Baru lps baca blog Dr Adilah
Walau pun, tak pernah treatment dgn beliau, tapi ai follow blog beliau.
Utk dijadikan motivate.
Dan memahami kebesaran Allah.
Ada surah ni dalam entry latest dia.
Agar kita yakin dan percaya semuanya milik Allah.
Semuanya datang dari Allah.
Pengalaman menjadi TTC'ian selama bertahun tahun mmg membuatkan kita dekat dgn Allah juga amat yakin dengan kekuasaan Allah.
Namun, tidak lah berkata orang tidak TTC tu tak dekat dgn Allah.
Masing-masing dengan pendekatan ter sendiri lah.
Itu lah yg orang kata, ada hikmah di sebalik ujian yang menimpa.
Sebagai TTC'ian, kami bersyukur sbb kami amat dekat untuk memahami proses kejadian manusia. Satu ciptaan Allah yg sangat sangat meng-amazingkan.
Kalau baca blog tu - pada yg tak pernah buat treatment, mmg lah asing sgt term term yg ada. Tapi, itu lah kekuasaan Allah.
Kami adalah antara yang susah conceive secara semulajadi macam ibu ibu yg lain.
Kami tidak dapat merancang utk ada anak 2 orang, 3 orang, 4 orang (dapat sorang pun dah syukur rahmat kan).
Kami tidak seperti ibu ibu lain yg begitu mudah utk dapat anak selang setahun.
Yer, kami ada kekurangan itu.
Tapi, kami juga ada kelebihan. Kami dapat mendalami salah satu ilmu Allah yg ada (walau tidak lah secara detail macam nak jadi doktor Obgyn. Huhu).
Setgh darinya, proses IUI pun tak tahu - tapi, nak buat apa ambik tahu sedangkan proses semulajadi tu lebih easy peasy kan. "Kacang" orang kata - nak ada anak - plan je terus dapat. Alhamdulillah kalau ibu ibu dalam golongan tu.
Entry kali ni bukan nak meroyan. Jauh skali nak bersedih hati.
Cuma, nak mengingatkan diri sendiri tentang kebesaran Allah.
Lambat atau cepat - adalah perancangan terbaik dari Allah.
Semalam, dpt satu keputusan yg agak mengecewakan.
Sapa tak kecewa kalau tgk begini :
Keputusan : Tidak berjaya.
Keputusan : Tidak berjaya.
Tidak berjaya tu kan something yg dah buat hati kita berduka.
Tapi, muhasabah. Allah dah susun cantik2 dah life kita ni.
Bila tgk balik 5 thn kebelakangan ni, mmg dah perfect dah sebenarnya.
Bermula tahun 2012 - pindah rumah.
2013 - dapat chemerah.
2014 - dapat percutian idaman - naik cruise n ke Perth.
2015 - dapat menunaikan umrah dan teruskan treatment.
2016 - cuma tidak berjaya dalam temuduga utk HLP sahaja. Tapi, ada lagi satu yang Allah dah bagi.
Banyak kan dah dapat. Yang tak dapat cuma satu je. Kenapa nak berduka lara.
Satu satu lah dulu.
Perancangan kita, mungkin kita rasa terbaik.
Perancangan kita, mungkin kita rasa terbaik.
Tapi, perancangan Allah tu kan lebih terbaik. Lagi lagi pula semuanya milik Allah. Allah yang lebih tahu.
Kadang kita terkhilaf. Bersedih hati bila apa kita plan tak menjadi sebagaimana kita nak.
Jangan negatif.
Jangan bersedih.
Buat masa ini, keputusan itu lah yang terbaik untuk kita :)
# salam 30 JamadilAkhir. Esok Ptg ni dah masuk 1 Rejab. Ha.. sapa tak abis ganti puasa tu, cecepat lah ganti uols. 2 bulan je lagi nak masuk Ramadhan dah..