Pages

26 May 2015

Pengatin Malam Dan Sawadikap

Last weekend bersantai santai di rumah saja.
Eh. Jap. Ahad la bersantai. Sabtu tu ada program.

Then, dpt tgk tv dari pagi sampai lah ke malam.
Tapi, macam takde citer menarik je kan walau kita ada beratus siaran.
Jadi, malam tu duk tekan2 channel ter tgk citer Pengantin Malam.
Aku cam eh, citer ni baru lagi ni rasanya. Yg ada kontrovesi sket tu kan. Yang DD jeles ke ND tu. Ke bukan citer ni. Entah. I dun folo lah sgt lah hal retis skrg ni.
Entah bila dia dah masuk tv tak tahu lah.
Tak pernah tgk plak.

Okay. So, tgk lah citer tu. Katanya masa promo dulu seram niihhhh citer nihhh.
Filem mmg lah genre seram. Cewah, guna ayat orang pilem - genre.
Tapi, citer haiiii... mengapakah suka sgt letakkan perempuan ni cam takde maruah je.
Wanita penggoda suami orang - rela bersekedudukan tanpa nikah - dijadikan perempuan simpanan - then mengandung - bila mengandung si lelaki taknak kahwin dgn dia - last2 mati - jadi hantuuuuu.
Apa apa lah.
Betul la, mmg la ada je kes orang goda suami orang apa seme ni, tapi takyah lah kot buat citer camtu. Atas alasan nak jadikan pengajaran kepada penonton?
Takyah la kot.. takkan pengajaran dia - kau jangan ambik suami orang - nanti kau mati jadi hantu.

Masuk lah sedikit elemen agama. Apa salahnya.
Masuk rumah, bagi lah salam. Banyak betul adegan si suami buka pintu rumah tapi langsung tak bagi salam.
Dah la pelakon ada 2,3 orang je.

Paling lawak, last2 lelaki tu jadi giler, dan hantu tu dapat duk ngan lelaki tu kat wad giler
And they live happily ever after....
Haha.

Tapi, aku je le kot menyampah tgk citer camni.
Dah tu - 4 hari tayangan dapat 1 juta uolsss.


Dan selepas citer tu ada citer Adnan Sempit Sawadikap.
Ini pun byk kali tayang kat tv dah, tapi kali ni je aku dapat tgk dari mula sampai abis.
Ini pun MIG punya.
Dan aku rasa citer ni lagi baguih la dari Pengantin Malam tu.
Mmg la nampak kebangangan jugak sbb pi letak anak atas carousel tu.
Tapi, takde la tahap menyampah nak tgk nya.
At least dia ber genre komedi. So, dia nak buat elemen komedi lah kan.
Sokay lah. 


Skrg ni mmg dah lama kot aku tak tgk wayang.
Rasa macam nak tgk, tapi tak tahu lah citer apa.
Citer melayu, takpe lah. Sok sok ada je kat tv dah. Cam citer ni seme lah.
Tahu tahu udah keluar tv.
Kalau dulu, tunggu raya baru keluar tv.
Now, entah bila2 je tup tup eh, dah keluar.

Eh. Dah nak raya dah kita ni.
Baju raya dah siap?? Ai dah siap... ngeeeee :D

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign