Pages

30 May 2012

Langsung Tak WW : Pinggan Pun Jadi Hal

Terkadang, klaka pun ado tgk orang komen2 kat laman sosial ni. Esp laman sosial yg pemiliknya adalah dari golongan artis.
Aku kurang folo FB artis. Tp kat twitter n instagram ada.
Mmg ramai artis yg aktif kat twitter. Aku pernah folo Iqram Dinzly, tp aku unfollow sbb galak nau dia bertwitter. Cam 24jam je dia ada dlm tu. Pas twit dia, dia.. lps tu dia..dia lagi. Smpai penuh TL ngan twit dia smpai aku tak pasan twit yg lain. Malas haku. Lagi pening bila dia reply2 twit orang.  Cam Rita Rudaini tu, ada yg support, ada tuduh memacam. Hai.. entah la. Susah nak cakap. Kadang tu budak je pun yg menghamburkan kata2 tu. Yelah, budak2 je pun ada masa ngadap mendalah tu 24jam. Cam kekita ni, kengkadang je. Dan kalo bebudak tu, ignore jelah apa dia cakap tu. 

Lps tu kat instagram. Sini, kalo boleh aku malas la nak folo retis2 ni sgt. So, aku had kan. Kang asik ada gmbr derang je kat newsfeed tu. Eh. Ye ke newsfeed, ke nak panggil timeline. Entah. Tp pepaham udah la kan. Retis aku follow kat instagram tu (tp derang confirm tak follow kita punya) adalah Sazzy Falak, Fasha, Lisa ngan Dato CT (and Hanis Zalikha, if kita boleh gelarkan dia sbg artis, sbb da berlakon drama skang kan). Sazzy tu aku tak la minat sgt, tp aku sker sbb dia salu update gmbr twin dia yg dia hashtag as #imanlilytiararose. Comel tau! Lps tu Lisa sbb saja suker2. Tak la pun admire sgt ke dia. Dia ni kejap aktip, kejap tak. Lps tu aku follow Fasha. Ni memula malas, tp tgk kat twitter dia asik update gmbr kat instagram, lalu rasa cam kena folo gak utk tgk gmbr tu. Lebih mudah. Then paling latest Dato CT. Oh. Kalo nak folo DCT ni kena tggu approval dia dlu. Tp dia approved je.

Tp nama pun artis kan. Memacam la komen dapat. Ada skali tu gmbr Fasha Sandha ngan kawan2 dia. Pakai pun tau la cemna kan. Skali ada orang tarbiah kat situ. Kata begitu begini. Oke. Oke. Yer, mungkin aku la terkhilaf dalam menafsirkan. Mmg umat islam ni kena tegur menegur, kerana itu tanggungjawab sebagai saudara sesama islam. Tp entah ek. Aku nak kata tak sesuai nak tegur kat situ, tp kang kat mana lak nak menegur. Mungkin satu hari dia baca teguran tu, maka terus dia tergerak hati nak berubah. Who's know kan? So, takpe la kut. Teruskan menegur. 

Tapi.... yg paling tak bleh blah pinggan pun jadi isu.
Gmbr hiasan. Kredit : Here
Begini, ada la satu hari tu Fasha up gmbr lauk2 dia kat umah. Dia masak pun simple pajeri ke kari tah, ikan goreng, sambal ngan sayo ke apa camtu la. Sokay la. Orang2 pun komen kata sedap la apa la. Skali masuk komen kata Fasha patut pakai pinggan yg lawa sket la. Aku pun scroll balik ke atas (sbb komen dah byk ni). Aku tgk idak la dia pakai pinggan sompek ke, pinggan kantin sekolah kaler oren tu ke, pinggan putih biasa, ada satu yg melamine kut yg pada aku, normal lah kan. Makan ngan husband dia je. Lauk simple pinggan simple. Senang. 

Ramai la yg kondem balik pada si yg mengomen tu. (termasuk aku. huhu). Yelah, pinggan pun nak jadi isu. Apakah sbb dia Fasha Sandha maka harus pinggan mangkuk dia bertatah kan berlian dan berlapikkan emas? Sumpah pelik. Tp dah namanya artis. Seme la orang belek dan kelek. Ketiak lecak pun orang tengok kan. Itu lah yg harus dibayar dalam life derang.

Tp kalo si Fasha ni letak pinggan mahal pun kena kata gak. Mungkin dia akan kata, wah... lauk simple tapi pinggan mahal nak mampus. Entah ek. Ada je tak kena kan. Sama la jugak cam blogger2 ni. Up gmbr ngan pinggan lawa kata nak menunjuk, up gmbr pinggan buruk kata itu pun nak tunjuk
Gmbr hiasan juga. Kredit : Here
Tp tu lah. Setiap orang ada pandangan dan persepsi memasing. Sebagai public figure (artis) derang kena hadap dan telan menda2 tu seme. Lagipun tak berkudis pun kut kalo org cakap pasal pinggan tu. Dan utk para blogger ni pun sama gak. Ada yg tak suka, ada yg suka. Kita tak boleh cakap, ko tak suka ko blah, takyah baca blog aku. Tak boleh, sbb lagi dia tak suka, lagi dia suka nak baca blog tu. Percaya lah. Lagi suka dia nak stalk. Sbb ada bahan dia nak jadikan 'bahan'. Jadi, lantakkan lah. Kalo kita selesa ngan cara kita, teruskan.  Susah nak puaskan hati semorang.

Kadang seronok tgk gelagat orang ni. Memacam. Tu baru pasal pinggan, lum lelain lagi tu. Hari tu skali Lisa up gmbr dia secara penuh, leh plak ada orang komen cam tak senonoh sket. Eh. Aku nak tulis pun rasa cam tak patut. Lps tu cakap 'pandai Yusry'. Bodo. 

Tu lah. Hiburan adalah artis, dan artis adalah hiburan. Jadi, dgn mem folo derang ni terhibur gak la. 

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign