Rasanya semalam ramai yg tgk ranc kat TV AlHijrah.
Rancangan ni.
Aku tak follow FB page Safiey ni.
Tapi tahu lah sbb ada je member lain akan klik "like" dsbnya.
So, masuk kat newsfeed kita lah kan.
Tahu lah dia jual kosmetik, pastu buat operation etc etc tu.
Malam tadi, tengok lah program tu.
Bagus.
Aku dapat rasakan yg Safiey ni benar2 dah berubah.
Dalam erti kata lain mmg betul2 berhijrah.
Tak perlu nak cerita mimpi kepala melekat kat sejadah ke rambut terbakar ke apa.
Dia insan terpilih yang Allah beri hidayah.
The choosen one.
Bukan senang kan nak insan terpilih camtu.
Dia pun pandai ber communicate (ye lah..orang bisness kan), pastu mmg buat kita terleka lah dengar apa dia cakap.
Rasa insaf sangat bila dia kata apa pun dia buat, dia meletakkan Allah no. 1.
Apa pun semua kerana Allah.
In fact, masa dia nak remove breast dia pun, doktor tanya kenapa nak buang - dia cakap kerana Allah.
Bagusnya bila kita meletakkan keutamaan kita adalah Allah SWT.
Tak payah pikir2 dan rungsing bila Allah menjadi no. 1.
Tak perlu nak pikir apa orang kata pasal kita bila kita letakkan Allah no. 1.
Orang sekitar memang tak pernah puas hati dengan kita.
Tambahan dia plak sebelum ni lain dari orang lain kan.
Seronok tgk orang dapat hidayah camni.
Kita ni, walau tak jadi choosen one, kita terus la istiqamah dengan segala amalan yang menjadikan Allah no. 1.
Jangan lah duk nak sebok kan hal orang lain.
Jangan lah asyik nak nampak kesalahan orang.
Jangan lah susah hati dengan rezeki orang lain.
Jangan lah rungsing dan marah bila apa yang orang lain buat tak seperti apa kita nak.
2 juta komen
alhamdulillah....
ada baca kisah dia dekta fb...
الحمد لله
Lia pun ada baca kat fb dan tgk tv alhijrah... Siaran ulangan mlm...
Hidayah Allah tidak mengira sesiapa pun...
Walau org tu prnah buat kesalahan sebesar mana pun
Tapiii kalau dia antara yg trpilih utk mendapat hidayah Allah.....
Maka siapa kita pulak nk hukum dia kan kekda...
Semoga beliau terus di beri kekuatan & Istiqamah
sgt kagum dgn kesungguhan beliau.... الله أكبر =))
Terima kasih atas komen anda :)