Pages

23 February 2012

Al-Fatihah

Dari pagi tadi duk napak ramai yg post berkenaan adik Faris (arwah). Tak punya kesempatan nak baca sbb sebuk ke sana sini.
Aku follow gak citer adik Faris ni 2,3 ari yg lepas.

Dan bila dapat baca kat blog Mazidul, tersentuhnya hati ni.
Memetik tulisan Mazidul
Sebagai ibu, tentunya Zuraine bersedih. Hanya naluri ibu memahami sepenuhnya perasaan wanita berusia 38 tahun itu.

Walau belum berpeluang merasai 'naluri ibu' tp hati aku turut tersentuh. Mungkin aku tak memahami sepenuhnya tapi aku dapat rasakan kesedihan itu.
Ketika ini, aku dan rakan2 yg TTC memang merasakan diri kami lah yg paling terduga kerana tidak dikurniakan cahaya mata. Belum berpeluang mendapat nikmat naluri ibu, tp Allah Maha Mengetahui.
Sekiranya diuji begini, adakah kami akan dapat menanganinya.

Aku paham, dugaan ini lebih berat dari dugaan yg sedang aku tempuhi sekarang.
Dugaan kehilangan mmg satu dugaan yang sangat sangat 'menyakitkan'
Aku sendiri pernah mengalaminya. Lebih2 lagi dalam keadaan yg tak disangka.

Kita hilang pen yg berapa ringgit pun bleh rasa stress, apatah lagi nyawa yg dikongsi selama 9 bulan.

Aku meminjam semangat insan2 yg diuji ini. Kerana aku tahu, kehilangan adalah sesuatu yg lebih perit dari belum menerima sesuatu. Jika mereka kuat, aku pun boleh kuat untuk menghadapi dugaan yang Allah berikan ini.

Allah menguji setiap hambaNya mengikut kemampuan. Itu pasti.

Diharap keluarga arwah adik Faris akan tabah menghadapi dugaan ini.
Al-Fatihah

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign