Pages

19 October 2017

#menukaptenRizq : Chicken Bone Broth

Bone broth is one of the most healing foods you can consume, including popular chicken bone broth. Rich in nutrients like gelatin and glycine, it helps to protect and heal your gut lining, skin and digestive tract


Bone broth adalah satu super food yang boleh dibuat untuk baby/toddler.
Boleh bagi baby bermula 10bulan.
Sangat bagus.
Mak Rizq memang rajin buat Chicken Bone Broth aka CBB untuk Rizq.
Untuk boost immune dia.
Senang sgt CBB ni. Sbb tu makRizq rajin buat.
Well u know me lah kan. MakRizq ni bkn rajin sgt nak masak2 ni (T___T).

Dan CBB adalah bahan wajib ada dalam freezer mak Rizq. Sbb CBB ni amat membantu kalau mak Rizq da buntu nak masak apa.
CBB boleh dijadikan sup. Masuk air, tambah CBB, tambah ayam, tambah carrot - dah jadi sup ayam. Simple kan :)

Cumanya, kalau nak senang, guna slow cooker.
Kalau guna periuk biasa jenuh nak tunggu masak sbb CBB ni perlu masak lama untuk dapatkan stok dari tulang temulang tu.
Yes, mmg boleh pakai pressure cooker, tapi lebih elok kalau kita masak dalam masa yg lama.
Yang paling senang, guna slow cooker.
Tapi jangan guna periuk Aluminium. Bimbang ada resapan air asam akan jadi racun pada kuah. Sbb bone broth ni kena letak bahan yang masam (ie : air lemon, tomato, acv).
Boleh juga guna dapur gas biasa. Tapi kena selalu tgk api dan jaga air dia lah. Takut kering.
Mak Rizq guna slow cooker. Biasanya mak buat hari Jumaat malam. Dari 10mlm sampai lah 10pagi esuknya (Sabtu). Buat hari minggu sebab senang nak prepare and siapkan utk masuk dlm peti ais. Mak Rizq guna slow cooker kecik ja. Yg 3.3liter.
Takyah nak cynical kata slow cooker ni mahal lah, nanti elektrik mahal lah.
No no no ya...
Slow cooker ni tak sampai RM100 pun kat Jusco. Dulu masa Rizq makan nasik lembik, makRizq guna ni usung merata. Senang sgt nak buat nasik dia.
Pastu skrg ni guna utk buat CBB lah. Takde kerugian pun nak invest. In fact kita teringin bubur nasik ke bleh guna gak slow cooker ni. Tp lambat sket lah nak masak dia. Takde hal. Sblm tido tu buh la beras ngan air. Bangun pagi dah jadi breakfast (eh. Best plak. Nanti nak buat lah bubur nasik berlauk nih).
Utk elektrik plak - takde byk pun consumptionnya. Nama pun slow cooker. Mmg tak bergerak pun lahai meter elektrik tu. Toksah duk risau lah letrik byk. Tu tv ngan peti ais tu lagi kuat elektriknya. Ni pun bukan kita pakai hari2. Takat seminggu skali. Takde effect apa lah.

Tkpe. Ikut lah mana2 cara mommy yg mudah kan.
Dapuq gas ka, dapuq kayu ka.. ikut lah mana yg senang. Janji kita buat yg terbaik utk anak kita :)

Jom tengok cara2.

Chicken Bone Broth

Bahan :
*Tulang ayam.
*Kaki ayam (kalau takde pun, takde masalah. Cukup dengan tulang ayam. Tapi kalau guna kaki ayam, sup tu akan jadi berjelly. Itu lah yang bagus. Kolagen dan lelemak ayam dah keluar).
*Celery
*Carrot.
*Bawang besar.
*Bawang putih (lagi banyak lagi bagus).
*Halia.
*Daun sup/leeks/daun bawang.
*Sup bunjut.
*Jus lemon (boleh je kalau nak ganti dengan tomato/apple cider vinegar/asam keping. Tapi jangan letak 2,3 jenis bahan masam. Letak satu je. Kalau lemon, lemon je. Tak payah letak tomato ke asam keping lagi dah).

Cara-cara :
*Masukkan semua bahan dalam periuk. Masuk air. Biarkan selama 10-12jam (slow cooker).

CBB ni boleh dibekukan dalam freezer dan tahan untuk 3 bulan.
Bekukan dalam bekas kecik macam bekas dadih tu.
Bila nak guna, ambil satu, defrost dulu. Jangan terus masuk dalam periuk. Elakkan makanan sejuk beku terus dipanaskan. Cara defrost - turunkan ke dalam chiller/bahagian bawah peti ais. Biarkan dia thaw sendiri. Bila dah thaw, boleh lah masak macam biasa.
(cara - cara untuk defrost makanan dengan betul - defrosting)


Salah satu resepi dari blog omputih : bone broth

Ni antara CBB utk dak Rizq.





Stok CBB dia sentiasa ada dalam freezer.
Sangat berguna.
Boleh juga guna tulang lembu.
Atau kalau buat laksa pun kita panggil bone broth gak.
Tapi paling simple - chicken bone broth lah :D

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign