Pages

11 October 2017

Experience Refund Cash Dari Lazada

Hey...!
Aiols ni pengguna setia Lazada tau. Bertahun tahun dah jadi pembeli Lazada ni.
Dari semurah barang hingga lah barang yg beribu.
Ya.. ai penah beli panty liner dari Lazada ni. Haha. Masa tu cam lambat je nak gi kedai, terus beli lah. Dan yang termahal adalah barang elektrik - slow juicer and Beaba Babycook. Tidak lah beribu ribu sangat tapi hampir2 gak lah.
Selama lama ni memang takde masalah lah dengan Lazada ni.
Order - sampai. Paling lewat pun dalam 3 hari camtu je.
Simple.
Dan kalau COD pun cepat je sampai.

Terbaru ni aiols pun nak lah beli seketui periuk nasik kecik.
Khas utk masak nasik dak Rizq.
Ya... beaba boleh masak nasik, tapi u know y lah kan. Dah ada tapi macam leceh pulak. Senang lagi periuk nasik.
Sebelum ni guna slow cooker. Sbb tekstur nasik masih lembik2. Bila Rizq da bleh makan nasik biasa, kiterang guna lah rice cooker biasa tu. Melantun lantun lah kalau masak nasik 1 pot je kan. 
AyahRizq kata - carik lah kat Lazada.
Ha. Tu yang mak carik kat Lazada tu.

Carik carik, takde yg boleh COD. Eh. Ke ada. Tapi ada caj delivery apa semua - jadi mahal.
So, beli je lah yg terus bayar.
Order 29 Sept. Dia kata sampai before 4Okt.
Tunggu2 takde.
Bila takde, terus live chat kat Lazada.
Bila live chat dia kata barang tu tgh nak hantar. ETA dalam 9 Okt.
9 Okt kita pun tgk la kat Order Status.
Eh. Dah takde apa2. Kira cam takde process apa2 dah. Kalau tak sebelum ni dia highlight tgh "processing". Ni takde apa pun. Haih. Tak boleh jadi ni.
Laju laju mak live chat sekali lagi.
Sekali yg reply tu kata - barang tak boleh deliver - nak refund.

Waaaahhh... mengkalau kita tak tanya, takde nya deme ni nak kabo.
Ni antara live chat pada 9 Okt.


Geram sungguh mak tau. Tak pernah jadik gini.
Saja mak saiko kan derang kata kesian anak tak boleh makan nasik. Periuk takde. Haha.

[dalam pada tu, mak terus tgk kat shopee - kebetulan ada mycybersale kan - ha...kau.. kat shopee murah weh dari Lazada. Apsal lah tu ari aku tak tgk kat Shopee terus. Hiiiii]

Orang Lazada tu mintak no akaun, IC apa semua.
So, petang tu dapat emel kata derang tgh process refund.
Esuk paginya pun (10.10.2017 jam 10.28am) dia emel lagi kata memang nak refund. 
Tapi jam 10.51am dapat emel kata nak reimbursed plak. Sbb katanya aku tak bagi no akaun. Reimbursed ni kira cam nak kontra lah. Kita beli barang lain, depa akan kontra dgn jumlah yg barang kita tak dpt tu. Dia bagi no voucher. Eh... taknak haku. Kang beli, barang tak boleh hantar lagi. Kuasa lah aih.

Terus lah aiols live chat sekali lagi. Susah plak nak dpt. Call pun jenuh tunggu. 
Okeh. Cuba lagi.
Dapat. Live chat. Kata nak reconfirm bebetul. Nak bagi cemna ni. Refund ke reimbursed.
Sekali mak saja bebuat bengong2.
Haha.



Okay.
Dan dalam pada cong ceng ngan Lazada ni mak order kat Shopee.
Order jam 3ptg.
Esuknya kul 3 da smpai pun periuk tu.
Haha.
Shopee ni mostly memang laju.
Sbb seller situ takkan dapat duit selagi dia tak antar barang.
One more thing, kita boleh terus chat dengan seller dia direct. Jadi, kita bleh tanya ready stock ke, berapa lama hantar apa semua.
Dan satu lagi, Shopee akan notify kita kalau seller tu pernah ada bad record.
Setakat ni, aiols tak pernah ada masalah dengan Shopee.



Refund tu pulak, hari ni (11.10.2017) tgk ada emel. Payment Advice dari Citibank.
Macam emel scam tu. Yg kata kita dapat juta juta tu kan.
Haha. Da la citibank selalu kena scam, kan?
Tapi, tgk macam ada full name mak apa semua, berani la klik buka.
Tgk kat maybank2u pun dah masuk.
Sokay lah.
Bagus lah Lazada. Buat kerja cepat juga.
Thank u lah.
Now taktau nak sambung merajuk ke tak dgn Lazada.
Haha.
Ye lah. Mak soping online kat Lazada je.
Ada yg pandang Lazada n Shopee ni shopping online yang cam kampung2 je.
Takpe lah. Ada aku kesah. Berjuta kot laman web shopping online ni. Takkan kita nak citer kita beli kat sekian sekian tempat. Tak pyh lah aih.

Cuma satu je lah.
Kadang kita ni tulis2 status ni merefleksikan balik diri kita.
Kita acah acah play victim. Pikir ada je orang nak sabotaj kita, ada orang selalu kutuk2 kita. Padahal kita pun camtu. Selalu pandang rendah pada orang. Anggap orang takde standard. Tu lah tu.
Bila kena tahu pula meroyan kita ni. Kan?
Tak cakap orang aih. Sbb dah kata - tulis adalah refleksi diri kita. So ai cakap pasal diri ai lah. Takyah nak terasa terasa sangat :P

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign