Dah lama ni.. lupa nak tempek.
Saja la nak letak berita ni dalam blog.
Sebagai tanda kenang kenangan yang aku pun pernah duk Dewan Malaysia Perth (DMP) ni kan. Cewah.
Masa cerita pasal #puanstoberikePerth tu ari kan, lupa pulak aku nak selit gambar dalam bilik DMP nih.
Sebenarnya kalau untuk family, mmg ada biliknya di MH ni. Tp Ida (staff yg uruskan DMP) cakap, bilik kelamin tu ada 5 unit je. Maksudnya bilik yang berkatil queen lah. Kalau tidak, mungkin katil double decker kot. Agaknya lah kot kan.
Cuma, bilik air je lah kena berkongsi. Maknanya, lelaki ada bilik air lelaki dan perempuan, pulak ada bilik air perempuan. Setiap bilik air tu ada pass utk masuk. Jadi, masa kita check in, kita akan dapat dua kad lah kalau duk berdua dgn asben. Beza lah kad tu.
Hari tu aku tak cerita secara detail kan cemna aku mohon Malaysia Hall Perth a.k.a DMP ni kan. Okay meh kita citer sket bagaimana cara nak mohon menginap di Dewan Malaysia Perth/ Malaysia Hall Perth ni. Ini utk Perth je yer.. tempat lain aku tak pasti samada sama atau beza prosedur nya.
Okay, DMP ni baru beroperasi bulan Jun 2014.
So, aku mohon dalam bulan Ogos 2014.
Thro emel saja.
Lepas tu derang fwd lah borang (kalau ikutkan dalam laman web DMP pun ada borang).
Dalam borang tu, ada lah dia suruh letakkan status visa (sbb tu kena apply visa awal jugak), pastu kalau pergi dengan suami, kena attach salinan sijil nikah/kad akuan nikah. Ha, gitew. Pastu tulis lah berapa hari kita nak pergi [link : borang menginap bukan pelajar]
Bayaran (pada masa ini lah), mmg lah murah amat. AUD20/day utk 3 hari pertama. Dan selepas 3 hari AUD30/day. Tapi, maksima kita buleh stay adalah 5 hari. Kalau nak lebih, boleh tanya la kot cemna. Lepas tu ada caj perkhidmatan AUD15/person. Itu saja lah pun bayarannya. Oh, ada deposit AUD200. Yang ni, masa nak check out, dia akan pulangkan.
Itu bayaran tetamu bukan pelajar. As if kau pelajar. Ada kad matrik, mmg lah lagi berbaloi. Lagi murah. AUD6 / day tak silap aku. RM18 lebih kurang sehari.
Bila dah isi borang semua tu, attach no passport, status visa, salinan kad nikah bagai semua, hantar lah balik borang melalui emel.
Tak lama nanti dia akan reply. Samada available ke tak pada date kita nak tu. Sekarang ni dah rasmi lagi lah kena cecepat mohon. Sbb kat MH ni ramai sungguh rombongan sekolah lah, universiti lah.
Then, kita tak perlu bayar apa2 hingga lah kita sampai sana untuk check in.
Kalau risau, takut2 dia terlepas pandang ke booking kita kan, seminggu lagi nak pergi tu, kita emel lah balik bagitahu kita sampai pukul berapa apa semua.
Bayaran pun semua by-cash. Takde kad kredit bagai ya.
Lepas tu, kan aku nyer flight dia extend masa balik. So, aku emel lah MH semula, tanya berapa caj kalau aku extend check out sampai kul 10mlm. Aku emel terus ke En. Rudy (officer MH ni), dia kata bayaran macam utk sehari jugak. So, aku decide tak perlu lah aku extend . Just tinggalkan beg je situ sementara aku pergi tours. Boleh je cemtu. Deal lah dgn adik yang jaga kaunter tu. Cam aku, aku terus je deal ngan Ida tu (tu yg sembang bagai2 ngan dia, siap jadi kawan dah. Hihi).
Kat situ juga ada pantry. Ada makanan "wakaf". Boleh la guna microwave ke, air panas nak masak maggi ke. Boleh ja. Tapi, barang2 tu semua hakmilik MH dan juga residen situ. Jangan mandai2 nak guna pula kan. Tu hari kami tinggalkan instant porridge sbb dah malas nak bawak balik. Wakafkan je lah kat adik2 situ.
Diingatkan MH ni bukan hotel ya. Ini sebenarnya penginapan khas utk student. Jadi, jangan bayangkan ada orang jaga kaunter 24jam, ada perkhidmatan memanggil teksi apa semua.
Ada tu ada lah orang jaga kaunter. Tp student yang duk kat MH tu jugak lah. Kalau takde orang kat kaunter tu, just call je lah derang. Ada no phone kat situ. Lepas tu buleh je kalau nak minta derang panggilkan teksi. Kadang ada juga kengkawan derang yg ada kereta buleh hantar ke airport. Just bayar lah kan.
Meh aku tunjuk sket bilik aku duk ni.
Ada katil twin. Ada sebijik almari. Ada locker kasut. Luas bilik agak terhad, so, kalau beg besar tu kita taruk lah bawah katil. Selesa je utk berdua. |
Ada tv comel sebijik. Ada heater. Cea. Bila lagi kan nak merasa guna heater. |
Pemandangan waktu malam. |
Jadi, kalau berdua, masih selesa lagi lah duk kat sini.
Tapi, kalau reramai, ada baby susah sket kot.
Tapi, sini public transport mudah. Nak jalan kaki ke tren station pun mmg orang kata walking distance lah. Boleh je try kalau nak travel secara ekonomi.
Saya sudah mencuba, anda??
Saya sudah mencuba, anda??
1 juta komen:
Masa TPM rasmikan DMP tu kami kat sana..tapi tak sempat nak merempit ke sana..almaklumlah..kalau bercuti tak cukup masa sokmo..hehehe
Terima kasih atas komen anda :)