Pages

1 May 2015

Labbaik allahumma labbaik : Madinah (Ziarah Luar, Membeli Belah)

Ziarah Luar
Ziarah luar hanya sekali di Madinah. Hari Rabu, 15 April 2015.
Kami di bawa ke Masjid Quba (boleh baca sejarah dan keistimewaannya di sini).

Eloknya kalau masih dalam keadaan berwuduk ke masjid ini. Terus solat sunat tahiyatul masjid dan solat dhuha. Kalau tak silap, dikatakan kita seolah mendapat pahala umrah, jika datang dalam keadaan berwudhu dan bersolat di masjid Quba ini (betulkan jika salah).
Orang ramai amat ya di masjid nih. Ada tingkat atas dan tingkat bawah. Mula tu semua dia suruh pi tingkat atas. Tapi, bila nampak mak pakai tongkat dia suruh solat kat bawah saja.

Seterusnya ke ladang kurma. Boleh rasa semua jenis kurma. Semua pun fresh belaka kan.


Ke Jabal Uhud. Panas lit lit masa nih. Dah la pakai hitam segala kan. Mendapat lah kan.
Masa kt sini bebaik lah nak carik bas semula. Aku turun bas masa tu mamai tertidur. Jadi, nak carik bas tu macam eh, kat mana ah. Bas banyak giler berhenti kat sini. Dah la bas seakan sama je. Cuma biasanya kat depan cermin bas, ada kertas yang bertampal nama grup dan nama mutawif.


Dan akhir sekali ke pasar kurma.
Penuh tgn membeli pelbagai jenis kurma. Tapi agak kelam kabut bila mutawif suruh kami masuk ke satu kedai. (apa dapat komisyen ke depa ni sbb suruh pergi satu kedai je). Padahal byk je kedai lain kat situ. Tak sempat nak explore pun.

Membeli belah
Peniaga kat Madinah ni agak harsh sket dibandingkan kat Mekah. Aku tak berapa berkenan. Lagipun mmg aku takde apa nak beli dah. Jubah pun dah cukup byk beli kat Mekah. Ada takde aku beli hiasan dinding (cantik, manik ayat Al Quran) dan shawl.
Depa ni nampak je muka kita "Malaysia boleh". Disebutnya segala nama Siti Nurhaliza, Neelofa, Maya Karin. Sharifah Aini Innalillah katanya. Nik Aziz pun Innalillah katanya. Hei memacam.
Tapi, kami sker beli air kat kedai cam mini market. Ada memacam situ. Kami panggil 7 Eleven. Hihi.


Tak cukup kurma beli di pasar kurma, kami beli di kedai sebelah hotel.
Kat situ beli kurma belum masak. Kurma belum 'matang' yang dikatakan oleh jemaah Indonesia masa aku kat Mekah tu ari.
Sedap sangat kurma belum masak ni.
Dia kena simpan dalam freezer. Aku beli satu bekas. RM15. Sedap, sampai nak makan pun sayang. Sehari sebijik je aku makan skrg ni. Huhu.
Selain tu kami beli kurma ajwa jugak. Tu beli masa kat pasar kurma.
Kekacang, kismis ada la sket. Semua ni better beli kat Madinah. Kalau tak pergi pasar kurma pun merata tempat ada jual. Yang jual tepi kaki lima pun ada. Jangan lah risau kalau tak cukup beli kat pasar kurma tu.

Pengalaman hilang kasut di masjid nabawi
Huhuhu.
Kat Mekah, Alhamdulillah selamat kasut.
Sampai kat Madinah hilang!
Masa kami memula sampai, elok je selamat kasut disimpan di rak kasut.
Lepas tu ada juga bawa kasut sampai ke tempat solat.
Cuma, satu hari tu. Yang siangnya kami ke Raudhah. Malam tu rasa penat sesgt. Pergi masjid untuk Maghrib dan Isyak.
Sementara tunggu Maghrib aku tertidur. Tapi, tido tido ayam je lah pun.
Kifarah agaknya. Pergi masjid tidur. Biasanya baca Al Quran.
Lepas Isyak, nak balik, tgk kasut tinggal uncang je.
Aku letak kasut dengan kasut mak, kasut mak ada. Kasut aku je hilang.
Huwa. BATA kot. Beli sehari sebelum bertolak. Baru ingat bawak balik boleh pakai kat sini.
MyDH marah aku bising2. Tu dia kata hilang kasut je. Kalau hilang benda berharga lain. Ha. Terus senyap. Haha.
Nak marah pun tak guna. Balik tu aku berstokin je lah sambil cari selipar lain. Selipar bodo2 pun dah 10riyal kat sana. Huwaaa.
Takpe lah. Dah rezeki kasut aku nak menetap di Madinah lah tu.
Berani betul si pencuri ni buat kerja time orang solat ya. Aku yakin yang ambik tu budak budak sbb manade orang Arab dewasa yang kaki saiz 5!
Hey, nak doakan terbakar kaki dia bila sarung kasut aku tu, cam berdosa plak. Takpe lah. Semoga kau bawa kasut tu ke masjid. At least, ada juga pahala aku berterusan kat sana :)

Gambar sekitar masjid Nabawi
Ni malam terakhir sebelum bergerak balik esuk nya.
Kami pusing satu masjid Nabawi tu.

Ini kawasan eastern ladies sahaja. Semua pun pakai kaler hitam.
Berpurdah. Rasa seremm pun ada. Huhu.
Siap ada tulis okeh. Tempat utk western pun ada.
Cantik sangat. Pintu pun cantik. Subhanallah.
Follow him to Makam Nabi.
(masuk gmbr ni kat IG, orang duk kata sweet la
apa la. Dia tak tgk pembikinan di sebalik tabirnya.
Hahaha).
Makam Nabi kesayangan kita. Selawat dan salam
untuk nabi junjungan kita.
Yang terdekat boleh diambil.
Perempuan mmg tak boleh masuk makam.
Dalam makam. Ini myDH yang ambik gambar.
Masjid Nabawi. Cantik. Sangat.
Ni gambar masa kami baru tiba.

3 juta komen

baca catatan umrah reen, boleh bayangkan keadaan di sana... rindunya nk pi madinah...

cantek...! sume gmbr pun cantek..! teringin nak tgk payung yg bukak-kuncup-bukak-kuncup tu.. slalu tgk time azan kt tv je huhu.. teringin nak tgk depan2..
akak kt sana pun bleh hilang barang kan kak.. apalagi la saya yg aritu hilang brg kt masjid malaysia ni, huhu

NAD :
Akk tak dpt tgk payung tu buka tutup. Huhu. Tp abang Lan ada dpt tgk, tp dia tak amik video plak. Masa tu akk tgh kat dalam Raudhah.
kat sana kebarangkalian hilang barang tu mmg tinggi. Esp kasut. Jadi, bertabah je lah. Haha.

ST :
Rindu kan. Pasni kalau nak gi memana pun pikir, baik gi Umrah. Huhu

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign