Pages

16 February 2016

8.2.2016 : Selamat Bertunang


Ha..ni lah dia nya unplanned event family weols.
Takde angin, takde ribut.
Tetiba mau bertunang pula dia.
Adoyai.. anak anak..
Tapi, nak buat menda baik kan. Bakpe pula kita nak bising2.
Kita turutkan je lah.
Nasib lah mak sedara n pak sedara dia semua available.
Buatnya memasing dah berjalan sana sini. Memang takde sapa la nak jadi wakil.
Buatnya mak sedara dia ni dah smpai Holland ke. Haa... cena?
Haha. Tetiba Holland (yelah.. keukenhof tu dah nak buka dah. Plan nya ada lah pergi thn ni utk tgk tulips. Tapi, kita hanya merancang. Allah beri perancangan lebih terbaik dari keukenhof. Hihi).

Kisahnya my nephew yang bertunang. Anak kepada kakak yang sulung.
Memang tu ari dia pernah ckp nak tunang dalam tahun ni, and kalau boleh nak kawen hujung tahun. Tapi, senyap je. Takde pun cakap apa apa.
So, semua orang pun tak kesah lah.
Sekali hari Ahad (7hb) tu si kakaknya call aku, gtau adik dia nak bertunang esuk.
Hah! Esuk!
Terperanjat aku. Bukan je aku, si kakak dia pun sama. Semua tak ready. 
Mak depa, mmg tak berapa sihat. Jadi, mmg tak boleh nak pergi. Kebetulan ayah derang pun tak dpt gi sbb adiknya yg bongsu kena asthma.
Jadi, kakak dia kata mulanya dia je nak pergi ngantar, so nak ajak maksu dia ni skali.
Heh! Takkan kita yg memuda ni je.
Mesti lah ada orang tua.
Jadi, aku suruh lah call opah dia (mak aku lah). And call ayahcik (abg aku) yg mmg tgh duk bercuti kt rumah mertua dia kat Kuang.
Aku pun masa dia call tu macam dah terkeliru. Aku macam teringat depa nak buat kat rumah depa kat Perak nun. Anak buah aku kata, pergi rumah perempuan tu lah. Kat Sabak Bernam.
A ah kan..harus la pergi rumah perempuan. Haha. Dek kerana terkejut, tak bley nak pikir otak aku ni.

Depa mmg takmo hantaran bagai bagai katanya.
Hantar kek, coklat n buah ja.
Terus kelam kabut jap family kiterang hari Ahad tu.
Contact via call n w.app je lah.

Jadi, Isnin (8.2.2016) tu pergi la rombongan meminang nya. Dalam kelam kabut tu, 4 buah keta gak la. Abg aku kat Ipoh bawak mak, kiterang satu kereta, abgcik aku ngan famili dia and satu keta bakal pengantin. 
Kek aku bawak dari sini. Beli kat SR sudeh. SR Giant Batu Caves tu. Kena lah tggu kul 10 baru buka kan. Giant ni tak pernah tak ramai orang. Ramai sentiasa. Ni naseb baik tak ramai. Org tgh cuti kt kampung lagi gaknya. Dah la nak mencari riben pun takde.
Muju kat SR ada bunga yg letak kat kek tu. RM10. Belasah je lah.
Nak beli Choc Indulgance. Tapi SR sini takde utk 1 whole cake Choc Indulgance.
Maka beli Choc Banana ke apa ntah.
Belah perempuan pun bagi kek SR gak. Tapi choc indulgance. Hehe. Elok lah tu.

Kek dari belah perempuan. Harus SR juga lah kan. Huhu.
Depa pun gerak dr Ipoh dalam kul 10 lebih.
Abang aku dari Kuang gerak kul 9 lebih. Harus dia sampai awal kt tempat kiterang janji nak jumpa.
Yang lelain dalam kul 1pm memasing baru smpai ke tmpt yg dijanjikan.
Terus gerak ke rumah perempuan.

Us.
Simple je. Mmg rumah perempuan tu pun takde buat kenduri ke apa.
Lps cakap2 tentukan date apa semua - makan.
Mak aku yg sarungkan cincin.

Kisahnya, yang jadi tergesa gesa ni sbb yg bakal pengantin perempuan ni adalah pelatih kat Pulapol. Tgh dalam course lagi. Tak boleh nak sesenang cuti. Bakal Inspektor (skrg ni degree jadi Inspektor. Time aku dulu, degree dah jadi ASP dah). Dan nephew aku ni plak, nak jugak jadi polis. Tp dia tgh tunggu result dapat ke tak. In case dapat, bulan 4 masuk dan bulan 1 tahun depan keluar. Ikut term derang, lps abis latihan, tak boleh kawen selama 3 bulan. Jadinya, nxt year after bulan 4 lah baru boleh kawen. Begituuu...
Dah settled dah pun. Takpe lah. Buat gini2 pun senang jugak. Kalau tak, beria lah nak berhantaran memacam kan. Camni pun cukup dah.
Me - My anak  buah - bakal pengantin and bakal
anak buah menantu. Eh. Gitu ke? Hihi.
Lepas abis majlis, gi solat zohor kat masjid.
Pastu bahagi2kan makanan hantaran
Balik tu kami JJCM lah.
Singgah  beli kerepek.

Singgah beli bahulu.


Singgah beli mangga (takde gambau).
Dan singgah makan cendol n laksa.

Aku mmg suka ja bila sampai area sini. Byk kedai2 makan kan. 
Nak kata selalu dtg sini tu takde lah. Tp kalau takat Tjg Karang tu mmg ada lah. Kadang saja pergi nak beli ikan segar. Hihiw. Sesekali boleh la. Naik tol latar pun dah RM14 pergi balik. Tp nanti nak gi lah jugak lagi.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign