Pages

17 November 2015

Dhia Sofea dan Memori Cinta Suraya

Hihi.
Ai..tetiba jadi peminat drama.
Ala.. mana yg rasa boleh tgk, ai tgk.
Mana yg macam tak kuasa mcm citer Mr Perfect ke apa ntah tu, tak kuasa lah. Dah la pelakon entah sapa sapa. Bagus pun masa maghrib citer tak best. 

Okay.
Memori Cinta Suraya.

Memula tgk citer macam tak best. Sbb masa kat Langkawi tu macam citer klise2 je.
Pastu follow macam eh, okay lah. Not bad.
Pelakon ramai.
Now ai record (tp being Astro yg giler tu. Ikut suka dia rekod camna pun. Kadang 8minit je dia rekod, 16minit. Eh. Suka dia je. Melampau Astro nih tau).
Ada 148 episod.
Now baru episod 60 lebih ke camtu lah.
Haha. Melampau banyak lagi.
Tapi, citer dia setiap hari Isnin - Jumaat. Sokay lah kan.
Cuma, petang kul 6 dia start. Tu yg cam kadang sampai rumah pun dah lewat.
Dapat tgk ujung2.
Bila record pulak ikut suka dia je.

Walau citer ni tak logik akal macam Watie Elite jadi mak Iqram Dinzly tapi, ah lantak lah.
Tapi, ke tu mak tiri. Entah. Tak tgk dari awal. So, ada macam blur gak lah.
Pastu yg si Zila Bakarin satu famili duk serumah ngan Ryan tu pun aku tak faham gak cemna depa leh duk skali. 
Takpe. Boleh la layan.

Dhia Sofea.

Ini pun sama. Ingat citer klise2, citer yg memula pompuan tak suka lelaki, pastu jatuh cinta. Citer pompuan gedik2, lemah2 gitu.
Tapi, tu ari tertengok kat hotel masa kursus kat Melaka tu.
Eh, layan plak.
Sbb citer dia macam laju. Takde macam nak tertunggu2.

Macam hari ni dia kena asid, sok tgk eh, dah elok muka dia.
Pastu macam masa Dhia kena kidnap tu pun, ingat dah bersambung dah. Rupanya tak.
Ailoike citer laju camni.
Pastu Amyra Rosli takde la cam watak2 sebelum ni yg ele ele lembik gitu.
Kali ni dia berani. Ailoike juga watak perempuan berani ni.
Takde rasa macam tertindas, lalu menangis mengenang nasib.
Dia cam citer penyiasatan plak sbb Dhia nak tahu sapa mak dia sebenar.
Okay lah. Tp citer ni pendek je. 15 episod je pun.
Dah nak abis dah ni.

Selamat menonton :)

1 juta komen:

akk, tgk la cite tuan anas mikael, astro 104.. bestttt sgt..haha..

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign