Tu hari sembang2 ngan mak, pastu mak cakap, kaknyah (kak ipar no.2) kata kalau jejalan ngan aku, harus asyik makan ja. Haha.
Kira macam kalau trip aku yg buat schedule nya mmg asyik pergi makan.
Padahal aku bkn suka makan pun.
Tapi, saja suka nak pergi tempat2 makan yg popular.
Tah.. macam best!
Macam masa trip kami ke Pantai Timur, trip ke Langkawi.
Ke Melaka ni kami makan makan jugak lah.
Mula nya lps balik dari Famosa Freeport tu.
Makan kat cendol Bakar. Ni cawangan yg kat Kuala Selangor tu. Pernah makan sekali lah cendol bakar K.Selangor tu. Tapi masa tu drive thru.
Kat sini pun camtu gak konsep dia.
Ada memacam juga makanan lain. Ramai orang. Panaih lit lit.
Kami order cendol, kelapa goncang (coconut shake lah), sotong goreng, keropok lekor ngan satar.
Makan utk alas perut ja since pagi tu kami dah berenti breakfast kt RnR Seremban.
Petang tu, lps rehat rehat kat apartment, solat apa semua, kiterang gerak utk makan ikan bakau.
Kat Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung.
Ambik gambau utk antar kat w app grup family. |
Sebelum pergi, kakcik call sesiap kedai tu utk reserved. Just reserved meja je lah, org kedai tu pun kata takpe, datang je. Takyah order lauk pauk lagi.
Since pergi pun hari Isnin, takde lah crowded sgt.
Dulu, kami pernah pergi. Tapi hari Sabtu.
Ramainya orang!
Pastu takat 2 orang kan. Mmg rasa cam takyah la kot.
Kali ni ramai ramai.
Sokay lah.
Pilih lauk dan ini lah hidangannya.
Kerang rebus, pepahat sambal. |
Sayur campur. Mmg dah siap dalam pek sayur ni. Suruh je dia masak. |
Udang goreng tepung yg agak hauk rupa parasnya. Order sket je sbb utk mak je. |
Sotong goreng tepung. Sedap. |
Eh. Cepat la pulak service kat sini.
Kejap kejapan dah sampai semua makanan.
Cuma, tang air tu hazab sket.
Berapa kali entah myDH pi bangun pergi kat kaunter.
Asyik la lambat sampai. Memula order satu jag. Order sirap limau. Tapi, sampainya limau ais ja. Lantak. Malas nak bebising, kang lagi lambat. Minum je. Pastu tambah lagi satu jag, limau ais. Tapi, sampai sirap je. Eh. Lantak kau lah labu.
Harga pun takde la mahal nau.
Total cost - RM132.00 utk 7 orang makan. Ada nasik biasa and ambik nasik lemak juga.
Boleh la. Macam harga kat kedai kiterang biasa makan kat Bagan Lalang tu.
Eh. Lama tak makan kat Bagan Lalang kan.
Macam nak pergi ja. Tapi mengenangkan kalau hari minggu tu orang menunggu2 meja kita tu rasa tak syok plak. Tak tenang nak makan. Nyampah.
Dah settle makan, ingat nak jalan2 kat bandar Melaka.
Tapi, cam malas. Plus dah senja pun.
Balik lah.
Tapi, nak balik tu boleh plak macam sesat2. Haish.
Sampai apartment, duduk jap, terasa nak kunyah2.
Huwa... gilos tau.
Pi keluar balik. Ada 7E kat apartment.
Makanya pi beli makanan. Dgn maggi lah, dgn Vico 3in1. Roti lah. Heyyy.. dah kenapa semua tak kenyang ni. Hahaha.
Kakcik n anak buah aku siap makan maggi cup tu.
Reramai, pastu sejuk ekon gaknya, semua pun cepat lapar.
Esoknya lps check out bawak derang gi makan asam pedas lak.
Nak carik yg glamer2 kat tengah bando sanun maleh. Panaih weh. Kang nak carik parking la apa la satu hal kan. Nak jalan jejauh.
Jadi, aku dah google sesiap. Nak yg mudah mudah je tempatnya.
Makan kat Asam Pedas Kak Su.
Boleh tahan jugak lah asam pedas dia. Sedap. Aku yg tak berapa suka asam pedas ni pun boleh hirup2.
Kedai dia on d way je dari Gold Coast Melaka tu nak ke Bandar Melaka. Kira dari Bukit Katil nak keluar ke Bandar Melaka mmg lalu sini. Kat Kg Jambatan Duyung. Tepi jalan ja. Tapi, kena perhati bebetul sbb macam tak perasan. Ramai juga orang makan situ.
Gambaq takdak. Malas dah. Kami amik set berhidang.
Ada ikan bakar, ikan asam pedas, sayur2.
Murah juga. Total dalam RM62. Pastu abgcik macam tercari carik lagi seringgit masa nak bayar tu. Kira dah bayar RM61 kan. Pastu owner dia kata (owner la kot sbb duk kat kaunter bayaran kan, pastu cam pakcik2 ja), takpe..takpe.. 61ringgit cukup.
Alahai. Bagusnya. Murah rezeki pakcik :)
Alahai. Bagusnya. Murah rezeki pakcik :)
Okay kedai ni. Tapi, nak tambah kuah lambat plak. Byk kali jugak kakcik gitau nak mintak tambah kuah asam pedas kat tray situ. Sbb orang pun semua ambik kuah banyak agaknya kan. Tp tak tambah pun.
Lps makan pergi Masjid Selat. Tunggu waktu zohor.
Then pergi Pantai Klebang jap.
Tak lama pun lepak situ, pergi Coconut Shake Pantai Klebang.
Mula nak pergi yg Batu Berendam punya. Tapi, dah sampai area situ situ, terus je lah beli yg Klebang punya.
Pastu singgah beli Kuih Keria Limbungan.
And last sekali berhenti kat Alor Gajah. Beli jajan2 sket, pastu beli Cucur Udang lah.
Masuk Alor Gajah terimbau kenangan lampau. Haha.
Masuk Alor Gajah terimbau kenangan lampau. Haha.
Gerai nasi ayam Nadia tempat berdating lps abis kelas. Hahahaaa...
Settle percutian ke Melaka.
Pasni nak gi mana plak.
Pasni nak gi mana plak.
Rasa macam nak pergi Cameron / Genting ja. Panas2 ni kan (T______T).
5 juta komen
rin pun mcm teringin mengidam sangat nak g CH...hahahahaa
sedapnya makan! RM132 utk 7 org makan sangat murah. nana makan kat bangi harga macam tu utk 3 org makan je..huhu
RIN :
BEst kan..panas2 ni gi tempat2 sejuk. Tp katanya sana pun panas gak. Huhu
NANA :
Murah kan.. tu mcm tanjat juga. Kalau Bagan Lalang pun lebih kurang lah harga dia.
kekda, akk pon taw gak nasi ayam nadia...
mmg mengimbau kenangan pon...
klo dlo masa off kat AG selalu mkn kat sana time lunch...
murah tu... tgk pepahat sambal tu terliur aaa... ;-P
Terima kasih atas komen anda :)