan. Huhu.
Laksa kedua adalah laksa penarak.
Laksa yang memang wajib makan setiap kali gi Langkawi.
Sedap hoih!
Lokasi - food court Dataran Lang - kedai paling hujung.
Laksa ketiga - Laksa Kak Su. Ni bukan kat Langkawi lah tapi.
Sapa tatau laksa ni. Laksa paling ter femes di Kuala Perlis.
Yang ni, memang speechless kesedapan dia.
Kami order sepiring sorang.
Tapi, lps tu tambah lagi sepiring utk share dua orang (rasa kalau tambah 2 piring pun boleh habis).
Sedap. Giler.
Sekian. Haha.
Order juga kopok leko dia. Ni pun sedap. Apsal sedap semua. Orang kata pulut udang dia pun sedap. Kami tak terai sbb tak suka.
Kedai Kak Su ni bersih amat. Kenapa ada 'amat'. Sbb baby chair dia pun bersih atas bawah depan belakang. Jarang jumpa kedai yg bersihkan baby chair dia.
Salute.
Jadi, memang recommend 100% utk merasa laksa kedai Kak Su ni. Terbaik!
Oh. Lunch kat Langkawi.
Sempat pi kedai Kak Yan. Yang ni kalau google kira macam most recommended lah.
Sebab dia ada bronok. Pernah dulu masuk tv3. Lama dah. Pastu aku macam teringin juga nak rasa. Tapi tak pernah berkesempatan. So, kali ni, sbb bukan cuti sekolah, mari lah kita pergi. Jauh juga dari Kuah tu.
Sebab dia ada bronok. Pernah dulu masuk tv3. Lama dah. Pastu aku macam teringin juga nak rasa. Tapi tak pernah berkesempatan. So, kali ni, sbb bukan cuti sekolah, mari lah kita pergi. Jauh juga dari Kuah tu.
Kiterang dah tau dah taktik nak makan lunch tempat2 glamer ni. Ko buat brunch - breakfast n lunch bersekali. Kiterang breakfast so-so ja kt hotel. Tak kenyang sangat. So, lepas jejalan kat Dataran Lang, dalam kul 10 lebih dah gerak ke kedai tu. So, dapat lah makan dengan tenang.
Ye ke tenang? Sangat lah. Dak kecik riang gembira main ais. Pastu tumpahkan ais tu. Habis satu peha mak. Haaaa.. kauuuu.. naseb masa tu ayah dia dah abis makan. Terus ayah dia pikul bawak masuk dalam keta while mak teruskan meratah lauk2 yang ada walau peha sejuk kena ais. Naseb ais kosong. Kalau sirap..memang la menyirap.
Dapat la merasa bronok ni. Kerabu bronok to be exact. Kalau orang tanya apa rasa - dia takde la rasa apa pun. Tapi tekstur dia macam liat2 gitu. Macam tangan sotong tu lah lebih kurang. Okay lah sbb orang ni gaul dengan mangga semua. Sedap je lah. Kedai harga memang reasonable. So, recommended. Tapi, ingat.. ko kena pergi awal. Kul 11 tu memang just nice.
Untuk dinner, kiterang sempat try Uncle Jai Cafe.
Kedai ni pun - kalau kau google, mesti dia akan keluar kedai makanan sedap di Langkawi.
Tapi... ada lagi kot kedai lain yg lagi best.
Masa kami pergi - service out.
Lembap amat. Buleh lupa pulak order kiterang. Giler lama menunggu dekat nak sejam nasik goreng tak dapat. Ya Tuhannnn.
Nasik goreng yang dekat sejam tunggu. Kena 2,3 kali tanya baru nak buat. Dah kenapa?? |
Yang best moi tu. Korang nak makan, order je lah moi.
Lokasi kat area Kuah jugak. Dekat hotel apa ntah.
Ayah Rizq punya. Okay lah. Buleh tahan. |
Itu je lah yg kita pi jejalan.
Tahun ni gak tak pergi tgk orang main sukan pun.
Haih sangat kan.
Layan je lah gambar mana ada ni.
Malam akhir kiterang dinner di office kiterang lah - Kompleks Kraf Langkawi.
Layan je lah gambar mana ada ni.
Malam akhir kiterang dinner di office kiterang lah - Kompleks Kraf Langkawi.
Oh. Ayah Rizq dapat cabutan bertuah :P
Dapat hamper.
Settle lah sukan tahunan untuk tahun ni.
Jumpa lagi untuk tahun hadapan.
Jumpa lagi untuk tahun hadapan.
Di Sarawak.
Ha.. yang ni dah kompom2 tak buleh bawak kereta (-_-")
Ha.. yang ni dah kompom2 tak buleh bawak kereta (-_-")
1 juta komen:
rizq pencinta haiwan....sep sikit dgn acik lia.....hehehe....seronok dia ea....
tang laksa tu..... hanya pencinta laksa je yg tahu tahap kesedapan laksa itu kannn.....=))
Terima kasih atas komen anda :)