Hehe.
Tetiba Rizq naik Thomas plak.
Sebenarnya,
Rizq naik ETS.
1st time for Rizq. And 1st time for mak n ayah too.
Kira entry ini adalah berkongsi tips utk bawa toddler below two naik ETS. Eceh. Ye ye je nak bagi tips. Anak pun baru sorang. Kan? (Takut tau..skrg orang suka kecam - eleh.. anak baru sorang dah sebok nak share itu ini, anak baru sorang sebok tak boleh itu ini, orang lain ada dah 10 pun rilek je. Baekkkk ...).
Dulu, cukup teruja kalau nak naik keretapi.
Tapi, sekarang pun rupanya masih teruja. Yer. Mak Rizq yg teruja.
Dulu masa zaman keretapi lama tu ada lah 2,3x kot atok (arwah) bawak mak Rizq naik keretapi. Yallah teruja nya. Ayah n mak bawak gi KL je pun.
Dulu punya la lama nak sampai KL. Gedek..gedek..gedek..
Sekarang - 2 jam 30 minit KL - Ipoh.
Kami beli tiket kat kaunter KL Sentral. Ramai nak mampuih aih orang beli tiket kat situ. Kami beli hari Isnin. Gi waktu lunch. Selang nombor ada 100 orang nak kena tunggu utk ke kaunter beli tiket tu. Humang ai. Ramai beno rupanya orang guna ETS ni. Nak beli online macam pelik2 je interface nya. Nak try pun cam tak yakin. And masa tgh tunggu turn tu, ada auntie (chinese) tu kata dia pun tk boleh beli online.
Tips : ramai yg kata beli kat stesen lain. i.e : stesen Kuala Lumpur.
Oleh kerana 1st time, dia jadi cam blur2 jugak lah kan.
Mujur juga beli kat kaunter. Senang lah nak minta dok belah mana apa semua.
Kami minta yg mengadap depan (kan seat keretapi ada yg terbalik tu), and kalau boleh depan skali sbb ada bawa baby. So, akak kaunter tu bagi seat depan. Dan bila nak naik tu baru tahu, dia bagi koc yg dekat dgn eskelator turun dan juga bila dah smpai KL Sentral semula pun dekat je dgn eskelator naik. Kami beli tiket pergi balik. Pergi harga nya RM25/person. Jam 12.20 t.hari. Balik RM35/person. Jam 3.30petang.
Kenapa harga berbeza? Sbb ada jenis tren Gold, Silver. Gold yg RM35 tu. Sbb ada 2,3 hentian dia tak berhenti berbanding Silver yg RM25 tu, dia berhenti semua 13 station. Ha..gitu.
Tips : Minta koc E kalau dari KL Sentral. Dan Koc B kalau dari Ipoh. Minta duduk depan sekali dan yg mengadap depan. Bkn terbalik tu. Selesa utk yg travel with toddler. Kami pergi balik duduk di kerusi 2C, 2D. So, kalau beli online utk ETS boleh consider seat ni :)
So, hari yg dinanti pun tiba. 5.8.2017.
Seawal jam 10 dah gerak dr rumah.
Kami park kereta di Kg Baru. Ada parking kat rumah anak buah kt situ. So, ayah Rizq drop kami berdua n beg dulu, pastu dia antar kereta. Pastu anak buah antar ayah Rizq naik moto ke stesen LRT. Dekat je pun rumah anak buah dgn stesen tu. Masa memuda dulu mak Rizq jalan kaki je. Hihi.
Tiba KL Sentral belum kul 11pagi. Haha. Awai pulak.
Sudahnya lepak jap kt KFC. Bagi Rizq makan nugget homemade. Mak sesiap beli dah byciknuei punya nugget.
Tempat menunggu kat tingkat 2. Nanti adalah staff dia suruh turun bila setgh jam sebelum tren nak gerak.
Dlm kul 12 kiterang turun. Sebelah McD tu. Turun je eskelator terus koc E. Oh. Thank u kakak kaunter tu :)
Tren memang gerak tepat jam 12.20. So, jangan lewat walao seminit!
Boleh dah ni nak gi travel gayanya ni kan. |
Comot momot dah masa ni. Tunggu tren. |
Tips : Much better tak bawak stroller. Sbb susah nanti. Nak lipat stroller lagi. Melambatkan pergerakan. Tapi, kalau terpaksa, maybe sbb anak biasa tido dalam stroller, boleh la bawak. Tp minta nak duduk depan skali masa beli tiket. Otherwise, babywearing ja. Senang. Rizq mmg biasa ber baby wearing. And dia mmg mudah tido bila kita babywearing.
Dlm tren setgh jam pertama Rizq tido.
Lps dia terjaga dia cam blur blur. Di manakah aku..di manakah aku..?
Haha.
Pastu baru cam okay.
Dlm tren masa pergi ni takde pun dia nak feeding. Maybe tak fokus agaknya.
Tips : Oleh kerana kita dok dpn skali, mmg senang nak bf. Tp lebih selesa if duduk di kerusi 1A, 1B.
Memula dia okay lps tu dia dah mula bosan.
Jadi, ayah dia pun bawak la jejalan dlm tren.
Tgk cafe lah.
Tips : Kebarangkalian anak boring adalah tinggi. So, boleh la bawak mainan utk tarik perhatian dia. Atau kalau nk bagi tgk youtube ke apa ke. Kiterang tak buat camtu pun. Just bawak dia jalan2 je.
Smpai Ipoh jam 2.50ptg. Memang tepat. Smpai je ayahcik Rizq ambik.
Settle pengalaman pertama :)
Waktu balik KL plak, mood Rizq agak terganggu sbb panas.
Kami balik hari Isnin. Tren kul 3.00 petang.
Panas weh.
Tapi, bila naik tren elok Rizq tido. Lama gak la.
Bangun tido kat mana ke ntah.
Tapi, dia taknak dok setempat plak.
Jenoh plak ayah ea pi bawak ke depan ke belakang.
So, okay lah naik tren ni.
Next time try gi Penang plak. Hihi.
Terima kasih atas komen anda :)