Amboi. Mementang hari jadi kan.
Banyak nau orang bermurah hati nak bagi reward.
Bukak je emel, berderet org nak bagi reward.
Memang elok je berderet 4 ketoi emel ni.
Memang elok je berderet 4 ketoi emel ni.
Hurm... nak buat apa ya duit juta juta ni?
Hadiah pertama.
Datangnya dari Freda.
Dengan baik hatinya beliau secara rawak memilih saya untuk menerima euro 1,000,000.00
Fuh... giler betui
Bila diconvert pada RM pada hari ini adalah berjumlah RM4,765,460.30
Thank u very much Freda. Free free je nak bagi saya pat juta.
Baiknya hati anda, kan?
Baiknya hati anda, kan?
Hadiah kedua
Datangnya dari United Nations.
Siap ada alamat penuh UN kat Kuala Lumpur ni.
Bagus. Rajin cari maklumat.
Ni dia kata beneficiary. Wah. Tetiba jadi beneficiary UN. Mudahnya.
Dia nak bagi$300,000.00 (Three Hundred Thousand United State Dollar Only)
Kalau convert duit kita bersamaan RM1,299,450.16
Thank u very much UN. Baiknya hati awak. Walhal awak sendiri pun terumbang ambing carik dana.
Hadiah ketiga
Datang dari facebook. Pengirimnya Leondina.
Hurm. Mungkin sbb dah lama tak aktif di FB, maka Leondina nak bagi ganjaran lah.
Kira cam pujuk lah ni ya.
Wah. Ni lagi giler. Dia bagi wang tunai sejumlah $1,000,000.00 (satu juta dolar)
Fuiyooo... Tak bankrap ke Mark Zuckerberg nanti Leondina ko suka2 nak bagi kat akak sejuta dolar ni.
Convert to RM bersamaan RM4,337,719.91
Hadiah keempat
Nun dari Buckingham Palace Road.
Google.
Tapi ni tak bagitahu pulak dapat berapa.
Leceh lah Mr Matt, nak kena buka notification letter bagai.
Tulis je lah berapa ai dapat reward tu. Yu ni... yu tgk orang lain tu, siap tulis lagi ai dapat berapa.
Tapi takpe, utk 3 hadiah atas tu pun ai dah dapat juta juta tau.
RM4,765,460.30 + RM1,299,450.16 + RM4,337,719.91
bersamaan RM10,332,630.37
10 juta ringgit!!! 10 juta uolsssss....
Memang jutawan lah.
Mana borang pencen awal nih. Ai nak bersara awal.
Ai nak beli rumah banglo 4 tingkat siap lif.
Kapal terbang sebijik.
Lepas tu ai travel seluruh dunia.
Bongok!
Ada ke manusia yg percaya dengan menda2 camni.
Tapi, kalau takde, takkan depa nak susah payah create menda camni kan?
Ada la tu yg bodoh percaya.
Dan emel stupid ni biasanya masuk dalam emel rasmi. Dkt gmail ke apa mmg tak pernah dapat.
3 juta komen
huhuhuu... bestnye dapat 'donation'... walaupun bukan 2,6 billiun, tapi ok la kan juta2 tu... :-P
tekun daku membacanya, bertuah punya kekDa.
selalu ada je dalam mail box.......
tak percaya...tapiii nak verangan sekejap tu bolehlahhh.....ahahahaaa.... jadi millionaire ...belum jadi billionaire lagiii tu.... kata nak donate kan.... bagi la billion....apa barang juta juta nih.....hehehe...[lawak je nih]
Terima kasih atas komen anda :)