Pages

29 December 2015

Kisah Penghantaran Barang Oleh Airpak

Sebagai pembeli online tegar, memang kita biasa lah dengan kerenah orang menghantar barang ni kan.
Office aku bukan kat ulu banat mana, senang nak cari dan mostly semua penghantar akan tiba dengan jaya nya ke dalam office ni. Dapatkan sign, dan serahkan terus barang kepada aku.
Aku biasa beli dari Lazada, Go Shop, Groupon, photobook Pixajoy ke apa semua, semua okay je.

Kali ini ada kisah dengan Airpak Express.
Rasanya mmg jarang online seller ni guna AirPak.
Lazada biasa guna G-Dex kalau tak silap. Atau apa ntah yg hijau tu. 

Kisah dengan Airpak nih.
Aku order satu barang secara online. Bukan lah dari Lazada, Go Shop ke apa.
Individual seller. So, dia guna Airpak.
Aku tak salahkan seller ni pun.
Yang aku geramkan adalah despatch Airpak.

Mulanya dia call, cakap dah sampai kaunter informasi. 
Aku tahu, tempat tu kat bangunan depan which office aku ni building belah belakang (office ni ada 2 bangunan. Depan tu ruang pameran/jualan, belakang pulak adalah office kami. Jalan kaki jauh jugak lah antara kedua-dua bangunan ni).

Biasanya, kalau ada despatch ni dah tersesat kat building sana, derang akan call tanya mana satu building aku. Dan bila cakap building 4 tingkat, mereka akan datang ke office building yang kat belakang ni.
So, aku suruh la despatch tu pergi building belakang.
Bukan jauh pun kalau dengan kenderaan.
Kalau jalan kaki, mengah jugak lah.
Tapi, despatch ni taknak. Dia kata susah..susah.. susah nak parking.
(dari suaranya, mmg bukan melayu dan bukan cina).
Lepas tu aku kata, pergi lah building belakang, biasa orang datang hantar sini. Saya jalan kaki jauh. Barang tu besar. 
At least smpai lobi office aku pun takpe, tak payah naik atas.
Lepas tu dia terus cakap "ini pemalas punya orang!" Letak telefon.

Allahuakbar...!
Terus geram jadinya.
Aku call dia balik. Aku suruh dia tunggu. Aku cakap, selama ni semua orang hantar barang takde masalah pun. Tunggu lah situ aku pergi ambik.
Then aku call asben, suruh pergi sekali. Sbb parcel ni agak besar. Asben plak kata naik keta, senang sket. Ye lah. Takkan nak junjung plak kan.
So, dah pergi building depan, tgk takde van airpak kejadah pun.
Call balik despatch ni. 
Boleh dia kata dia dah keluar. Dia tinggal je barang tu.

Ya Allahhhhhh....
Betul lah airpak nih.
Punya lah geram aku dibuatnya.
Bertahun tahun aku beli barang online, ini lah 1st time kena macam ni.
Senang dia je tinggal barang kat orang. Kalau hilang cemna. Barang tu kalau singgit dua aku tak kesah. Ni main ratus tu.

Teruk nya service Airpak!

Aku dah pun buat aduan direct kt web Airpak. Aduan takat aduan je lah kan. Ap kita boleh buat pun kan. Kita sebagai pembeli ni apa je mampu kita buat pun. Bukan kita tahu pun seller guna courier apa pun. 
Tapi, asben dah warn, lps ni kalau beli barang online dari peniaga yg bukan besar2 cam Lazada apa semua ni, tanya dulu guna courier apa. If Airpak, tak payah beli.

To Airpak, baiki lah mutu perkhidmatan kakitangan penghantaran anda.
Jangan sesenang hati melabelkan pelanggan adalah pemalas.
Kami yang membayar perkhidmatan anda.
Kenapa syarikat lain elok terus naik ke bangunan saya, malahan terus ke tingkat 1 bertemu dengan saya sendiri, dan mendapatkan tandatangan saya.
Siapa yang malas sebenarnya???

Pengajarannya, jangan lah ambik courier Airpak Express nih.

2 juta komen

Mmg teruk, brg dh seminggu tak sampai lg

Mmg teruk pun.. barang tak sampai2 lg ni,,
dahlah urgent nak guna.. dah 6 hari barang still kat KL lagi.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign