Pages

24 October 2018

#kaptenRizqkeJDT : Forest City, JPO and Thistle Hotel.

Hari ke3 di JB.
30 April. Hari ni kira hari orang kerja.
Tapi kami ambik cuti.

Siap sarapan then check out.
Banyak lagi tempat nak pergi ni.
Kiterang terus gerak ke Forest City.
Guna google maps.
Di bawaknya jalan lama.
Hampeh betui.

Jalan yang lori lalu.
Sebenarnya dah ada jalan highway tau.
Mengong betui lah. Melarat2 jadik nya. 

Forest City ni apa sebenarnya.
Google lah nak tahu apa.
Tapi, bila sampai sana, mesti tepon pun jadi roaming. Akan dapat SMS kata kita dah berada di Singapore. Haha.
Memang dia tambak area laut tu untuk jadikan satu kawasan (elit).
Katanya macam ada kontrovesi area ni.
Ye ke?
Ntah.
Tapi, tempat nya cantik.
Lawa utk tangkap gambar.













Kelihatan Singapore di seberang sana












Kiterang sekejap je situ. Panas lit lit.
Dia cam ada satu building. Situ ada lah tempat pameran rumah2 yang dijual.
And ada salesman dia akan terang2 kan rumah kat situ. Hoi.. terasa kerdil diri ini lah sbb rumah situ tahap juta2 punya. Cina banyak lah. Macam cina in grup apa semua. Chinese Singapore agaknya.
Dalam satu jam lepak situ. Then balik. Oh. Ada swimming pool gak. Dia open utk public.

Seterusnya pergi JPO.
Masa ni ada sale kat Padini. So terus je lah beli baju raya Rizq kat situ.
Ramai gak orang walo hari tu hari bekerja. Ramai nampaknya amik cuti, kot.

Hujan pulak kat sini.
Lebat. Badan Rizq pun masa tu dah dedo dedo.
Tapi, dia kuat.
Pi sewa stroller situ. RM100 deposit. Harga sewa RM30. Belasah la nak oi. Mak pun dah penat. Dan dak Rizq mmg habis hati lah naik menda tu. Agak2 ada jual tak yang macam ni? Haha.
Tapi, customer service situ cam pehapa je. Nak taknak je layan. Eh. Menyampah aih. Tak boleh kah nak bermanis muka sket? 

Lps JPO kiterang gerak ke bandar JB lah.
Nak check in kt Thistle. Tp sblm tu gi makan dulu kat tempat yg viral. Mi Rebus Tulang.


Okay. Sedap. Not bad.
Orang pun tak ramai. Service pun okay. Cepat je.
Settle makan, terus pi Thistle.
[cerita Thistle ada kat sini]

Dah check in, ayah Rizq pi beli pisang goreng mawar.
Apa yg istimewa pisang goreng ni?
Sila lah google.

Best dia yg sambal kicap dia tu lah. Pisang goreng tu... best lagi kt tempat kita. Hihi.
Tanya kat receptionist tu, dia pun kata tatau lah apa yg orang suka situ. Cabin crew pun katanya lepas check in mesti nak pergi beli situ. Haha.

Esuk paginya (1 Mei), breakfast then sesiap nak balik dah.
Eh. Tapi sempat gi beli baju JDT (official merchandise) kat kedai bawah hotel Thistle ni. Sedap kain jersi dia. Pastu harga pun okay lah. Cuma takde baju budak ja.
Balik singgah makan kacang pool dulu.

Pastu on the way singgah beli kerepek2 dulu kat Simpang Renggam.
Perusahaan Zainab Jaya.
Kat sini la beli kuih kapit coklat yang Yallah Sedapnya!
Naseb ada cawangan dia kat KL ni. Boleh la beli kalau rasa nak beli.
Serious tak pernah lagi rasa yang sedap macam ni.
Mahal sket, tapi tak kesah. Sedap dap dap!

Dengan itu tamat lah percutian ke JDT utk tahun 2018 ini.
(berbulan baru tamat entry Johor. Haha. Malas giler nak buat entry kalau dah lama sangat. Tapi, perlu, utk kenangan)

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign