Pages

12 September 2014

Detox, BMI dan JK1M

Hai uols. Salam hari Jumaat. Esuk Sabtu. Ahad. Isnin. Pastu Selasa cuti. Uols cuti eh Isnin? Aiols tak. Sbb 22hb tu mother ai nak pergi check up di Hosp Serdang. So, cuti masa tu lah.

Lama kan saya tak bercerita perihal raw juicing@detox drinks saya. [eh, ber saya saya pulak. Sbb baru baca blog Mya ni.. tu yg ber saya saya jadi nya.. hehe. Hai Mya ]. Ni pun ada idea nak buat entry lps baca entry dia pasal detox.

Saya pun dah tak buat detox every day. Dulu kan siap buat challenge bagai kan. Now.. kegigihan dah merudum. Sket. Sket je la tapi. Takuit uols... sbb aiols amalkan raw juicing ni, memacam perubahan yg weols (#lakibini) alami. Berat badan weols maintain, kulit glowing, jerawat kurang (ni utk myDH.. dulu muka dia mmg la jerawat bagai. Skrg dah oke uols. Kulit pun tak berminyak dah. Ai buat dia je testimoni.. sbb aiols muka takde masalah sgt. Cewah!)

Tapi, tu lah.. kalau tak buat, sure rasa bersalah.
Sbb tu saya advise pada orang yg nak beli slow juicer tu, kalau berjaya buat non stop selama 30hari - then u can buy that thing. If not.. toksah dulu lah. Sbb mahal kot. Bagi saya mahal lah. RM700 utk juicer sahaja kan. Saya beli pun dulu guna duit bonus (thanks PM bagi bonus, tahun ni...?? Cea.. sebokk.... nanti mula dapat cemuhan dari org keja swasta.. gomen ni asyik mintak bonus je.. ala.. takat 5,6 ratus bonus nya setahun..uols tu lagi la.. bonus 13bulan gaji khennn.... hikhikhik)
Takyah pakai slow juicer pun takpe.. tgk org jual2 kat MBO MBG tu takde pun pakai slow juicer nih. Tu pun mujo aiols beli juicer ratus2 je, if aiols datang giler beli HUROM yg 2k tu lagi lah rasa menebal bersalahnya if jarang ber juicing. Hampir2 aiols buat gile nak beli HUROM punya tu ari tu. 

Latest saya buat juicing pada 4 Sept tu hari. See..more than a week tak buat. Apa nihhh....

Saya kalau juicing mmg buah2 "selamat" ja. Haha.
Dah lama jugak tak buat jus sayur. Sbb blender jus saya tertinggal kat kg masa raya tu ari. Alah, kalau tak tertinggal pun tak buat juga. Utk sayur, biasa nya sy pakai blender yg siap bertapis tu. Sbb slow juicer tak buleh masukkan sayur. Sayur ni kita kena tambah air sket baru buleh dia menghasilkan jus.

Saya paling suka jus oren+carrot+tomato. Sedap. Kalau nak lagi sedap, buleh tambahkan asam boi (tak berapa sihat la jadinya).

Tu hari masa ayah sakit kt IJN tu, sempat beli jus kat MBG. Err.. RM6.50 se cup (juice mangga + carrot + pear). Sbb tu saya jarang2 beli jus kat booth jual juicing ni. Sbb rasa cam err... 6ringgit tu kalau tambah sket jadi RM10 dapat stok buah 2,3x juicing jugak. Huhu. Berkiranya kan. Haha. Sesekali buleh la. Kalau hehari.. parah namanya.
MBG ni oke jugak. Kalau jadi ahli dia (RM10-lifetime), dapat la beli barang dia murah sket. Dia ada jual makanan kesihatan. Cam Virgin Coconut Oil, Chia Seed. Rasa nak jadi ahli. Nanti lah. Pergi yg Festival City punya.

Oh. Perubahan semenjak saya amalkan berjuicing lebih setahun ni. Paling nampak - berat badan maintain. Tp kalau niat nak turunkan berat, mmg kena istiqamah gegila. Kalau tidak, maintain je lah. Mmg berat badan ai dalam kelompok normal weigt. dah.
BMI saya - 22.2
Cuma, saya nak turun kan dalam 1 ke 2kg lagi supaya BMI jadi 20++ camtu. Huhu.
Ce uols check kat sini - calculate BMI
Kalau normal, usah risau lah kan.

Now, saya nak try early dinner pulak.
Tukar sket jadual makan. Kalau tak amik heavy breakfast, saya lunch nasi, malam makan roti. Kalau amik heavy breakfast, lunch makan buah ja, petang makan berat pulak lps balik kerja. Gitu lah. Nak cuba.

Exercise je kurang sekarang nih. Ingat nak join JK1M by Kevin Zahri tu. Tapi takde member pulak. Huhu. Ah, jangan kecam pulak kata dah berat ideal, sebok nak kurus..no, bukan nak kurus, just nak tau cara pemakanan yg betul dan exercise nya. Sbb suka KZ punya style yg tak "mengikat" dan takde ikut diet tertentu.

4 juta komen

KekDa..aritu kat AEON Bandaraya Melaka ada cina dok promote HUROM tu kat area groundfloor...nampak menarik tapi dia tak plak tulis berapa harga. Balik2 google pasal HUROM, terkojut den! Kemahin mahal sampai RM2K....kalau istiqamah juicing boleh la kot beli...tp kalau bermusim, takut tak balik modal je beli mahal2...

rajin ida buat detox..rin memng takdela nak buat2..hahahaha

cara semulajadi mmg lg berkesan .. lg² kalau istiqamah ... kesan yg terbaik utk jangka pnjg, makan untuk sihat lbh baik .. dr makan ikut nafsu ... huhuhu ...

huhuhu..BMI ku 20.5...

masih berusaha nak capai BMI 22

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign