Ini sahabat kesayangan saya.
Sahabat, yang bukan saja BFF, tapi kesayangan dunia dan akhirat.
Persahabatan ni kiranya dari kami satu course DPA di UiTM (ketika itu ITM) Melaka. Tapi, masa tu tak berapa rapat.
Diteruskan bila kami sesama course BCA. Masih di UiTM yang sama.
Norzatuliffah.
Tau dak berapa lama kami tak jumpa.
14 tahun rasanya.
Last masa konvo tahun 2003. Tapi, Zatul kata dia ada datang KL, masa aku kerja KL. Tapi aku pun dah lupa. Lama giler. Yang pasti memang lebih dari 10 tahun pun.
Byk kali jugak lah kalau aku pi Johor, contact dia. Tapi, tak dpt berjumpa.
Kali ni Alhamdulillah.. Allah perkenankan.
20 Disember 2018.
Dia datang dari Batu Pahat ke Pontian.
Jauh juga kalau ikutkan tu.
Sbb aku mai Johor hari Khamis, makanya lps balik kerja baru dia dapat dtg ke Pontian.
Berdebar okeh masa nak tunggu dia tu.
Hehe.
Macam 1st date gitu.
Pastu jumpa je terus "huwaaaa.....!"
Peluk..peluk.. gelak.. gelak.
Dak Rizq cam "apahal pulak mak aku ni"
Haha.
Senang je kiterang jumpa. Suh depa datang hotel kiterang stay kt Pontian tu.
Lps tu, kat situ byk kedai makan.
So, kami lepak2 kat kedai je lah.
Org pulak tak ramai. Udah rupa kiterang je pajak kedai tu.
Jangan memain oi. Kedai hisptur ni. Kedai burger.
Sedap jugak food dia.
Tkpe. Meh aku memorikan dalam blog juga sesudah abadikan dalam FB.
Gambar ni, dalam fon yg masuk jamban tu, tapi yang ni aku upload cepat. Lps je jumpa terus upload. Jadi, selamat semuanya.
Seronok sangat.
Tq tau Zatul dgn pelbagai present.
Dak Rizq pun dapat truck.
Dgn coklat nya lah.
Pastu para husband pun jenis okay. Ramah tamah je sembang macam dah lama kenal.
Seronok lah.
Pasni entah bila jumpa lagi skali.
Masa anak2 dia kawen pulak gamaknya :D
Zatul ada 2 hero dan sorang heroin. Besar2 dah anak dia. |
Not bad gak kedai ni. Orang Pontian buleh la try |
Para husband yg tlg ambikkan gambar. |
Terima kasih atas komen anda :)