Tak serik-serik lah.
Tu ari dah berkerat rotan berpatah arang dengan YES.
Sebelum tu broadband Celcom dah ku patah2 kan simcard nya (ni citer 4 tahun lepas).
Ni gedik plak nak guna mobifi.
Percaturan tanpa ada review dari memana pihak.
Ku main "lantak pi lah situ, ambik je lah"
Mobifi ni dari Digi.
Nak tgk apa ke benda plan yang ada boleh tgk link Digi ni [mobifi].
Sama lebih kurang function macam YES juga.
Device yang boleh di usung ke mana mana dan boleh di share.
Yang ni boleh share up to 10 peralatan lain (hp, laptop, tab etc).
Tapi lagi byk device share, lagi la cepat kena sedut penggunaannya.
Amik yang 10GB per month sahaja.
Cukup lah tu. Dah la ada phone 2 bijik dah. Itu pun memasing dah 2 n 3GB.
Pastu asben pun dah ada 2GB kt phone dia.
Yang ni sekadar back up semasa bertapa kat rumah 3,4 bulan sok.
Sangap kang bukak laptop tanpa internet.
Nanti tak bleh nak buat entry blog plak kan.
Baru register.
Tak tahu lagi tahap dia cemna.
Nanti baru buleh review.
Paling risau baru guna 2,3 hari dah abis qouta.
Macam terjadi dekat YES dulu.
Pehapa sungguh lah.
Yang ni kontrak 1 tahun.
Sbb existing customer Digi, ada bagi diskaun RM5 sampai 5 bulan. So, bayar RM60/mth. Tapi ada lah GST lah, device fees lah apa lah. Ding dong ding dong 70++ juga.
Gasak lah. Malas lah nak fikir2 sangat.
Layan je lah.....
Terima kasih atas komen anda :)