Last week @ last few days kat FB kan cam viral bil letrik orang melambung tetiba kan.
Masa tu bil tak sampai lagi. So, macam malas lah nak amik "pot" lagi.
Tgk bil dulu.
Kebiasaan bacaan kat rumah tu utk 32 hari.
25hb April. Bil sampai. Terus lelaju pi ambik kat post box.
"Teruja" jugak lah nak tgk kan.
Betul kah melambung2 jadinya.
Tapi, kami dah ready. Tahu mesti mahal dari bulan lps sbb bulan ni, masa ada kt rumah on weekend tu, siang pun ku pasang air-cond. Tak tahan.
Bila tgk bil, takde lah melambung sgt pun.
Naik la RM21.10
Ye lah. Takkan nak maintain.
As I mentioned - penggunaan air cond agak berlebihan. Mengambil kira juga kami duk memerap je kat rumah masa weekend (kalau dulu ada balik kg and jalan2, bln ni mmg jarang keluar rumah). Dan ada tetamu dtg rumah 2 hari masa awal bulan.
Penggunaan bulan lps 352kwh
Penggunaan bulan ni 402kwh
Ada peningkatan penggunaan sebanyak 50kwh.
Tapi, tak boleh compare la kot kan dengan orang lain.
Kami takde kt rumah sepanjang siang on weekday.
Keluar rumah kul 7pg and balik dalam kul 6ptg.
Kira tgk tv pun petang tu sampai malam dalam kul 11 atau 12 tgh mlm.
Penggunaan lain - air purifier yang mmg pasang sentiasa kalau kami kat rumah. Nak nak pulak tu hari jerebu kan. Mmg kena on aje lah air purifier.
Water filter - mmg 24jam. Tapi ini takde guna byk sgt letrik.
Induction cooker - untuk memasak. Tapi dalam seminggu 3,4x je sbb skrg dah malas masak. Haha. Ada takde masak sardin je kat situ. Hihi.
Lelain tu peti ais, masak nasik, lampu, iron, caj hp bla bla bla tu takde la tinggi nau gunanya kan.
Sokay lah.
Mungkin juga sbb wiring pun baru - peralatan pun kebanyakan baru - tu kot letrik tak tinggi sgt. Tak tahu lah yang ni. Aku agak je lah.
Oleh kerana orang bising2 naik bil letrik ni, ada juga lah yg sebok promo alat utk kurangkan bil.
Aku tgk dia buat comparison bil tu.
Konon dari RM400 lebih, bil jadi RM200 lebih ja. Konon turun smpai 200 ringgit lah kan.
Tapi, bila perhati detail bil tu, sebenar idak la turun banyak sgt.
Bil orang tu ada tunggakan.
Kalau ikut penggunaan sebenar dia; dari RM211.23 pada bulan sebelum, jadi RM155.75 pada bulan berikutnya.
Ye lah. Memang betul lah turun. Ada lah penurunan sebanyak RM55.48.
Kalau turun tak sampai seratus tu, baik lah kita guna letrik secara berhemah ja. Dapat juga turun. Ikut je tips2 orang bagi tu. Takyah beli alat2 bagai tu. Huhu.
Selanggara peralatan kalau dah lama.
Jangan iron baju waktu tengah hari rembang tu.
Cabut semua plug if dah tak guna.
Tu hari ada orang bagi tips juga kat FB cara guna aircond supaya bil tak tinggi.
Dia suruh buat mode dry.
Aku try sehari ja. Pastu terjaga tgh malam. Sbb tetiba panas. Huhu. Sbb dia tetiba macam off sbb ikut persekitaran. Mungkin masa tu macam dah sejuk bilik. Eh.. tak bleh tahan lah. Tak bleh guna cara ni.
Pastu ada orang gitau lagi kat FB.
Jangan buka pada suhu rendah. Buka pada suhu 23-25, then pasang kipas.
Smlm buat. Rasa okay sket lah yang ni. Bilik pun nyaman2 ja.
Boleh amik tips ni. And bln dpn kita tgk berapa bil kita.
Hihi.
3 juta komen
belum boleh komen sebab bil elektrik belum sampai.....nanti dh ada, baru boleh komen....
P/s: bulan ni memang setiap malam pasang aircond....bertabahlah nnt masa tengok bil.
hehehe...naik la sikit dr biasa... hubby i yg kepanasan, so dia la yg bayo bil...kehkehkeh... i ni dah tahap berselubung selimut duk dlm a/c, dia selamba ja tidur x pakai selimut pun...panas nau la agaknyanya...
salam.. hi kak.. lama x jalan2 masuk blog..
lama teringat nk bukak blog akak.. tak bukak2 lak...
ape khabar...
bill letrik bulan ni x cek lg... tp sure naik melambung2.. penggunaan ekon yg melampau... uhuhuhu
Terima kasih atas komen anda :)