Okeh.
Rizq Iskandar dah start solid food.
Dia masuk 6 bulan pada 1 Disember 2016.
Pernah tanya paed, blh bagi awal tak. Macam dalam 5 bulan lebih ke.
Tapi paed kata, tunggu lah 6 bulan.
Baek.
Tapi takde la mak jadi rigid bulat bulat nak juga bagi genap2 dia 6 bulan kan.
1 Disember tu hari Khamis.
Hari Khamis kerja.
Lagipun mak nak jadi orang pertama yang suap dia solid food.
Jadi, hari Sabtu - 3 Disember baru mak bagi.
Alah..yg masa tiles meletop tu. Huhu.
Mak dah siap beli Beaba.
Mak ada citer dah kan.
Citer banyak2 kali kang orang menyampah.
Apa first solid food Rizq Iskandar?
Avocado.
Yes. Puree avocado.
And. Rizq Iskandar sangat suka.
Banyak dia makan.
Sampai mak naik risau. Kang sakit perut kang nih.
Paed kata 2,3 sudu. Ni dah bersudu sudu ni.
Mak buat avocado+kurma+ebm.
Haha. Masa ni mak tak beli lagi cup n bowl dia.
Mak belasah guna mangkuk correlle. Haha.
Mak belasah guna mangkuk correlle. Haha.
(ada orang citer anak dia tak suka avocado. Siap jeluak jeluak. Hihi. Tu lah. Kalau kita pun tak suka, takkan anak nak suka. Kan? Dak Rizq ni gamaknya dia dah biasa rasa dari dalam perut dulu. Mak pun bukan suka sangat. Tapi, sejak dari belum conceive kan dia, sampai lah masa pregnant, mak selalu buat jus avocado coklat (jus alpukat). Kadang beli kat kafe ni ha. Jadi, tiada masalah utk dak Rizq makan)
Memang ada research kan, baby akan suka makan apa yg dia pernah rasa masa dalam perut.
Ni ada sedikit artikel berkaitan. Artikel penuh kat sini [Baby's Palate And Food Memories Shaped Before Birth]
In other words, if you eat broccoli while you're pregnant, there's a much better chance your baby will like broccoli.
Alhamdulillah, Rizq Iskandar memang gemar makan.
Suap je. Mudah je dia makan.
Harap harap berkekalan lah sampai besar.
Mak sebenarnya dah siap buat schedule tau.
Macam gini.
Tapi, tak displin. Tak ikut pun. Malas pulak nak stick 4 rules tu. Lambat.
Nampak dia suka and takde apa apa alergi - teruskan.
If nampak lain dalam masa sehari. Stopkan.
Pastu opah dak Rizq datang, dia kata cam omputih je makan puree bagai ni.
Mak pun buat lah bubur nasi.
Bubur nasi beras perang - then blend halus. Takyah tapis2 dah. Guna Beaba tu dia jadi halus mulus ja.
Setakat ni dak Rizq suka avocado, butternut squash.
Carrot kurang suka. Sweet potato pun boleh la. Beli kaler purple.
Epal memang dia tak suka. Tatau pasal. Tak masam pun. Tp dia buat expression muka eiwww cam masam nau.
Puree kurma single pun pernah. Memang suka lah kan. Manis. Tapi lepas tu mak yang cemas sbb dia tak berak 2 hari. Kang sembelit lagi payah.
Cepat2 pi beli papaya. Buat puree papaya. Tak sampai setgh jam makan papaya terus berak. Haha.
Apa ni... citer berak la plak.
Tapi dak Rizq suka juga papaya.
Cepat2 pi beli papaya. Buat puree papaya. Tak sampai setgh jam makan papaya terus berak. Haha.
Apa ni... citer berak la plak.
Tapi dak Rizq suka juga papaya.
Kalau bubur nasi tu, biasa ada campur juga lah carrot, pastu tambah ebm. Bagi ada rasa susu sket, takde lah dia refuse sgt.
Sekarang dah 7 bulan. Dah boleh pelbagai kan lagi food dia.
Cuma nya mak tgk dia tak berapa suka reheat food.
Dia suka yg baru masak tu.
Makanya, mak nak kena beli thermos utk bekalkan ke rumah nenek asuh dia. Mak nak beli slow cooker gak utk masak bubur dia setiap hari.
Ha. Beaba tak boleh buat bubur tau. Masak nasik boleh.
Kat rumah mmg dia agak refuse kalau makanan yg reheat ni. Tpi kat umah nenek, nenek kata dia habis je makan. Kesian plak dia.
Utk permulaan baru nak kenal2 food ni, mak beli stock kat Jaya Grocer, Inter Mark. Haha. Lantak la mak masuk situ cam bibik2 ja. Situ ramai omputih ja membeli. Mak je yang masuk situ gaya bibik2 ja. Dah la beli setakat sepotong butternut squash, sebiji avocado ja. Haha. Naseb lah kan.
Tapi, best Jaya Grocer situ. Sayur Kale pun ada. Dulu masa mak duk sebok2 buat juicing tu, takde plak nampak kale. Sekarang dah ada. Pastu memacam sayur pelik2 dari luar negara tu memang ada. Carik lah situ. InsyaAllah ada.
Mak pegi situ seminggu sekali. Dah sebulan lah mak pergi tetiap minggu. And mak tgk barang kat situ memang terbaik. Kalau buah betik pun memang manis n fresh rasa dia. Jagung pun mak penah beli. Buat rebus, rangup je lagi rasanya. Memang derang jaga kualiti lah situ since tempat orang ado ado kan. Eh. Food dak Rizq je mak beli kat situ. Utk menda lain mak still beli kat Tesco, kat Ongtaikim. Takpun cokit. Haha.
Senang sgt bagi dak Rizq ni makan.
Sekarang balik kerja laju laju mak buat puree utk dia as dinner.
Sekarang balik kerja laju laju mak buat puree utk dia as dinner.
Walau dia lepas nyusu, tapi dia rilek je makan lagi. Hihi
Masalahnya skrg - makan suka, minum susu pun kerap - tapi apsal tak naik berat banyak banyak. Aiyoo.. ni kang paed bebel bebel lah kat mak ni. Metabolisme tinggi cam mak dia gak nya.
1 juta komen:
memang recommended eh beaba tu? hehehe...bleh consider nak beli utk amna nanti ni...tak lama dah nak 6 bulan...
Terima kasih atas komen anda :)