Pages

29 August 2017

#menukaptenRizq : Bergedil Daging

Salah satu menu favourite kaptenRizq.
Bergedil daging.


Senang untuk dijadikan bekal.
Boleh juga makan bersama nasik, nasik goreng, sup.
Ringkas tapi penuh khasiat.
Dan sesuai untuk dijadikan makanan untuk menambah berat badan anak.

Resepi Bergedil Daging (toddler).
- untuk anak yang dah pass telur atau 1 tahun ke atas.

Bahan-bahan :
*2 biji kentang
*Semangkuk kecil daging kisar (sebaiknya daging dikisar sendiri atau beli daging kisar fresh. Biasa ada di pasaraya yang bentuk panjang2 tu. Elakkan beli daging kisar frozen-utk elakkan bahan pengawet. Kalau nak kisar sendiri, just beli daging lembut dan potong nipis dan kisar guna blender je).
*Telur
*Daun sup
*Mix herb (sekiranya suka, takde pun takpe).
*Bawang merah, bawang putih.

Cara-cara :
*Goreng daging tanpa minyak. Asingkan.
*Potong kentang dan goreng sehingga empuk. Ketepikan.
*Goreng bawang merah dan bawang putih.
*Masukkan kentang yang telah digoreng ke dalam satu mangkuk. Tekan2 dengan sudu sehingga kentang tidak berketul (tak perlu blend sbb nanti dia jadi berair).
*Masukkan bawang goreng, daging, daun sup, mixed herb. Gaul rata.
*Pecah kan telur. Asingkan telur putih dan telur kuning.
*Telur putih masuk dalam mangkuk lain. Telur kuning masuk dalam adunan kentang. Gaul rata. 
*Bentukkan bulat-bulat atau mengikut bentuk yang disukai. Boleh buat kecik2 untuk jadi finger food.
*Celup dalam telur putih - goreng.
*Goreng sehingga masak baru diterbalikkan. Jangan terbalik awal supaya bergedil tak pecah.

Dah siap.
Untuk anak bawah 2 tahun, tak perlu garam dan gula.
Untuk atas 2 tahun boleh letak secubit garam. Tapi, tak letak pun dah sedap. Kentang tu da ada rasa manis2.

******
Tips :
✔ cara asing telur putih dan kuning : retakkan sedikit bahagian atas telur, pecahkan sedikit dan tuang telur putih dalam mangkuk.
✔Daging kisar blender sendiri - Blend daging dalam setgh kilo, bahagikan dalam bekas2 kecil, simpan dalam peti beku. Bila nak guna ambik satu bekas saja utk defrost. Tak perlu defrost, frost banyak kali.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign