Mesti semua tahu news orang meninggal di Vietnam (HCM) tu kan.
Lps tu ada sesetghnya baru tahu kepentingan insurans ketika travel esp kalau ke luar negara.
Kalau siapa biasa ambil insurans masa travel tu, sokay lah kan.
Aku pernah buat entry pasal insurans travel nih [link]
But, entry tu more to penjawat awam punya lah.
Ini adalah kerana, penjawat awam ni, di cover setahun sekali untuk insurans perjalanan peribadi.
Jadi, kalau setahun tu ada 3,4 kali ke luar negara, cariklah perjalanan paling jauh dan paling lama utk guna duit kerajaan. Hihi.
Walau cemanapun, kalau tak percuma pun, elok lah kita ambil juga travel insurans ni. Sbb kita tak tahu apa akan terjadi. Lelebih lagi di negara orang.
Travel insurance ni bukan macam life insurance yang kita kena bayar every each month ke apa.
Just utk tempoh kita berada di luar negara sahaja.
Macam aku ni, sbb dah ada kemudahan broker yang uruskan utk penjawat awam - kalau bukan percuma pun, aku guna broker kerajaan ni jugak untuk uruskan insurans tu. Senang. Semua dibuat melalui online ja.
Isi borang - scan - emel - dia hantar quotation - byr online - dapat lah sijil (dia pos / atau emelkan dulu certificate tu).
Kalau berbayar pun tidak lah mahal. Melainkan kita nak travel berbulan.
Pergi umrah tu hari pun dalam RM67 utk tempoh 13 hari.
Ke Perth pula - RM51 utk 5 hari.
Dia ikut region juga.
Dan perlindungannya pun banyak.
Memang disyorkan ambik lah travel insurans ni.
Eh. Pergi travel boleh, takkan beli insurans tak boleh. Kan?
Kalau amik insurans ni, tak perlu ambik insurans syarikat penerbangan pun. Semua ada juga dicover termasuk flight delay etc.
Selain tu, sekali lagi utk penjawat awam ni, suka lah aku nak remind lagi.
Kita jangan lah take for granted.
Never.
Maksudnya, kau nak pergi travel (oversea lah terutamanya), tapi tak ambik kebenaran ke luar negara. Taknak isi borang. Tak dapat kebenaran dari ketua jabatan.
Jangan sesekali. Jangan.
Sebabnya, kalau terjadi sesuatu (macam kes kat HCM ni lah - nauzubillah), memang akan menjadi susah bila nak buat pencen atau claim segala yang berkaitan. Ini juga akan menjadi susah pada waris yang ditinggalkan. Pendek kata, panjang lah ceritanya. Panjang kata, tak pendek lah cerita dia. Gitu.
Jadi, isi lah borang dan hantar lah pada ketua jabatan. Tak susah mana pun. Dan takde orang yg nak jadi mak minah sebok sebok nak tahu kau nak pergi mana. Orang buat prosedur tu mesti bersebab.
Tang, insurans tu - terpulang lah. Kalau rasa kebal dan takkan berlaku something ketika di luar negara, juga tak menjadi hal kalau nak bawak balik sekiranya berlaku apa-apa, tak perlu lah ambik. Travel insurance ni tak wajib pun. Kalau tak amik, lagi gomen suka, lelebih lagi musim2 nak jimat segala ni kan.
Tapi, kalau dah free setahun sekali, better lah ambik weh.
Jadi, penting ya - kebenaran ke luar negara (esp penjawat awam) dan juga insurans.
4 juta komen
Ohh...ade ye insurans untuk penjawat awam? Yani baru first time dengar (dah masuk 7 tahun jadi org gomen pun x tahu...huhuhuhu!)
Setuju..... banyak kebaikkan ambik travel insurance nih....
Pernah abg lia hilang beg galas...masa kat europe... balik sini... dalam tempoh 5 hari dah dapat gantian duit dari sykt Insurance yang dia ambik.... flight delay 6 jam pun boleh claim... kena food poisoning kat negara yang kita pg pun blh claim....ehh...panjang lebor pulak komen kat sini...hehehehe...
yang penting...better ambik lah... banyak kebaikkan dari buruknya...
tq kekda...share info yg berguna nih... =)))
betul ckp akak..ramai yg tak apply pon kebenaran ke laur negara..bila dh jadi kes mcm HCM tu, baru memasing mengelabah apply..
There must be a reason kan bila satu2 prosedur tu dah ditetapkn. Bukannya sesukati deme nak buat prosedur isi borang sume tu kan... baik kita ikut ja la supaya x susah dikemudian hari.
Terima kasih atas komen anda :)