Dah lama sangat kita tak lihat langit mem-biru kan.
Sejak dari bulan berapa.
Ogos? Lepas raya pun dah nak start dah jerebu ni.
September mmg teruk sgt.
Oktober pun sama.
Tak pernah lagi jadi macam ni. KL terutamanya memang boleh dikatakan asyik lah bacaan udara tidak sihat dan sangat tidak sihat.
Sedih sangat, kenapa lah buat pembakaran secara besar-besaran. Macamana lah binatang2 dalam hutan yang terbakar tu survive... sedihnya buat bumi Allah yang indah ni jadi macam ni.
Ayat Al Quran yang sangat dekat dengan kejadian jerebu ni :
Dengan keadaan udara yang sangat tidak sihat, memaksa kami "membeli" udara yang bersih.
Dah lama niat nak beli.
Pernah pun buat entry.
Tapi tu lah. Asyik tertangguh.
Sampai satu part yg memang rasa udara bersih esp kat rumah memang amat diperlukan, jadi kita terus lah order.
Tapi, bila bendalah tu sampai, udara pun dah mula nak elok. Hihi.
Tapi, bila bendalah tu sampai, udara pun dah mula nak elok. Hihi.
Tak mengapa lah.
Elok je pun guna air purifier ni sementelah kedudukan rumah yg begitu hampir dengan highway. Dengan pencemaran karbon monoksida lagi, better lah guna air purifier.
Waktu ini dan pada masa hadapan pun memang udara bersih amat diperlukan.
Eh, nak cakap lah kan. Highway ni walau pun dah naik kadar tolnya, tetap la orang lalu jugak sampai jammed kan.
Takde effect pun. Mungkin la alternatif orang nak cepat. Tapi, kalau waktu kerja tu, pagi aku tgk stuck juga dalam jammed. Better lah lalu jalan biasa kut jammed gitu rupa. Dah bayar, jammed jugak. Waktu balik lagi lah. Nak keluar ke MRR2 tu, ya hampunnnn... berjela panjang jammed nya.
Itu takpe lah. Mungkin, walau jammed pun, cepat jugak sampai ofis/rumah.
Yang paling tak boleh blah kalau tengah malam - cuti pun highway ni tak pernah sunyi.
Memanjang je ada kereta lalu.
Kalau terjaga tengah malam pi toilet pun, sesaat pun takkan ada lah takde bunyi kereta.
Sure ada punya.
Eh. Dari nak cerita beli udara, ter cerita perihal lain plak.
Okay lah.
Perkenalkan ahli baru rumah kami.
Aires - "Petite Yet Powerful"
Petite macam tuan rumah dia jugak. Hehe.
Cukup lah yang kecik comey ni sbb dia buleh cover hingga 800sqf. Dah nak hampir lah keseluruhan rumah comey kami.
Baru je sampai. Okay lah. Kira pasang je siang dan malam waktu kami ada kat rumah.
Pastu bangun pagi tu rasa lah jugak udara tu macam "ringan" sket.
Cemna nak cakap yer, tapi mmg perasan lah ada beza gitu.
Baru je sampai. Okay lah. Kira pasang je siang dan malam waktu kami ada kat rumah.
Pastu bangun pagi tu rasa lah jugak udara tu macam "ringan" sket.
Cemna nak cakap yer, tapi mmg perasan lah ada beza gitu.
Oh. Macam water purifier Coway yang kami guna, yang ni juga kami amik sewa-beli.
Orang kata leceh ada monthly commitment.
Tapi, bila tgk service Coway yg bagus utk water purifier yang kami dah guna selama 3 tahun. Kami tak ragu utk amik sewa beli juga utk air purifier ni.
Beli sewa beli, Cody (org servis) akan datang 2 bulan sekali. Tanpa gagal. Dan servis tersebut, selama 5 tahun adalah free. Termasuk lah penggantian alat2 (filter) dalam tu.
Kalau beli terus - servis dah tentu lah kena bayar. Lepas tu kita ni commit ke nak servis setiap 2 bulan. Heh! Weols punya charcoal filter hood pun dah lama tak servis tu. Patut 6 blan sekali. See, sbb takde jadual berkala, kita pun buat2 malas. Sok rosak baru padan muka kan.
Okay lah sbb nxt month elaun perumahan kami dah naik. Dapat lah buat tambah2 bayar bulanan cik Aires comey ni. Hehe.
Ini lah yang dikatakan bila udara bersih tidak lagi percuma (T____T).
Gambar pagi tadi before pergi kerja. Setelah beberapa bulan tak nampak Genting Highland, pagi ni nampak jelas (tp dalam gambar tak npk la). Moga selamanya lah cuaca cantik begini. |
2 juta komen
yeeeahhhh dah biru xsabo nak ronda2 lama dah dok dalam umah hahahahahah
i pon suka lagi sewa beli kalau itu dah include maintenance. harap diri sendiri nak maintain, idop le... jadi x yah la kita pening2 kan...
(tgh survey nk sewa beli water filter coway...)
Terima kasih atas komen anda :)