Pages

28 August 2010

~Pasal Drama di Bulan Puasa~


Bulan2 puasa ni, oleh krn lps keja trus berdesup balik umah, jd byk la drama2 'sabun opera' melayu yg buleh di follow. Huhu.
Memula ptg balik keja harus la tgk ini. 



Ekceli mmg aku tak tgk sgt la. Dgr dari dapur je la. Laki aku je yg duk tgk. Dulu aku sker bangat tgk Mia ni. Skang udah tak berapa plak. Tp dia mmg comel. Dan aku masih berharap agar aku dikurniakan daughter yg comel dan bijak mcm dia.

Oleh krn umah kami ni kecil je, hik hik, kami berbuka adalah di dpn tv. So, sambil berbuka smbil menonton tv kekdahnya. Jadi kami truskan dgn menonton Geng Bas Sekolah Surau di Astro Oasis. Citer ni dari ari Selasa - Sabtu kul 7.30mlm. Bes sbb lawak oih citer ni.

Then da solat segala, kita layan plak ini. 

Tp kadang2 aku ter miss sbb ter tido. Ngua hua hua. Citer ni pun bes jugak.

Lps tu pepagi masa sahur, layan Nurkasih..hahahha..takde makna. aku kan da kata aku tk sker citer tu sbb byk adegan hingus meleleh je. Haha. Nangis la..sesket nangis..sesket nangis. Cengeng! Ada org kata movie dia bes. Sapa die hard fan dia sila la pegi yer. Pehapa tah Mesia nih, kalo citer tu laku je kat tv sure jadi Da Movie kat wayang, lps tu kalo citer tu laku je kat wayang, sure ada The Series plak kat tv. Ok, lupakan.

Pepagi kul 5.30pg aku tgk Qalesya musim baru. Ekceli ini ulangan dia. Yg bebetul kul 9.00pm kat Astro Prima. Ari Senin smpai Khamis. Eh. Btul ke? Btul kut. 

Pelakon Geng Surau dan Qalesya. Source : Utusan
Citer ni menarik. Ada sesuatu yg cuba disampaikan. Cuma mcm yg penah ada org tulis kat paper tu lah (rujukan : Berita Harian). Citer ni mcm menunjukkan sesuatu yg tak baik plak kat sekolah tu. Dia salu tunjuk bebudak laki bergaduh la, budak pompuan tarik budak lelaki lah. Dia tak buat secara direct, tp kat blkg pelakon2. Kira mcm background lah. Apa salahnya kalo dia buat background budak tgh baca buku ke, main bola sepak ke. One more thing mcm da terpengaruh sinentron Indon. Citer ada budak pompuan yg hazabbbbb nakal dia smpai geram kita tgk dan ada sorang budak pompuan Angel (Qalesya la tu) yg terima je segala kehazaban budak pompuan nakal tu.


So, itu antara drama yg kira aku akan tgk. Aku ni mmg tak berapa kesah dgn tv. Tp my dear mmg sker la tgk tv.

Tp aku ada 2 drama yg mmg aku takkan tgk la walo sekejap. Satu - Tudung Ekpress. Dua - Isabella.

Sebab : Tudung Ekspress aku rasa..tah..tgk tajuk pun mcm tak berapa nak kena. Kenapa harus tudung ada ekpress dan tak ekpress. Tudung tu adalah salah satu pakaian yg menutup aurat perempuan. Kenapa harus diekploitasi kan dlm bentuk tajuk sesebuah drama. Apa yg ingin disampaikan?. Aku tak boleh komen pjg lebar sbb aku tak tgk. Dan aku takkan tgk hanya kerana aku nak bagi komen2. Lantak la. Cuma aku komen at a glance berdasarkan tajuk dan promo iklan2 yg disiarkan. Biar la org kata don't judge its book by its cover. Aku tatau kebetulan atau apa, tp tajuk drama kat Astro salu mcm tak sensitip. Contoh : Datang Bulan (walo dlm citer tu ada antu nama dia Bulan yg sker hisap darah peyed), Jgn Main Belakang. 

Isabella tu ada satu sebab je. Sbb Rosyam Noor jadi org muda yg baru  nak bercinta. Haha. Aku cukup tak berkenan oih bila mana pelakon2 ni asal boleh je. Kadang da tua bangka belakon jd budak sekolah. Pakai suar ijau yg mmg tak sesuai..please la. Lps tu yg jadi mak kadang tu thp nenek. Yg jadi mak tp sebenarnya boleh thp kakak pada si anak. Yg jadi nenek tp muka muda beria. Haha. Tolong lah. Hazab aku nak nengoknya. 

So, itu je la nak bebel di hari cuti nih. 

Wiken ni heaven sbb ptg nati Insyaallah berbuka umah kakak. Aku request nasi ayam tomato. Nom nom nom. Esuk plak umah mertua. Ni aku tak request lah. Kalo mak aku, aku buleh la rengek2 request nak makan itu ini. Umah mertua ko jgn byk ckp. Hadap je apa yg ada. Lagipun esuk berbuka ramai2. Plan nak buat puding jagung je sbb esuk ramai sure suma bawa memcm juadah.

3 juta komen

aku pun tak suka bila rosyam berlakon as if dia tu still hot and kalau drama mesti citer org kaya, duh...ngeh...ekceli aku tak penah suka pon rosyam nor berlakon

nak kena balik rumah baru dapat tgok semua2 nih

P/S : Lagenda Budak Setan Versi Drama Baru Bestttttt!

AYANG :
calit sket..aku pun kureng sker mamat itu berlakon. tatau pasal

HANS:
owh..balik lambat yer. tkpe la..bukan sronok pun suma citer2 ni. sbb da follow, so, kena la follow.

by d way, thanks coz sudi drop comment di sini :))

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign