Alah. Takde rupanya cerita Rizq gi check gigi.
Okay. Takpe. Masih belum terlewat utk makRizq jot down kat sini.
Rizq mula tumbuh gigi masa umurnya 6 bln. Ada citer kat sini.
Mula mula makRizq pun tak tahu baby kena bawa check gigi.
Baca kat grup kanak2 kat FB baru cam ooo, kena bawak gak ni.
Derang citer ada yg jadi anak angkat klinik lah apa lah.
MakRizq pun google lah no klinik gigi berhampiran.
Okay je derang layan.
Katanya utk kanak2 hari Jumaat pagi. Walk in je tak perlu appoinment.
Jadi, masa Rizq umo 9 bulan mak bawak gi klinik gigi untuk kali pertama.
3.3.2017. Kejap je. Kira cam datang kul 8.30, kul 9 lebih camtu siap dah.
Lagipun bukan ada prob apa.
Utk yg pertama kali ni, kita buka rekod lah dulu.
Free je utk mak pak yg kerja kerajaan.
Bawa je buku baby n mykid dia.
Pastu nanti nurse panggil utk check.
Macam kat tmpt kiterang ni dia check kat tingkat atas utk kanak2.
Sbb Rizq takde prob apa, nurse just nasihat cara nak berus gigi, jaga gigi apa semua lah.
Ni rekod utk 1st time.
Kalau kat buku rekod kanak2 (kerajaan) mmg dia ada tulis pemeriksaan gigi kali pertama antara umur 6-9bulan kalau anak dah tumbuh gigi.
Seterusnya masa umur setahun.
Jadi, kali kedua makRizq bawa masa umur 16bln.
13.10.2017.
Masa ni Rizq ada 8 batang gigi baru.
Kali ni juruterapi pergigian yg check.
Rizq okay je buka mulut.
Then katanya gigi Rizq okay. Tkde prob.
Tak perlu sapu florida ke apa.
(ada juga toddler yg ada masalah gigi macam rapuh, then derang akan sapu florida).
So, dia kata berus je gigi cam biasa.
Yey! Alhamdulillah.
Kiterang mmg nak jaga elok2 gigi dia.
And nak dia berani pergi check gigi.
Tu yg biasakan pergi klinik gigi dari awal.
Utk gigi, kami pilih utk pergi kerajaan. Sbb gigi pun takde masalah. Klinik gigi pun tak ramai orang. Jadi, takde apa yg perlu dirisaukan. Lain lah KK, tu mmg ramai orang. Tu sbb kami tk buat routine check up kat KK. Nurse klinik gigi pun baik2 belaka :)
Mommies semua yang blum bawa anak check gigi boleh lah pergi bawak.
Takde masalah pun takpe. Just utk tgk2 dan nak biasakan anak2 dgn doktor/juruterapi gigi. Nanti tkde lah dia trauma ke apa.
Cara check gigi anak2 ni, dgn kita mak ni pun baring skali. Pening kepala mak tau. Haha.
1 juta komen:
seriau gi klinik gigi..haha
Terima kasih atas komen anda :)