Pages

16 January 2019

2018! It's Wrap Up!

Sepatutnya entry ni pada akhir tahun 2018.
Terlupa nak up.
Dah termasuk tahun 2019.
Pertengahan bulan pulak tu.
Lantak. 
So, jom wrap up utk tahun 2018 yang lepas.

Januari
Oleh kerana pada umurnya 1tahun6bulan (Disember 2017), Rizq masih tak boleh berjalan sendiri, makanya, pada bulan Januari ni dia kena attend sesi dgn therapist. Alhamdulillah. Lepas 3 sesi, dia dah boleh berjalan sendiri (yang ni belum story dalam blog ni).

Bulan Januari, takde kemana-mana pun.

Februari
Cuti hari Wilayah, kami ke Gambang, Pahang. 1st time being there.
Seronok juga. Stay utk 3 hari 2 malam.

Bulan ni juga berkesempatan amik swimming class. Buat in grup. Cikgu datang mengajar kat rumah. Jadi checklist utk belajar berenang - checked ✔️

Redeem voucher pegi Farm In The City. Beli masa Matta Fair hujung thn 2017.
Rizq seronok la sbb dpt tgk binatang n bg makan kat rabbit.
Birthday ayah Rizq ke 39. Kami celebrate di Hotel Pulse Grande. Just diner. 
Bulan ni juga Rizq kena HFMD (28.2.2018). Kami suspect kena dari kerusi baby masa kat hotel tu. Masuk wad jugak lah 2 mlm di PCMC. Alhamdulillah, cepat sembuhnya. Mungkin berkat susu ibu walao paed macam sokong tak sokong je dia dah besar masih breastfeeding. Well... (-_-").

Mac
Takde apa. Just pergi Matta Fair utk beli voucher.
Owh. Bertukar unit juga. Tapi masih di Bahagian yang sama :)

April
Tak penah penah sakit gigi, kali ni terpaksa ke klinik gigi juga akhirnya.
Gigi rapuh. Patah masa kt office.
Petang tu terus ke klinik gigi (private). Cabut. Makanya di usia 39 tahun, 1 gigi dah cabut. Kurang kalsium agaknya ni. Hihi.

Mei
Cuti hari Pekerja - bercuti ke Johor Bahru. Beli voucher masa Matta Fair tu ari. Pergi Legoland, Thomas Town n jalan2 sekitar JB. Okay lah. Cuma Legoland tu blum sesuai utk Rizq. Next time lah kita pergi lagi.

Pilihanraya. Memula taknak balik. Lepas tu balik jugak lah. Pilihanraya yang melakar sejarah jugak lah. Lepas tu dapat cuti free 2 hari. Hewhew.

Jun
Birthday Rizq yg kedua. Sambut secara kecil kecilan bersama famili sebelah ayah Rizq. Majlis berbuka puasa.
Tahun ni kami beraya di KL. Mak datang KL.

Julai
Awal bulan Julai ke Melaka. Melawat baby Adam Rizqi :)
Berkesempatan join Free Market. Ini pun salah satu wishlist. Alhamdulillah, tertunai.
Jadi, checklist untuk join Free Market - checked ✔️

Ogos
Hari raya qurban. Raya di PJ.

September
Sukan office di Langkawi. Kami bawa kereta masuk terus ke Langkawi.
Pengalaman pertama.
Tapi rasanya takde lah nak repeat lagi nak bawa kereta ke Langkawi. Malas. Leceh. Lebih baik naik flight. Tapi, sedapnya laksa Kak Su Kuala Perlis. Adoi!

Oktober
Tiada yang menarik untuk bulan ini. Cuma, jadi pemudahcara utk MyPortfolio. Buat kursus and selaraskan myportfolio.

November
Hari Deepavali pergi bercuti ke Terengganu.
Naik flight dan sewa kereta. Yang ni pun belum cerita lagi kat blog.

Disember
Anniversary ke 10.
Birthday ke 39.
Tiada sambutan pun. Postponed ke bln 1.
Kami ke Johor lagi bulan ni.
Makna tahun 2018 ni, dah pergi utara, timur dan juga selatan.
Ada meeting kt JB. Sempat singgah ke rumah abg di Pontian. Mak nak pergi. Jadi, selepas berpuluh tahun kami ke Pontian. Sempat la pergi penghujung benua Asia. Ada byk gambar tau. Tapi, its gone lepas tipon masuk jamban tu. So, tahun 2018 ni diakhiri dengan peristiwa perit iaitu Iphone masuk jamban di RnR. Haha.

Nah la sekeping gambau yang sempat diselamatkan. Bukti kami ke penghujung benua selatan Asia :D



1 juta komen:

hehe xpe up lambat tu.. masih mood tahun baru ada ni hehe..
meriah perjalanan 2018.. macam2 aktiviti dibuat. semoga 2019 lebih meriah berganda2 yaaa.. ceria2 selalu =)

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign