Pages

16 March 2012

Maka Bersyukur Lah.

Kredit : Berita Harian

Baca lah artikel tu. Kut tak napak, halus nau, sila la klik link Berita Harian tu.
Berjuta oke, berjuta nak masuk keja kerajaan. Walau gaji tak banyak mana, walo tak bleh nak usung beg LV (ori), walo tak bleh nak pakai keta ber 'series-series', tp berjuta yang mohon.

Maka, yg sedang dan telah berada dalam sektor ini bersyukur lah.
Gunakan lah peluang yang ada.
Jangan sesekali buat perangai, kerana, sememangnya tiada peluang kedua untuk anda.
Aku mmg pernah dan sedang terlibat dalam masalah staff macam ni. Yg aku rasa amat rugi nye beliau mempersiakan 'peluang' di depan mata. Pelbagai cara dah dibuat, tp masih takde jalan yg menampakkan perubahan positif. 

Sayang. Itu je la yg kita boleh cakapkan.

Teringat kata fasi masa course kat Morib tu ari. Ada 2 kesah berkaitan keja kerajaan ni.
Satu, katanya org ada Master pun mintak jawatan Pembantu Tadbir. Bayangkan lah. Master oke. Kalo ikutkan mmg aje giler. Tetiba ko jadi bos pada org ada Master, suh dia fotostat segala. Aduhai...
Then satu lagi citer, masa induksi, ada orang baru masuk kerajaan yg berenti dari keja sektor profesional cam engineer, lawyer tu lah. So, diminta utk memberikan jawapan kenapa mereka  nak kerja kerajaan - jawapan - sbb keja kerajaan senang. Hah! Oke, masuk dlu kerajaan, baru tau susah senang. Tp mungkin la kot. Kami takde la keja smpai tak balik umah. Tp opis aku ada yer. Esp, kami nak Hari Kraf ni. Mmg ada je la berkampung kat opis.

Maka, sekali lagi aku kata, bersyukur lah. Jangan la persiakan peluang yang ada. Walo tak kena dgn jiwa, walo persekitaran mmg cam tak bleh blah, walo dpt klik2 yg kak Nap, mulut asik nak bertanya bila, bila, bila (memacam bila dia nak tau, menyeboksgtapsaltah!), tp itu lah rezeki yg Allah da tentukan utk kita. Kalo tak tahan sgt, kalo da ada keja lain yg lebih bagus, tolong la keluar dgn cara terbaik. Jgn buat orang tertanya-tanya. Jgn menghilang begitu saja.

Tapi takpe... kata yang berjuta memohon dalam SPA tu 'terima kasih kerana memberi peluang kepada kami'. Jadi, yg buat perangai ni pun sebenarnya berguna juga. Usah dimarah pada mereka ni, kerana mereka ni pergi, akan ada la kekosongan pada berjuta yg menunggu tu.

Sbb tu sepatutnya penilaian 70% ke bawah tu patut dilaksanakan (penilaian mengikut skim SBPA yang dicadangkan) agar yg telah berada di dalam lapangan ni tak rasa selesa sepenuhnya kerana kat luar sana, bukan je beribu, malah berjuta yg sedang menanti untung nasib mereka.

**pada yg sememangnya berapa di 'lapangan' ini, mari kita tanya pada diri kita, kenapakah kita berada dalam sektor kerajaan ini??

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign