Pages

23 March 2016

Jalan-Jalan Melaka 2016 : Gold Coast Melaka

Oraitz. Nak kata family trip tidak lah sangat.
Tapi, edisi ni disertai bersama family abgcik n kami bawa emak juga.
Family members lain tak follow kali ni.
So, ada ber 7 kali ini.

Kami stay di 
[Masa isi borang cuti, tulis Gold Coast Melaka - udah boss saja perli2 kata aku nak gi Gold Coast Australia. Boss nihhhh... I'm not fit to fly lah boss. Kalau tak, ai dah ke Kuekonhof dah].
Dah beli voucher masa Matta Fair last year.
Harga masa tu RM350.00 utk apartment 2 bilik, breakfast 4 orang dan tiket theme park 4 orang.
Kalau beli takde Matta Fair, beli online, boleh la dapat harga RM400.00.
Tapi, kalau weekend ke, PH ke cuti sekolah ke harga jadi RM600 per nite.
Sbb kami beli voucher Matta Fair ni, dia tak kira PH ke, school holiday ke weekend ke, harga tetap harga voucher jugak. So, mengapa bayar lebih?? *terus teringat iklan Trivago. Hehe.

Untuk entry ni, kita review pasal Gold Coast Melaka dulu lah yer.
Entry makan makan, kita buat entry lain.

Kami pergi hari Isnin - 14 Mac 2016 since weekend penuh.
Keluar dari rumah dalam kul 9.00 pagi.
Singgah makan kat RnR Seremban.

Persinggahan pertama - Freeport A'Famosa Outlet.
Dalam kul 11 sampai. Penuh juga kereta, tapi ada je parking.
Just jalan-jalan ja. Takde pun datang sini dgn nawaitu "sahaja aku nak beli handbag bla bla bla..."
Jadi, selamat lah di situ walau geram2 je tgk Carlo Rino, Sembonia.
Aku beli bola ja. Haha. Yes, Gym ball / exercise ball tu. Lama dah carik. Tetiba ternampak. Lalu beli je lah. Best apa ada bola tu.
Takde apa menarik sgt lah sini. Besar lagi JPO.
Food court ada dah.
Toilet takde pipe. Me is dun like. Lps tu kecik. 
Surau tak tau sbb pergi belum masuk waktu solat.
Kalau takde apa nak beli takyah lah pegi. Kot sesaja sambil jalan ke Melaka tu, boleh la singgah. Nampak macam chinese yg lebih berminat datang sini.

Nak pergi sini, macam tak nampak pulak signage beso beso.
Just keluar dari tol Alor Gajah (Simpang Ampat), carik jalan ke A Famosa Resort. Nanti jumpa lah.
Balik tu kami singgah makan cendol bakar (cawangan yg Kuala Selangor tu punya).
Cendol Bakar ni mmg on d way ke Freeport ni.
Ramai orang. Tu nyampah kalau pergi waktu cuti sekolah.

Then direct pi hotel.
Gold Coast Melaka ni letaknya di Bukit Katil. Takde la nampak laut ke apa. Dekat juga dengan Bayou Lagoon. Dalam area perumahan.
Smpai hotel tak boleh masuk bilik lagi since check in kul 3pm. Kiterang sampai dalam 2.30pm.
Just isi2 borang apa semua dulu. Nanti kul 3pm baru dia bagi kunci.
Patut la penuh on weekend. Sbb ada family day company mana ntah. Sampai 2 malam family day nya. 
Dah kul 3pm, pergi ambik kunci. Oh. Agak lambat proses nya walau dia buka 2 kaunter untuk check in. Mungkin sbb cuti sekolah kan. Orang pun ramai. Tapi, petugas kaunter friendly. Mostly melayu.


Ada buggy yang boleh hantar kita ke apartment. Kami duk apartment no. 1 - apartment Hang Tuah kalau tak silap. Tapi, boleh ja bawak kereta ke apartment. MyDH bawak keta. Aku, mak n anak2 buah je naik buggy. Hehe.
Menarik juga. Sbb mengadap theme park. Dari bilik pun nampak.

Dari pintu masuk. Ada meja makan. Dan terus hall. Luas.
Bilik ke2. Bilik 1 lupa nak ambik gambar.
Bilik 1 dia combine kan 2 katil ni jadi 1.
View dari balkoni.
Macam takde orang sbb masa ni tgh check in.
Dari tingkap bilik 1. Pun buleh nampak. Menarik!
Nak dijadikan rezeki kami, kami dapat 6 tiket theme park. Jadi, semua boleh masuk (minus emak la kan. Emak duk tgk kami dari atas je. Hihi).
Kalau tidak, masuk theme park ni RM30/person. Adult. Child tak tahu. Ngeee.....


Tapi, utk breakfast dapat 4. Kalau nak tambah breakfast, RM25/pax. Jadi, me n myDH kata, biar 4 orang je masuk. Kiterang beli je lah tapau kat luar. Membazir je kan. Me, MyDH and sorang lagi anak buah, tak pergi breakfast. Pagi tu carik je warong2 kat area situ utk beli breakfast.
Dan.. mmg mujur lah pun tak beli breakfast kat dalam tu. Abg siap cakap "tak best" Haha.
I don't know, tapi kalau ikut GC Morib punya expectation, mmg weols takkan keluarkan RM25 utk breakfast lah. Better lah pi carik nasik lemak orang Melaka ni kan. Haha.

Berbanding GC Morib, kat sini agak luas.
Dia divide tempat mandi kepada 3 bahagian. Takde la orang tertumpu reramai satu tempat kan.
Satu tempat theme park (which mengadap bilik kami), satu tempat kolam2 santai macam kat rumah weols jugak, dan satu kolam ala ala ada ombak tu.

Dia buka theme park pagi lagi. So, kul 9pagi dah buleh berendam.
Area kanak-kanak.
Area wave pool.
Wave pool.
Bagus jugak lah buat camni kan. Byk tempat leh mandi manda.
Puas la bebudak mandi kan. Ai masuk celup2 kaki sket je lah. Takkan nak "mendugong" dalam tu plak kan. Haha.

Sebelah kapal ni ada lagi pool biasa macam ala ala kat rumah tu.
6 of us. Mak tgk dari atas. Hihi.

Keadaan apartment plak.
Kami duk tingkat 6. Dan rezeki dapat dekat dgn lif. Oh. Lif agak keuzuran. Kakcik siap takut nak turun sengsorang. Huhu.
Bilik 2. Satu dapur. 2 bilik air.
Ada meja makan. Cantik kerusi n meja nya. Ada unsur2 kraf sbb kerusi dia buat ala ala ekor dolphin. Meja kerusi jenis berat. Ada satu kerusi panjang mcm kerusi kantin tu.
Sofa tempat tgk tv pun luas. MyDH tido kat kerusi tu je malam2. Selesa je pun.
Lps tu kami bawak satu toto jugak which kakcik n anak perempuan dia bentang toto dalam bilik.
Aku tido ngan mak kat satu lagi bilik. Bilik tu ada bilik air dgn bath tub.
Satu lagi bilik air kat luar (kat hall)

Pendek kata keadaan apartment mmg selesa lah.
Luas.
Cuma, style sini macam ada banyak bonggol. Eh. Bukan la bonggol, dia macam nak jalan tu ada je sekatan, dia buat lantai tu tinggi sket. Dkt lobi apartment nak ke lif pun macam tu. Kakcik aku gitau ada orang jatuh tersembam masa dia nak naik bilik.
Nak masuk dalam apmt pun ada jugak menaik macam tu.
Kena hati hati lah.

Parking banyak. Depan2 apmt tu boleh ja parking. Tapi, cam biasa.. ada juga sengal yg pi parking dekat dgn lobi apartment. Kenapa eh ada je orang sengal camtu. Susah la keta nak pi pick up orang kat lobi. Selfish betul perangai! Tak boleh la nak jalan kaki sket. Alah, bkn jauh pun. Sketttt je pun jalan kakinya.

Check in - rehat2 jap - solat - kami keluar makan.
Balik makan - pi beli roti2 kat 7E.
Haha.
Boleh?
Kelaparan plak semua orang.
Beli roti lah, maggi lah. Buat air lah. Siap beli vico 3 in 1 tu kat 7E.
Bila reramai camtu lah keadaan nya.
View malam.
Esuk pagi, lepas breakfast baru turun mandi manda.
Semua 6 orang turun lah. Ate, dah dapat tiket 6 orang kan.
Cuaca panas, tapi berangin. Depa2 yg mandi dah menggigil2 kena angin.
Kul 10.00 naik bilik, siap2 utk check out.
11.30 check out.

Kalau tanya nak pegi lagi tak?
Memang nak. Tapi sesuai utk beramai ramai lah. Takat satu family je cam tak best dan tak meriah sbb rasanya situ seme style apartment kan.
Okay je environment dia. Compared to Gold Coast Morib, I vote sini. Morib tu dah la memalam berbau. Eiww. Me is dun like. Now, tak tahu la ada bau lagi ke tak. Tapi, 2,3x pegi dulu, bau tu tetap ada.
Anta gambar kat grup WA family seme pun kata syok.
Takpe. Nxt year kita plan. Da ramai ahli baru kan nxt year. Anak buah pun kawen thn dpn. Ha..kena amik 2 apmt lah camtu.

Boleh la nanti kot uols nak pi bercuti ke Melaka.
Salah satu pilihan, Gold Coast Melaka ni.

3 juta komen

Dah booking untuk next month dah ke sini..x sabarnya!!

booking kalau voucher kena bayar deposit ke

Suffi Izzara :

Kalau beli voucher di Matta Fair kena bayar full :)

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign