Pages

6 April 2017

2 Tahun Telah Berlalu



6 April 2017.
2 tahun telah berlalu.

Terima kasih Allah kerana menerima kami sebagai tetamuMu.
Terima kasih Allah kerana memakbulkan doa kami.
Terima kasih Allah atas peluang ini.
Terima kasih Allah dengan rezeki ini.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Moga dimurahkan rezeki untuk dipanggil lagi.
Rindu.
Teramat rindu.

Ada rezeki nak bawak Rizq Iskandar bersama.
Memang kalau boleh nak bawak dia ke sini dulu sebelum bawa jalan2 luar negara yang lain. 

Pada sahabat TTC, ambil lah peluang untuk ke sini dahulu.
Tak usah lah tegar berlumba lumba menyimpan hasrat dan duit untuk ke negara lain dulu. Orang lain biar lah. Kalau kita, biarlah ke sini dulu. Jangan fikir tak sampai seru atau pun belum cukup amal nak pergi sini.
Di sini lah tempat sepatutnya untuk kita.
Memohon keampunan Allah, bertaubat sepenuh hati, beribadat tanpa gangguan dan memohon doa sesungguh hati.
Ini pun salah satu ikhtiar kita.
Sekiranya dapat peluang ke sini, berdoa lah sebanyak mungkin.
Mohon lah pada Allah.
Dan jangan lupa untuk mendoakan orang lain.
Kita ada banyak masa dan banyak tempat mustajab doa.
Gunakan lah juga untuk mendoakan orang lain.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign