First time untuk Rizq "menanda kawasan" di JDT.
Hehehe.
Mak Rizq pun da lama gak tak ke JB ni actually.
Last, outstation lepas balik umrah dulu. Masa tu ada majlis persaraan staff cawangan Johor. So, mak pergi untuk wakil pengurusan. Tahun 2015.
Ayah Rizq, lagi lah. Dah berapa tahun tak pegi Johor katanya.
So, jom lah.
Kami memang dah siap beli tiket masuk Legoland n Thomas Town masa Matta Fair yang lepas. Hotel pun beli voucher masa tu.
Sbb tu mak kata, mak mmg dah ada benda nak beli masa tu. Jadi, tak timbul lah masalah bersesak. Lagipun mak pergi petang Jumaat, lps balik kerja. Orang pun tak ramai sangat.
Sbb tu mak kata, mak mmg dah ada benda nak beli masa tu. Jadi, tak timbul lah masalah bersesak. Lagipun mak pergi petang Jumaat, lps balik kerja. Orang pun tak ramai sangat.
28 April (Sabtu), kita pun gerak lah dari KL ke JB.
Dalam kul 8am gerak. Singgah breakfast kt Seremban. Orang ramai oih. Jenuh nak carik tempat kosong. Makan nasik lemak. Boleh la. Sambal pedas nau nau.
Lepas tu teruskan perjalanan. Dak Rizq tido. Sbb mmg time dia tido kul 10-11 pagi ni.
Pastu ayah Rizq nak benti buang air plak - benti lagi kat RnR Pedas Linggi.
Pastu berenti isi minyak kat RnR Machap.
Dan perjalanan diteruskan ke Puteri Harbour untuk ke Thomas Town.
Kiterang guna google maps. Ni kalau takde, memang sesat melarat lah.
Nak ke Puteri Harbour ni kena guna hway lain. Kena keluar kat Senai, pastu nanti ada link dgn hway ke Puteri Harbour.
Tapi, masa kiterang nak keluar tu, boleh plak tutup exit Senai tu. Lorrhhh.. acena nih. So, terus ja, pastu google maps dia reroute kan balik. Terpaksa keluar dan masuk jalan lama pastu baru naik balik ke hway. Dia kalau lalu kat tol Lima Kedai tu kira betul dah la tu.
So, ikut je lah google maps punya arahan. Banyak jumpa roundabout. Dan sampai lah ke Hello Kitty and Thomas Town. Bangunan kaler merah. Masuk terus ke parking. Free je parking dia. Naik atas, nanti jumpa lah entrance untuk ke Hello Kitty n Thomas Town. Hello Kitty level 1, Thomas Town level 2 dan 3.
Kami tak beli kombo tiket sbb dak Rizq tak suka (kenal) pun Hello Kitty. Tp Thomas Town mmg dia suka. Dia panggil "chu..chu.."
Kiterang beli tiket masuk kat Matta Fair juga. RM99 utk 2 dewasa. Kalau harga online/biasa - RM85/adult. Okay lah tu kan :)
Kami sampai dalam kul 2.30pm.
Kat dalam Thomas Town ni, dak Rizq happy gak lah.
Sbb banyak menda boleh naik. Macam semua pun dia naik.
Rizq naik ngan ayah dia. |
Ada persembahan Thomas |
Sayang nau ngan Pingu :D |
Pastu makan terus dalam tu. Harga biasa lah dalam tu. Takkan nak harga macam kat gerai Tomyam tepi rumah kita pulak, kan? Haha. Kiterang dapat voucher makanan diskaun 20% lagi. Ni dapat masa beli tiket kat Matta Fair tu lah. Atas RM50 baru dapat 20%. Beli 2 jenis makanan, pastu beli tumbler + bekas makanan utk dak Rizq - dapat lah guna diskaun tu. Dan bayar kurang RM50 akhirnya. Kan.. berbaloi baloi. Hehe.
Thomas Town ni tutup kul 6ptg. Kul 5 tu kami gerak dah ke hotel.
Again, guna google maps lagi lah. Ingat senang ke nak carik entah kat mana2 tempat tu kan.
Kami stay di Millesime Hotel.
Tengok la tuan kecik tu. Komain suka masuk hotel. Budak pun rasa seronok pergi hotel. |
Pun beli voucher hotel kat Matta Fair. Yang ni sangat berbaloi ya.
Kami beli untuk Deluxe King, harga masa Matta Fair tu RM150 utk satu malam. Kami ambik 2 malam. RM300. Kalau tidak, harga sebenarnya RM600 untuk dua malam tu. Jimat, kan? Sbb tu kami suka pergi Matta Fair. Hehe.
Kiterang booking awal sebulan dah.
Pastu bila check in, receptionist kata "Puan, kami upgrade bilik ke Junior Suite for free ya"
Aku pun cam, eh, upgrade, free?
A ah katanya. Sbb kita fully booked hari ni. Ada grup dari China ber bas bas. Kita tak bagi upgrade untuk grup.
Lahaiii.. ini lah namanya rezeki untuk Rizq. Junior Suite tu berharga RM400 utk satu malam. Dua malam RM800. Tapi kami bayar cuma RM300 saja.
Review hotel - mak Rizq bagi 4 bintang. Kalau ikut boleh ja nak bagi 5 bintang. Tp sbb channel astro takdak, kurang 1 bintang. Haha. Owh, satu lagi sbb - bilik air dia takde paip. Aku mmg menyampah kalau toilet guna bidet tembak2 bontot tu. Tak gemo bebeno lah yong oi.
Tapi, bilik air besau. Dak Rizq kalau masuk taknak keluar okeh. Pastu dia akan duduk dlm tu lelama. Adui nak.. tau lah bilik air rumah kita kecik dan sempit. Huhu.
Breakfast pun okay lah. Takde la byk pilihan. Tp boleh lah.
Staff pun baik je semua. Okay lah. Takde complaint. Best.
Cuma kalau nak makan malam tu payah skit sbb area ni area cina. Tk byk kedai makan melayu. Kiterang pun tanya kat housekeeping tu kat mana kedai makan melayu. Dia gitau ada kedai tomyam kat area masjid bukit indah. Kalau dari hotel tu, jumpa bulatan, straight ke area Bukit Indah. Nanti ada traffic light masuk kiri sampai lah nampak masjid. Jumpa lah kedai tomyam tu. Jadik lah dari takde.
Kiterang hari pertama tu, beli McD. Punya lah ramai umat. Mc D tu kat area Jusco Bukit Indah. Hari kedua baru kiterang beli kt kedai tomyam tu.
Tapi, okay je. Nak ke JB pun senang. Sbb hotel ni dkt dgn hway. Tak payah menyusup ke mana-mana. Kalau nak ke JB tu straight je lah. Kompom sampai JB punya.
Oraitz. Settle hari pertama di JB.
Terima kasih atas komen anda :)