Pages

29 January 2015

#puanstoberikeKuching : Hotel Di Kuching

Okay, ter banyak pulak entry pasal Kuching nih. Pergi pun 4 hari je. Patut tak payah nak citer pepanjang. Bukan pergi Amsterdam pun kan. Hiwhiw.

Kami di Kuching, stay 2 hotel berbeza utk 3 malam di sana.
Hotel pertama 360 Xpress City Center [link : 360] untuk satu malam.
Budget Boutique hotel saja. Kalau tak kesah takde tingkap, buleh duk sini. Aku cam rimas sket. Tapi, dek kerana satu malam je, so okay saja lah. No hal.
Ada airport transfer. Kalau booking dengan Agoda atau lelain - call hotel untuk request. Jangan emel. Aku memula emel - tapi takde reply. So, terus aku call. Kalau direct booking dgn hotel dapat harga murah utk airport transfer. RM2.99/person. Kalau tidak jadi RM5.99/person.
Aku booking thro Agoda. Sbb masa tu compare booking direct kat web dia, booking kat Agoda lagi murah, so booking dgn Agoda. Aku dapat harga RM97 per nite. Berbaloi kan.
Okay lah 360 ni. Dia cam rumah kedai je pun. Memula tu aku cam kompius kat mana nak naik bilik nih. Rupanya nak naik lif tu, kena touch kan kad bilik tu. Baru lah lif tu aktif. Aiyark. Kampungvillage sgt kan. Tau lah ada hotel buat style gitu. Tapi, tak la suspect hotel bajet nih canggih nau security nya. Padahal orang buleh je naik ikut tangga kan. Setingkat je pun. Motip?
Tapi, aku suspect sure derang nampak kat CCTV kiterang keluar dari lif pastu melilau carik lif lain. Haha. Bengong.

Satu je yang tak best. Toilet takde paip air. Susah nak cebok. Tapi, paip macam tempat amik wudhu ada pulak.



Takde paip. Apatah lagi hose. Tskk.. Ai is dun like.
Gambar camni mmg trade mark ke apa?
Kelihatan sipi2 myDH yang malas nak layan. (T___T)

TV besau la gak. Takde la halus cam butik hotel aku pernah duk kat Taiping dulu. Itu lagi cinonet bilik nya. Pastu kat tv tu ada tunjuk keadaan kat luar. Sbb takde tingkap kan. Jadi, kita buleh tahu lah hujan ke, dah malam ke. Camtu lah. 
Hotel takde breakfast. So, pepandai lah carik makan. Kami pagi tu nak check out, jadi makan biskut je dulu. Tkde hal.
Kalau nak pergi waterfront / tugu kucing tu buleh je jalan kaki. Kurang dari 10minit lah berjalan kaki.

Nampak Pullman dari hotel 360 tu.

Then, hari kedua kami stay di Pullman untuk 2 malam. 

Sengaja lah amik hotel best sket kan. Takmo lah Riverside sbb kalau outstation mmg harus duk situ. 
Yang ni aku booking direct dgn Pullman [link : Pullman]
Masa tu ada special offer. Murah banget dia offer tu. Maka harus grab. Buleh katakan disc dalam 40% dari harga sebenar. Ha..gitu. 
Tips : Kadang2 booking direct dengan hotel lagi murah kalau booking kat agoda etc tu. Sebelum booking tgk dulu web dia - kadangkala ada special offer yg harga murah.

Pullman kata kau. Takkan tak best kot. Kan?
Lengkap semua. Iron board.
Kau nak ber yoga pun buleh ha.
Dumbbell pun ado.
Ni kalau kata buat course kat sini mmg best kot.
Lengkap!
Bathroom biasa lah.
Bathtub.
Shower. Biasa lah ni kan.
Yang penting toilet ada hose paip.
puanstoberi bagi 5bintang terus.
Complimentary. Settle situ jugak.
Takyah bawak balik. Buat nyemak je.
Eh, yang body lotion bawak balik. Hihi.
Peti ais see through.
Ha kau, penimbang pun ada.
So, masa booking tu aku request la nak ada decoration bilik sket. Sbb nak celebrate 6th anniversary katanya.

Tips : Kalau booking direct dgn hotel - minta la complimentary kat hotel utk buat deco sket. Kata je utk anniversary. Depa pun bukan nak tanya "Miss, is it ur anniversary today?". Huhu.


Yang best Pullman bagi early check in. Kul 9 pagi dah check in. Huwaa.. ni kalau tak gi memana mmg sedap lepak bilik dah. Terperanjat jugak la sbb kat semenanjung ni jgn harap nak bagi early check in eventho' hari biasa, bilik dah siap ke apa. Never. Aku tak pernah dapat pun. Abis2 pun kul 2.00 tu buleh la. Kalau awal lagi mesti dia kata belum siap. Ini hari Sabtu pulak tu. Jadi, puanstoberi bagi lagi 5bintang untuk early check in utk Pullman nih. 

Seterusnya kredit untuk makan pagi. Ye lah, makan pagi je lah yg ai makan. Dinner apa idak la kan. Makan pagi best. Pelbagai pilihan makanan. Mi kolok segala ada.
Best. puanstoberi suka. Puanstoberi bagi 5 bintang! Haha. Padahal puanstoberi bukan kesah sgt pun pasal makan nih. Tapi, dari segi rasa tu idak la 5 bintang sgt. Cuma, dari segi pelbagai pilihan dan tempat makan yang cosy, bersih, pinggan yang cantik, layanan staff. 


Suka giler dia design cawan dia nih.
Mana nak carik eh?
Mi kolok yang rasa megi goreng. Sedap. Ai is suka.

Actually bawah Pullman ni pun ada macam mall. Tapi kami tak sempat masuk.
Dari Pullman ni nak ke tempat makan topspot ni hanya kurang 5 minit jalan kaki. Dekat nau. Bawah pullman je kiranya. Pastu nak ke waterfront pun tak jauh. 

OOTD. Mana nak balik KL.
Hey! Debab giler dah kenapa?
Ruang lobi yang luas giler.

So, memang best lah. Sila lah duk Pullman. Pastu kedai kek lapis pun okay je nak hantar kek kalau kat sini. In fact kedai kek lapis Dayang Salhah pun ada buka kafe kat mall bawah hotel ni. Tapi tak tau la dia jual ke kek lapis situ. Tak pergi. Tak sempat.

Jadi, Pullman ni mmg I recommend!

6 juta komen

Assalamualaikum kekda.. wahh cantiknya Pullman.. ritu tengok Ann kot update pasal Pullman kat kl tu. waduhh tergoda tengok mee kolok tu..

bestnya.. bila la nak jejak kuching lg ni..lama sgt dok bertapa kt klang ha, haha!
naseb kekda dah ckp dulu, hehe.. nmpk bambam tp ai is sukaaa tgk kekda camni :)

perlu ke mention amsterdam tu?
mencik tau nggak..

Pullman kuching mmg best..deco free lak tu kan..katil best, blk selesa..servis bgs cuma kami x amik bekpes la..hehehe..

Ok.bila baca mmg rasa sgt nk dok sini kalau ada rezki ke kching..hehehhe...jom book tiket..ttba..hahaha

bestnya baca blog percutian hehehe..sangap dah lama tak holiday sob sob sob.. *baru sebulan lebih je..hehehe..weekend ni weols holiday pulak!

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign