Pages

4 February 2016

#jjcmpuanstoberi : woop2lobster

Hashtag baru lagi. Sila jangan kecam. Hihi.
Puanstoberi idak la suka nau buat xtvt JJCM ni. Sbb puanstoberi bukan seorang yg suka makan2. Food is not my passion. Giteww. Haha. Poyo!
Tapi, kadang2  bila orang dah viral atau bila gi tempat2 bercuti ke, puanstoberi buat la jugak JJCM.
Kalau family trip, depa dah tau sure adik bongsu depa akan bawa tempat yg orang ramai, tapi belum tentu sedap (T___T). Kuikuikui.

Okay, kali ni jjcm tak jauh dari rumah puanstoberi.
Err.. bukan rumah kat KL sini, tapi rumah kat kampung di Perak sanun.
Menjadi sebutan sejak tahun lepas.
Tapi sengaja weols taknak pegi sbb katanya ramai orang.
So, kita pun biar lah orang reda sket kan.

Dah siap plan ngan abg yg duk kat kg tu.
W.app dia, kata kiterang balik cuti Hari Wilayah ni nak pergi makan lobster.
Abang aku pun okay lah.
Sekali tu.. 2 ari lps antar w.app, masuk majalah 3 pulak woop2lobster ni.
Apakah????

Tahu saja lah, bila dah masuk tv. Tak kira lah majalah 3 ke, jjcm ke. Harus orang menyerbu kan. Terus rasa punah harapan. Haha.
Ye lah, bila lagi nak pergi wey.. bulan 3 tak balik kg sbb cuti sekolah ada family trip. Depa dtg sini. Bulan 4 pun tak tentu lagi. Tengok keadaan. Bulan 5,6 dan seterusnya kalau boleh pergi yang paling cepat adalah bulan 9. Pergh!

Balik je abang kata kawan dia pergi hari Jumaat malam - orang beratur panjang giler. 2 jam dekat baru dapat makan!
Dan bila tgk FB page woop2lobster ni pun mmg betul.
Siap owner tu tulis, sesapa yg dekat tu harap tak dtg lagi lah. Bukan dia menolak rezeki, cuma dia takut orang tak selesa. Ha, begitu.
Maka, kami tak pergi lah masa malam minggu, which mmg tahu lagi lah hazab kan.

Kita try Ahad malam.
Lps maghrib keluar rumah.
Sampai je situ tgk mmg full.
Kak ipar terus masuk line beratur and kami gi carik meja.
Abang n myDH mmg segan2 je nak tggu meja orang. Abang siap cakap, nak gi kedai lain ke makan. Eh... mana buleh, dah masuk situ mesti nak makan situ kan. Kalau tak pergi lagi takpe lah.

Aku tak kesah. Memang style kena tunggu meja kan. So, aku tgk meja mana org nak abis makan. 
Mungkin dah nama rezeki kan. Dapat satu meja yg orang tu pun hanya 3 beranak. Meja pun tak kecah. Cuma kerusi je ada 3.

Takpe lah. Cop je meja dulu, nanti cari kerusi. Kami pun berenam ja. Cukup lah satu meja.
Dah dapat meja, gi kat kakcik yg tgh q. 
Apa nak order? 
Buka je FB dia. 

Pastu nanti owner dia gitau yg lobster ni rasa camna, lobster mana lagi best. Ha, gitu.
Dia ada 3 jenis lobster. Yang best adalah asian. Memang boston paling terbaik. Tapi, nak sedap katanya ambik asian.


Kami ambik set meatball, slipper lobster 2 set, asian lobster 1 set.
Jadik lah utk rasa rasa. Lamb chop ngan salmon dia tak boleh buat sbb tak dapat nak cater. Nanti lagi lambat dapat. 
Owner tu siap cakap, masa utk makanan siap dalam sejam.
So, takpe lah. Tunggu je lah kan.
Dia bagi resit n kad. Makna meja kami namanya K Diamond.

Nanti bila makanan siap, waiter dia akan hantar sambil sebut no kad kita.
Takde la smpai sejam pun nunggu.

Air kena order kat dalam - kat MH Cafe.
Ambik air jus oren je. Abis citer.

Okay tak?
Ni slipper. Tapi aku rasa cam tak berapa best. Cam tawaq ja.
Tapi, don't worry, isi banyak.

Ni asian lobster. Asian okay. Sedap.
Ala, nak makan byk pun tak boleh sbb macam muak muak gitu. Ada cheese bagai kan.
Tapi, okay ja. Sedap.
Overall utk lobster ni, ai takde nak komplen.
Dah la harga berbaloi kan.
Masa tgh beratur nak order, kakcik aku siap sembang ngan org belakang dia. Orang tu dari Penang okay! Semata mata datang nak makan lobster lps tgk kat majalah 3. Datang makan then balik Penang. Huhu. Gigih oi..gigih.

Cuma utk kedai air yg cafe tu - myDH kata dalam kedai tu macam becak2 sket. Depa gi tempat basuh tgn dia cam tak berapa nak memuaskan lah. Aku pun tak tahu lah cemana. 
Kalau betul macam nampak becak becak tu, harap diperbaiki lagi lah.
Lobster ni dah jadi sebutan dah ni. Kang dek kerana yang satu tu pulak, jadi citer lain.
Harus diingatkan kedai lobster n kedai air ni dua entiti yg berbeza.
Kedai lobster ni dia cam buka kat tepi kaki lima kedai cafe ni lah. Buka table camtu. Dan katanya nanti nak buka kat Ipoh juga. Hopefully dia ambik satu lot kedai which semua dia yg provide dan tak perlu order air kat kedai lain, makan kedai lain. Camtu baru nice kot.
Just my pandangan lah.

Sapa datang Perak, esp Ipoh, Taiping or Kuala Kangsar, boleh la cuba.
Senang je nak carik. Tepi jalan je. Waze je woop2lobster tu. Ada la kot. Atau google je MH Hotel Sungai Siput. InsyaAllah, sampai le kome. Dkt juga dgn Pizza Hut.
Tapi, buat masa ni orang tgh ramai. Apatah lagi cuti raya cina sok. Lagi la ramai.
Kalau nak dtg, setakat nak satu meja je okay kot. Kalau dtg segerombolan berbelas orang tu susah sket la nak dpt meja. Tu ari, ada se famili datang. Duk nunggu je orang bangun kan. Pastu last last gi makan kat pizza je. Kesian la plak. Harap2 dia dtg dari situ situ je lah bkn jejauh. 

Nah, ni gambar terang sket. Tadi malap malap belaka yer yob... hihi.

2 juta komen

alahai...hmm...susah jugak nak ajak hubs ni...satu bkn dekat KL..satu lg hub tak suka seafood...huwaaa

Tunggu reda dulu...baru blh pegi...
harap ada penambahbaikkan lah kan kekda...
Yang penting harga dia maintain la tapiii....hehehe....

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign