Pages

28 February 2014

Sentuhan Kasih Allah

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Masih belum ada entry yang nak dituliskan.
Cuma,
Waktu rehat yang panjang ini, ku gunakan untuk mencari sedikit maklumat.
"Melompat" dari satu blog ke satu blog.

Dan ter masuk ke satu blog.
Pada awalnya ku terpikir, oh dia juga TTC. Sama seperti diri ku juga.
Teruskan pembacaan.
Dan.. rupanya dia diduga bukan hanya TTC.
Dia juga pernah kehilangan anak kandungnya.
Dan baru kehilangan suami.


Ya Allah, begitu berat dugaannya.

Air mata laju mengalir tanpa dapat ditahan.


Ketika itu, baru lah kita tahu, yg kita rasa dugaan kita dah berat.
Tapi, ada orang lain yang menempuhi ujian lebih berat.

Kehilangan suami yang dikasihi pada saat kita masih memerlukan dia, masih perlu bersama dia dalam susah dan senang, bukan sesuatu yang mudah....

Buat dia,
ikhlas aku doakan untuk dia terus tabah menghadapi hari hari mendatang.
Semoga Allah akan terus memberi kekuatan kepadanya dan juga si comelnya.



1 juta komen:

KekDa, rasanya Yani tahu siapa empunya badan yang KekDa maksudkan tu...betul, dugaannya lebih besar berbanding diri kita-kita ni...Yani masa berwhatsapp dengan empunya badan tu kadang-kala terasa tabahnya hati empunya badan tu......

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign