Sbb satu, sewa kereta dengan driver. Jadi, cam terhad sket lah. Kalau sendiri tu senang lah kan. Keduanya, cuaca pun tak berapa baik. Jadi, cam terbatas lah sket pergerakan tu.
JJCM kami adalah :
#Topspot
Rasa ramai yang tahu Topspot ni kan. Letaknya di atas roof top UTC. Senang je nak pergi dia. Buleh dikatakan tengah2 jugak lah. Dekat dgn hotel Tune. Dan paling dkt - hotel Pullman. Huhu.
Landmarknya - UTC. Cari UTC, pastu naik lif terus sampai roof top. Tanya je le kat guard situ mana lif nak naik. Tp lif kecik. Orang ramai. Nak cepat naik tangga. Huhu.
Hari pertama sampai kami dah dinner kat sana. Hari Jumaat malam. Ramai jugak. Kami sampai dalam kul 6 lebih camtu lah. Lepas jalan2 kat waterfront, kami terus ke situ. Kalau ikutkan jalan kaki dari hotel 360 tu jauh jugak la. Tapi idak la sampai 10minit. Buleh la nak jalan kaki.
Hari pertama kami makan kat kedai no. 25.
Makan udang galah - buat masak cili. Pepahat - masak black pepper. Ikan siakap bakar. Sayur midin goreng belacan. Total makan - RM66 utk kami berdua. Minum lak RM10. Air buah sana RM5 satu. Huhu.
Sayur midin. Pucuk paku la kiranya kalau kat sini. |
Udang galah yang sedap. |
Pepahat kat sini sedap lah. Beza dgn pepahat kat Semenanjung yg ada rasa macam pasir bila kunyah tu. Sedap. Seriyes. |
Kureng sket. Takyah order lah ikan bakar. |
Hari ketiga pun kami dinner sekali lagi kat Topspot. Kali ni ke gerai no. 6. Sbb orang kata no. 6 n no. 25 yang best. Tapi, is kureng la sket no. 6. Ke aku silap ni. Bukan no. 6. Aiseh. Bila aku google. Rupanya no. 10 yang orang recommend. Cis. Kali ni kena RM60. Okay lah kan harga.
Kali ni ambik.
Pepahat masak cili. Kering sgt dia masak. Kureng sedap. Tp still pepahat tu rasa sedap. |
Haha. Apahal jadi cemni. Ini udang galah masak butter. Dah jadi rasa macam kuih raya pun ada. Failed! |
Sotong goreng tepung. Okeh. Ni sedap la gak. |
Topspot ni mmg lah kedai makanan cina. Ramai je melayu makan. But... but.. sila ambil maklum, bukan prinsip aku untuk jadikan alasan "ada orang melayu makan, jadi kita makan". Bukan macam tu ya. Prinsip nya adalah - rata rata kedai ni ada letak tanda halal. Halal dari Jbtn Agama Swak. Mmg aku google pasal tempat ni dan dulu katanya pernah kena rush sbb letak tanda halal palsu. Now, takkan la depa berani lagi kan. Lagipun, bawah ni UTC kot, pejabat kerajaan. So, kami tak was was. Lagi pun kedai no. 25 tu owner dia (owner la kot sbb pegang duit kan) pakai baju kebaya nyonya siap. Cemni lah, kalau kau rasa taknak makan, itu terpulang, tapi, jangan la bebuat tanya "eh, tu kedai cina ya, kami tu hari makan kedai muslim". Mungkin pada kau pertanyaan tu just tanya, tp pada yang ditanya mungkin jadi humiliate. Sbb dah sah sah la kau pernah pergi, dan tahu la tempat tu mmg kedai cina kan. Mustahil tak nampak.
Menda ni simple je. If was was, nak carik halal jakim - sila kan. Tapi, kalau orang tu dah pergi makan - sila hormati, tak bermakna orang tu pun tak sensitif bab halal haram. Simple. Kan?
Then seterusnya kami makan.
#COC - Coffee O Corner.
Jangan tanya landmark. Jangan tanya kat mana.
Ai is tak tahu. Dak Amirul tu yang bawa. Kita minum sini buleh kak? Aku tgk nama kedai. Eh. COC. Eh, boleh sangat. Sbb kat forum pun selalu orang suggest.
Laksa Sarawak - Mi Kolok Sapi - Teh C Special.
Review- kureng sket la laksa sarawak tu sbb bihun dia cam keras. Kuah okay dah. Bihun cam kurang lama celur.
#Bimmers
Ini pun Amirul yang bawak. Taktau kat mana. Sini pun best. Banyak makanan. Konsep dia cam ada gerai2 dalam kedai. Jadi, kita order je lah. Baru nak order pisang goreng cheese. Dah habis.
Apa ke nama kuih ni. Lupa la pulak. |
Teh C special lagi. Hihiw. Teh + Susu + Gula apung (gula melaka la kot) Try lah buat. Kompom tak jadi. Huhu. |
Kepak ayam. Sedap la pulak. |
Itu je lah kedai makan yang sempat di tuju.
Tak sempat nak pergi makan ayam pansuh ke ayam penyet ke ayam bakar ke.
Ingat petang hari kedua tu nak pergi ke My Village Barok Bistro. Tapi tu lah. Dah balik hotel - penat - malas dah nak keluar balik. Nak pergi situ kena naik sampan ke seberang sungai dari Water front tu. Dah malam mmg tak arr nak naik sampan tu. Dan mmg tak sempat pun naik sampan. Naik cruise pun tak sempat.
Jadi, itu je lah yang kami makan masa kat sana.
Macam tak sempat masa je nak pergi sana sini. Kena duk seminggu baru okay kut. Ke transfer sana terus. Eh?
*mujur bos tak baca blog ni, kut tak mau kena tukar baru haru. Hihi.
Terima kasih atas komen anda :)