Pages

17 April 2017

RizqJalanJalan : Cherating

Ini kejadian bulan 2.
Lama giler dah. Haha.
Walau cemna pun, kena jot down juga.
Memori ni.
Ini percutian ke3 dak Rizq.
Pertama ke Melaka. Then PD. Now Cherating.
9hb - 11hb Februari 2017.
Ni masa cuti Thaipusam. Kami ambik cuti 10hb (Jumaat) tu.

Cherating ni, actually mak pun tak pernah pergi.
Dulu pernah lah beli voucher hotel kat Groupon.
Tup tup ada hal. Langsung tak pergi.
Rugi je beli.

Kali ni kita beli online, direct kat hotel. Tk guna Agoda mahupun Trivago.
Kami stay di Holiday Villa.
Nak kata best hotel ni, takde la best sangat.
Tapi, nak kata tak best, takde la tak best pun.
Pendek kata - just nice.
Tapi, dekorasi dalaman bilik memang nampak cam lama2 gitu.
Pastu sinki tinggi komain. Dah kenapa. Dah la mak ni kemetot kan.
Naseb toilet ada paip.
Iron plak kena iron kat luar. Dalam bilik takde.


Pemandangan win!
Cantik. Laut best.
Ombak kuat. Takde la nak mandi laut pun. Bawak dak Rizq cepuh cepuh kaki kat air laut ja. Dia tak takut. Suka je dia. Hihi.

Not bad juga Cherating, kan?
Memang boleh rilek2 ja.
Kami dapat bilik ngadap pool.
Tapi, tak kesah pun pool ni. Kat rumah pun ngadap pool (cea.. macam berlagak, tapi betul lah pun kan. Besau lagi kot hotel kat rumah nun).

Yang best laut.
Angin kuat. Pasir cantik. Mak suka!

Kami sampai Cherating dalam kul 3 lebih.
Gerak dari KL kul 10. Singgah Temerloh makan ikan patin tempoyak.
Kat tepi sungai tu.
Eh. Apsal macam tak berapa best.
Best lagi yang Gobang Maju kat Setapak tu punya. Haish.

Sampai ja terus check in.
Hotel takdak lif. Rendah je pun. 2 tgkt ja.


Naseb ada bell boy bawak naik beg ke atas.
Sekarang beg beso. Dulu boleh lah back pack je kan. Ni ngan barang dak kecik tu lagi. Usung segala Beaba dia lagi. Huhu.
Kami request baby cot jugak.
Alah, bkn utk Rizq tido pun. Just nak letak2 dia dalam tu sbb cam gayat letak atas katil.


Petang tu jalan2 pantai ja.
Pastu dinner - room service ja. Dak Rizq kan tido awai. Mana nak keluar apa semua.
Sedap tak sedap - telan je lah.
Tapi, tak sedap. Hahahahaha.

Esuknya Jumaat.
Pepagi kami jalan2 sampai Kemaman.
Pergi Monica Bay.
Lepak2 situ.
Pastu singgah kedai Aziz Satar. Makan2 jap walo dah breakfast kat hotel.



Lps tu balik hotel.
Ayah Rizq solat Jumaat kat masjid berhampiran.
Petang tu keluar pi tgk penyu. Ada sanctuari penyu.


Sanctuary ni dekat dgn Club Med.
Tapi club med ni tak blh sesuka hati masuk.
Siap ada anjing lagi jaga kat pintu masuk.
Kat pantai pun siap dia letak batu2 sebagai divider.
Tapi, kalau jalan kat bawah dkt ngan laut tu, boleh je cross area situ.
Depa tak boleh la nak buat divider sampai laut, kan?
Kami lepak2 tepi batu tu je lah.
Angin kuat. Best!

Then pergi ambil angin di Monica Bay lagi.
Pastu pergi kedai makan yg orang war warkan. WAIB ke apa ntah. Kira nak dinner, tapi awal da pegi. Kul 5 lebih dah pegi makan.
Betul ke best?


For us - boleh ja try tempat2 lain jugak. 
Banyak kedai makan situ situ.

Balik hotel - malam tu kami room service lagi. Haha.
Pitam lah hehari room service.
Makan apa ntah tak ingat.

Esuk pagi - ambik angin kat pantai. Last day dah.

Lepas tu naik atas, siap siap utk check out.
And pergi Kemaman beli kopok leko tepi jalan kat sebelah shell tu.
Hari berangin dan panas smpai merah muka dak Rizq. Hihi.
Ulang alik 2 negeri. Pahang - Terengganu.

Kami teruskan perjalanan ke Kuantan since nak jumpa sahabat lama - Fida.
Tak jauh rupanya Cherating - Kuantan.
Tapi, dak Rizq berak plak. Huhu. Mula tu ingat nak berenti kat surau.
Tapi tak jadi, sbb macam tak sedap ati.
Jadi, teruskan juga smpai Petronas mana ntah. Dak Rizq pulak tak suka kalau kita lambat basuh. Meresah dia dalam keta. Huhu.

Wash kat Petronas, teruskan perjalanan.
Janji ngan Fida jumpa kat hotel Swiss In ke apa ntah. Sbb dia anta barang kat orang kt hotel situ.
Then follow derang gi makan.
Fida bawa ke tepi laut. Pantai Batu Hitam kalau tak silap nama tempat tu.




Dah makan, derang bawak ke pekan Kuantan. Follow je keta Haziq (asben Fida, yg juga kawan kami juga), sbb mak nak gi Kula Cakes. Hihi. Rugi lorh dah smpai Kuantan tak gi Kula Cakes. Dah la lama dah mak ngidam manggo cheese cake dia tu.



Dah beli, beli.
Dah ambik gambo. Balik lah.
Sampai KL kul 6 lebih.

Tamat lah percutian Rizq ke Cherating.
Untung dia, umo 7 bulan dah sampai.
Mak iye, umo 38 tahun baru sampai.
Acena?
Hihi.

Apa pun, Cherating best.
Rizq bagi 5Ha. Ha! Ha! Ha! Ha! Ha!

1 juta komen:

wah..bestnya jalan2 pi cherating

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign