Berapa kali dah ya aku meroti.
Tak byk kali sangat lah.
Bukan susah pun nak meroti dengan bread maker (BM) ni.
Tapi, dah pemalas apa pun tak boleh lah kan.
Selain dari buat roti, pernah lah aku buat dough utk donut, utk pizza.
Tu hari bawak BM ke ofis. Masa tu akhir tahun yg orang ramai cuti tu. Usung je lah BM tu ke ofis. Sekali dgn tepung nya. Alah, bukan byk pun bahannya kan.
Tepung, minyak, gula, garam, yis n air. Itu je.
Ye ye je kan nak meroti kat ofis.
Tapiiii... huwaaaa... roti tak berapa nak menjadi.
Dah kenapa kau bantat gini.
Jadi leper pulak. Haha. Nak gelak pun ada.
Terus w.app kak cik. Kak ipar aku yg agak expert dalam hal baking mem-baking nih.
Kakcik kata mungkin sbb yis.
Yer, yis sangat sensitif kehidupannya.
Yis tak boleh duduk dalam suhu yg sejuk.
Kat ofis kan ber air-cond.
Ada kemungkinan sbb yis lah roti ni jadi penyek dan tak mau naik.
Hai la yis.
Suppose kak cik kata hidupkan dulu yis tu kalau air cond.
Ha, nak idupkan yis tu pun bukan senang ya.
Suhu air pun tak boleh terlalu panas - kang mati yis.
Hui.. yg ni aku tak expert lagi nak idup2 kan yis ni.
Kalau buat kat rumah, guna BM ni - suhu bilik tu, yis tu tak perlu lah nak godak godak kan. Just tuang je dalam BM. Tahu lah dia hidup sendiri.
Cuma, jangan partner kan dengan garam je.
(tapi, tgk kat iklan go shop tu, dia kata okay je kalau yis dgn garam pun).
Tapi, aku takmo tanggung risiko.
Aku letak yis n garam asing-asing. Jauh jauh.
Kalau masuk garam dulu, yis kemudian. Gitu.
Lps tu, tu ari ada potluck. Bos kata dia bawak kari ayam.
So, dgn rajinnya aku buat roti. Sbb nak cicah ngan kari ayam.
Buat kat rumah.
Malam kul 11 buat. Pastu biar kan je lah.
Aku terlupa BM ni ada function delay timer. Patut aku delay timer kan supaya dia tidak berkerak sgt. Kul 3 pagi kot baru myDH tutup suis. Dah masak sejam lebih rasanya time tu.
Harum semerbak rumah bau roti. Hihi.
Aku terlupa BM ni ada function delay timer. Patut aku delay timer kan supaya dia tidak berkerak sgt. Kul 3 pagi kot baru myDH tutup suis. Dah masak sejam lebih rasanya time tu.
Harum semerbak rumah bau roti. Hihi.
Tapi, kenapa kemetot camni. Peliknya.
MyDH lps tutup suis tu dia kata "kenapa roti tu macam kecik"
Aku masa tu tgh mamai2, aku ckp, mmg aku buat saiz yg kecik tu.
Memang kecik lah.
Peliknya.
Peliknya.
Tapi habis je makan. Cuma kerak2 dia agak tebal sbb lama dalam tu kot sblm tutup suis.
Pastu esoknya myDH request suruh buat lagi.
So, suruh dia gi beli ayam, aku buat kari ayam utk cicah.
Oh, aku tak berapa expert buat kari ayam. Kadang ubi kentang tak empok lah apa lah.
Tapi kali ni menjadi elok. Alhamdulillah.
Aku tiru sebijik2 resepi dari sini. Memang menjadi [link : azie kitchen]
Hari Sabtu petang buat - malam baru makan.
Kali ni elok kejadiannya.
Takde penyek, takde kemetot.
Aku rasa, kemetot tu sbb aku letak kurang air. Supppose 280ml, tapi aku letak 200ml ja. Lupa nak tambah 80ml lagi.
Haha.
Takpe. Nanti aku buat lagi lah bawak gi ofis. Tak puas hati rasanya.
Kali ni aku nak buat delay timer, jadi dalam kul 6 tu baru lah siap masak.
Takpe. Nanti aku buat lagi lah bawak gi ofis. Tak puas hati rasanya.
Kali ni aku nak buat delay timer, jadi dalam kul 6 tu baru lah siap masak.
Baru best dan panas2 lagi nak buat breakfast.
p/s : Tepung utk buat roti ni aku guna high protein flour.
8 juta komen
salam, waaa pndai meroti. kalau pndai meroti ni orang kata kt mana2 boleh hidup. inshaAllah hehee.
alaaa bestnya kakkkkk...! nampak sedap rotinya cecah ngan kari..
AKUSEORANGTRAVELER :
Boleh hidup..asalkan diusung Bread Maker tu dan kawasan tu mesti ada elektrik. Haa...
Buat roti guna bread maker ni, budak darjah satu pun boleh buat.. takyah nak ada skill apa pun.. hahahaha.. pitam la.... (T____T).
Kekda....kat opis Yani ni tgh meriah budak2 opis main kutu untuk beli breadmaker brand Noxxa. RM105 satu kepala untuk 8 bulan. Ingat aritu nak join tapi fikir2 balik...tak jadi la. Nak simpan duit utk fertility treatment.
NAD :
Boleh la.. roti buat sendiri kan.. gebu gebas lagi. hihi :D
BATIK PINK :
Ha..kat opis akk pun sama.
Yg noxxa tu best.. bkn je roti buleh buat, buleh buat memacam. Sup tulang, bubur, popcorn.. pelbagai lagi.
Akk lama dah tgk..tapi.. takpe lah..beli menda lain lagi penting buat masa ni. Hihi :D
wah cantik roti kekDa tu, sedapnya. yum! yum!
pandaila kekDa buat roti, kita pnh buat skali, tak jadi sgt tapi habis di mkn gak.
bestnya dah boleh buat roti sendiri..boleh jual-jual pulak kekda..hehe
Terima kasih atas komen anda :)