Pages

14 May 2018

Pilihan Raya Umum Malaysia Ke14

Malaysia Mengundi.
Okay. Ni kali ke4 untuk kakak mengundi.
1st time kakak mengundi adalah pada tahun 2004.

Masa tu arwah ayah kakak ada lagi.
Semangat pergi dgn dia.

Pastu salah sekolah. Haha. (yg ni kazen yang ingatkan. Kakak sendiri tak ingat kes ni).
Masa tu umur kakak 25 tahun.
Seterusnya tahun 2008. Tahun kakak kawen ni.
Dan tahun 2013. Kakak mengundi dulu di kg then terus shoot balik PJ. Husband pula mengundi.
Tahun ini. 2018. Kami dah ada Rizq Iskandar.

Bawa dia pergi sekali.
And kami buat macam tahun 2013 juga. Balik kg kakak dulu then shoot balik PJ.


Eh. Baru kakak perasan.
Mcm ada sequences.

2004 - ayah ada.
2008 - ayah takda.
2013 - ada suami.
2018 - ada suami, ada anak sorang.
Cantik betul dia punya kejadian tu. Hihi.



Mula tu kakak malas nak balik. Sbb hari weekday kan.

Pastu husband kata jom lah balik.
Ambik cuti.
So, weols ambik cuti Isnin dan Selasa.

Rabu memang cuti.
Tup tup dapat pulak cuti peristiwa Khamis n Jumaat.
Apa lagi.. "beraya" lah kiterang jadinya. Hahaha.
Tak memasal dapat cuti direct seminggu.


Diakui memang PRU kali ini nampak kelainannya.
Bagus lah.
New change for new hope.


Harap kita pun begitu lah. Berubah ke arah kebaikan.
Dah elok bertukar ni, elok lah tukar perangai makcik bawang tu.
Jadi yang lebih elok. Makcik brokoli ke. Atau kalau nak bau jugak, carik yg bau sedap je macam makcik celery atau makcik daun sup. Oh. Makcik daun pandan lagi harum. Kan?
No more lah sebok sebok hal orang.

Kata nak berubah.
Berubah lah ke arah kebaikan.


Dan terima lah gambar PRU untuk tahun ni.
Tak payah lah gambar jari tu. Ada orang menyampah tgk gambar2 jari ni.
So, kita bagi gambar Rizq dan opah nya je lah.
Hihi.


BFF sgt ni dgn opah, dgn ayah cik dia. 
Tpi ayahcik takde sbb ayahcik jadi petugas SPR.

1 juta komen:

huntungnyaaa dapat cuti seminggu terus....kitaorang siap cuti dibekukan lagiii....2 hari dapat cuti free tu rasa nikmat ya amat.......hihi...

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign